Monday, June 16, 2008

Pemuda PAS main sandiwara.

Saya tertarik dengan artikel mengenai Pemuda PAS yang disiarkan dalam Malaysiakini. Artikel itu menyebut tentang usaha mereka untuk melaksanakan undang-undang Islam di4 buah negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat. TIndakan Pemuda PAS ini hanyalah gimik politik semata mata. Mereka tahu ahli dan penyokong PAS merasa resah kerana parti PAS telah melencong jauh dari landasan perjuangan asal mereka. Agenda untuk mendirikan negara Islam sudah tidak kedengaran dari mulut pemimpin pemimpin mereka.

Pada satu ketika, negara Islam menjadi satu perkara yang tidak boleh dikompromi oleh kepimpinan parti PAS. Malah mereka sanggup menggelar UMNO kafir kerana berkerjasama dengan parti Cina (MCA dan Gerakan).

Sekarang fitnah dan tuduhan yang dilempar oleh PAS terhadap UMNO menghantui PAS apabila mereka terpaksa bekerjasama dengan parti Cina. Apakah sekarang mereka pula kafir kalau diikut tafsiran parti PAS itu sendiri? Kenapa nampak sangat hipokrit mereka.

Pemuda PAS yang terdesak cuba untuk menenangkan ahli mereka dengan mengeluarkan kenyataan seperti yang disiarkan dalam MalaysiaKini itu. Kenyataan itu sebenarnya hanya sandiwara kerana mereka tidak serius dan bertegas. Malah saya rasa mereka tahu cadangan itu tidak akan dapat diterima oleh parti DAP dan PKR.

Dalam kenyataan tersebut, PEmuda PAS memberi bayangan bahawa perkara ini memang susah untuk dilaksanakan kerana mungkin ada bangkangan dari DAP dan PKR. Nampak sangat Pemuda PAS cuba untuk mengabui mata rakyat. Kenapa tidak mendesak secara keras sepertimana mereka buat terhadap UMNO? Kenapa tidak melabelkan PKR, parti kafir? Adakah mereka takut pada Lim Kit Siang atau Karpal Singh?.

PAS sebenarnya sudah tidak dapat mempertahankan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Penyokong mereka sudah marah kerana ideologi mereka diperlekehkan oleh parti komponen PR sendiri. Nyata sekali ideologi mereka terlalun berbeza untuk menjayakan komplot politik mereka ini. Saya bagi 6 bulan lagi kepada mereka sebelum keretakan yang ada ini merobohkan istana yang dibina atas persengkokolan politik yang tidak 'halal' ini.

Ikuti artikel tersebut yang saya petik dari MalaysiaKini.

______

Siasah syariah di negeri Pakatan

Jun 14, 08 2:36pm

Dewan Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, kata Timbalan Ketuanya, Azman Shapawi.

Beliau dipetik sebagai berkata, antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam Siasah Syariah ialah berkaitan dengan pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak, dan etika pakaian di pejabat.

Sebuah jawatankuasa, tambahnya, telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor .

"Kita akui bukan mudah untuk melaksanakannya kerana di beberapa negeri pembangkang seperti Pulau Pinang dan Perak, PAS hanya mempunyai suara yang terhad.

"Bagaimanapun, kita akan cuba sedaya upaya dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan ke-49 di Kota Bharu hari ini.

Menurut laporan Bernama, Azman Shapawi berkata satu seminar untuk membincangkan perkara ini di kalangan anggota Pemuda PAS seluruh negara, akan diadakan pada Ogos ini.

'Tidak jejas hubungan'

Seminar itu, katanya, antara lain akan membincangkan kaedah paling sesuai digunakan di negeri-negeri berbeza.

"Misalnya di Kelantan PAS menguasai negeri manakala di negeri-negeri pembangkang lain yang bukan diketuai PAS, pelaksanaannya akan disesuaikan dengan undang-undang negeri di samping mengambil kira majoriti masyarakat setempat," katanya.

Jelasnya, walaupun ada di kalangan pembangkang terutama DAP masih tidak sepakat berkaitan pelaksanaan undang-undang sebegini, beliau percaya masih ada ruang untuk pelaksanaannya memandangkan tidak semua pemimpin parti itu mengambil pendekatan yang sama.

"Kalau kita lihat pemimpin DAP di Pulau Pinang amat terbuka dan bertoleransi, termasuk menaikkan elaun guru KAFA," katanya.

Beliau yakin perkara itu tidak akan menjejaskan hubungan baik di antara parti pembangkang kerana masing-masing faham dalam keadaan sekarang, setiap parti tidak boleh bergerak sendiri.

"PAS tak boleh bergerak sendiri, DAP pun tak boleh bergerak sendiri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor pun tak dapat bergerak sendiri, jadi masing-masing perlu menyokong dan bertolak ansur di
antara satu sama lain," katanya.

23 comments:

  1. xanpmereka terpaksa bekerjasama dengan parti Cina-DARD


    adakah YB rasa komen ni bagus,jgnlah YB bawa isu yang sensitif ni di SABAH kami di sudah hidup harmoni kami mau terus kan begitu. bagi saya PAS telah maju dan sokongannya juga terus meningkat, saya juga nampak yang ahli UMNO yang resah dengan kebangkitan PAS.sebab itu artikel macam ni pun dikata sandiwara.6 bulankah so kita sama sama tengok lah nanti.

    ReplyDelete
  2. Sesuatu yang harus dilihat oleh Rakyat adalah PAS memerintah Kelantan 18 thn. Tidak pernah ada rasuah dlm kepimpinan PAS. Walaupun BN mengorek sedalam2nya rasuah dlm PAS, tetapi langung tidak pernah sabit. Ini membuktikan ketelusan PAS dalam kepimpinan rakyat. Penyatuan PR berasaskan kepada satu asas yg dipersetujui ramai iaitu, Keadilan untuk semua dan menghapuskan Rasuah yg bergelumang dalam UMNO.

    ReplyDelete
  3. Penyokong PAS marahkan PAS? Marilah berpijak di bumi yang nyata. Tengok2lah, parti mana yang sedang menjunam turun. PAS masih lagi stady tu. Bayang-bayang PAS pun UMNO sudah takut.

    ReplyDelete
  4. apa lebihnya UMNO lebih menyusahkan rakyat. YB sebagai MP tidak pernah turun kebawah jenguk2 rakyatkah?? rakyat semakin menderita?

    jangan asyik berpolitik sahaja, tunaikanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

    sebelum pilihanraya hari tu kata harga minyak tak akan dinaikkan tahun ini, tapi bila pilihanraya sudah habis janji hanya tinggal janji.

    Wakil2 UMNO berapa ramai yang begitu perihatin terhadap masalah rakyat?

    Saya bukan penyokong siapa2 tetapi kami sebagai rakyat dibawah amat tertekan dengan keadaan sekarang.

    ReplyDelete
  5. sememangnya negara islam sangat susah diwujudkan di malaysia kerana rakyat yang berbilang kaum ramai menolak undang2 ini kecuali di kelantan. walaubagaimanapun, matlamat PAS masih sama iaitu untuk mendirikan kerajaan islam dimana ia perlu dijalankan secara berperingkat2. tak kan mau terus laksanakan secara mengejut? ini akan menimbulkan ketidakselasaan para penduduk di malaysia walaupun orang itu org islam.

    arakian kerana itulah pada pru12 baru ni, PAS tidak mengembar gemburkan isu negara islam, tetapi negara berkebajikan dan anti rasuah di mana ia dapat diterima umum dari segenap lapisan masyarakat. ada pun konsep negara islam tidaklah ditinggalkan terus kerana langkah mencegah rasuah juga termasuk dalam etika sesebuah negara islam.

    walaubagaimanapun, hukum syariah tidak dapat dilaksanakan kerana rata2 pengundi PAS pada pru12 baru2 ni ramai terdiri dari golongan non-muslim juga.dan mereka tidak mahu undang2 syariah dilaksanakan walhal jika ianya dilaksanakan pun, hukum tuhan ini bukanlah ditujukan pada mereka, sebaliknya hanya pada org islam shj. seperti juga dengan hukum2 lain seperti hukum nikah kawin dan lain2 yang telah dilaksanakan. hanya org islam perlu melalui proses akad nikah, non muslim x perlu. hanya org islam x blh makan babi, tetapi, non- muslim blh. samalah juga dgn hukum undang2 syariah islam. jika org islam itu disabitkan mencuri, dia wajib dipotong tgn nya oleh si pemerintah negara (negara islam).dan undang2 ini kekal relevan sepanjang zaman dan ianya diakui oleh ulama2 seluruh negara. mungkin ulama hadhari terkecuali.

    walau bagaimanapu, suasana di malaysia nampak terlalu jauh menyimpang dari keislaman yg sebenar. ceramah2 berunsur keagamaan juga byk disekat. bahkan ada pula surau dan masjid2 diroboh hanya kerana fahamn politik. bagaimana mungkin rakyat dapat tahu tentang ilmu syariah ini dan keberkesanannya? tv2 juga byk memburuk2 kan hukum islam ini. demikian juga halnya dengan parti melayu sendiri pun(umno) yang terang2 menentang hukum hudud ini.

    setelah melihat keadaan ini, maka amat susah untuk PAS dlm mengejar cita2 nya untuk melaksanakn undang2 syariah ini di malaysia. arakian, mereka terpaksa berkerjasama dengan DAP dan PKR atas matlamat yg sama iaitu ke arah negara berkebajikan dan bebas rasuah. maka, dapat lah ilmu2 dan dakwah2 islam dapat disebarkan ke masjid dan surau secara terbuka. ia benar2 dapat dilihat keberkesanannya sekarang. khutbah2 jumaat yg dahulunya terlalu sepi dengan isi yg kurang bernas, skrg, ternyata mempunyai isi2 yg padat dan bernas. begitu juga dgn kemeriahan majlis2 ceramah2 dan lain2. ulama2 yg digam dulu pun kembali blh bersuara menyampaikan dakwah. ini lah kesannya.

    adapun isu kafir2 mengkafir dahulu bkn lah sbb umno berkerjasam dgn org non muslim. ini cuma diburukkan oleh media. sebenarnya barang siapa yg menolak undang2 syariah islam seperti hukum hudud dan sebagainya, maka jatuhlah hukum kafir kepadanya x kira siapa pun orgnya. barang siapa menolak satu ayat pun dari al-quran, jatuh juga hukum kufur kepadanya. begitu juga dgn undang2 islam.

    ReplyDelete
  6. salam datuk...
    sedapnya bahasa datuk...
    jangan nak menyamakan PAS (PKR) dan UMNO (BN)...
    kedua2nya bagaikan langit dan bumi dalam aspek perlaksanaan dan sasaran...
    usaha utk membangunkan negara Islam sememangnya menjadi agenda utama PAS...
    walaupun dengan menggunakan platform PKR apabila berjaya memerintah kerajaan kelak Islam iaitu PAS tetap akan merealisasikan impian tersebut...
    kerana negara Malaysia masih berada di bawah kuasa sultan dan Islam merupakan agama rasmi negara...
    sekalipun mereka (parti bukan Islam) menang banyak mana pun Islam tetap diutamakan sebab kuasa Sultan (Islam) masih menjadi hadaf utama...
    apapun gembar-gembur datuk tu bagus la gak nk bg kesedaran dan mengingtkn kami semula...
    umat Islam itu perlu saling ingat mengingatkan antara satu sama lain baru akan datang kekuatan...
    nanti dh bersedia isi borang PAS k...
    semoga datuk sentiasa dlm lindungan Allah... :)
    keep in touch with ALLAH & ISLAM truth way of lfe...
    wassalam.. =)

    ReplyDelete
  7. Punya la jauh perbandingan saudara. UMNO & PAS.

    1st skali, ideologi UMNO adalah nasionalisme yg tak pernah diajar dlm islam. Ideologi PAS Islam.

    2nd, UMNO mahu dan bersetuju dgn konsep sekular. PAS tidak.

    2 perkara pokok ini saje sudah cukup utk mengkategori kan UMNO sebagai tidak islamik. Bergabung ngn parti cina ke, berseorangan ke, ia tetap tidak islamik.

    PAS pula, mengatakan kalo nk bergabung ngn PAS, kena terima perjuangan PAS. Itu yg berlaku masa DAP berpatah arang dgn PAS kerana PAS taknak abaikan perjuangan dia.

    Apa yg berlaku dlm PRU12, asalnya bukan gabungan, tapi tidak tak mahu pertandingan 3 penjuru. Menang besar rupa nya. terpaksa buat Pakatan.

    Pakatan ni pulak, masing2 memerlukan masing2. Byk contoh, tapi yg paling latest, PAS tidak bersetuju dgn konsert di Selangor, dan mencadangkan Syariah di negeri Pakatan. Dan ini membawa perbincangan dgn parti pakatan lain.

    Tiada yg gimiknye disini. Harap lebih baik utk entri seterus nya supaya padan dgn status tuan sbgai MP.

    ReplyDelete
  8. Semua respond di atasd adalah mengaruyt dan lembik. Semuanya off tangent dan terkeluar dari sasaran perbincangan.

    Artikel saya menyentuh tentang (1) Kenapa PAS mengeluarkan fatwa bahawa UMNO adalah parti kafir kerana bekerjasama dengan MCA/ Gerakan tetapi sekarang PAS sanggup untuk bekerjasama dengan DAP?

    (2) Kenapa agenda menubuhkan negara Islam tidak lagi menjadi perkara pokok dalam perjuangan PAS di Perak, Selangor, Kedah dan PPinang? Takut kepada DAP atau pemimpin bukan Islam dalam PKR ke? Janganlah pulak hanya kerana pemuda PAS membantah konsert di Selangor, PAS sudah dikatakan menegakkan negara Islam!! Lucu lah ulasan tu!!

    Tak payahlah merapu dengan perkara yang lain. Jawab secara langsung soalan saya tersebut.

    ReplyDelete
  9. Kelantan bebas rasuah? Tolonglah...

    Go to google and search PAS RASUAH and read all the postings.

    ReplyDelete
  10. faizhensem kata untuk membina negara Islam, PAS kena buat pelan-pelan supaya golongan bukan Islam tidak tekejut.... Bukankah itu yang sedang dibuat oleh UMNO!!

    UMNO sudah lama bina foundation negara Islam tanpa mengejkutkan orang bukan Islam. UMNO ujudkan sistem perbankan Islam, sistem perniagaan Islam, Halal Hub, Universiti Islam, dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, insuran Islam dan macam macam lagi. Bukankah itu yang UMNO buat selama ini!!

    ReplyDelete
  11. Muhammad kata PAS bantah konsert di Selangor untuk tunjuk mereka lebih Islam dari UMNO. Yang Hadi Awang dan Nik Aziz benarkan MAWI buat konsert di Kelantan dulu itu apa?

    Hipokrit!

    ReplyDelete
  12. www.durianranau.blogspot.com

    Perbesarkan masjid.

    ReplyDelete
  13. 1. DARD, sila buktikan bahawa PAS pernah BUAT FATWA ttg mengkafirkan UMNO.

    2. Cari di internet PAS Rasuah? Seperti saya cakap, perbagai cara fitnah dibuat bahawa PAS Rasuah di Kelantan dgn mengorek pelbagai cara. Tetapi TIDAK PERNAH DISABIT, malahan pendakwaan di mahkamah tidak pernah dapat dibuat.

    ReplyDelete
  14. Saya tolong carikan dalam Google perkataan "PAS RASUAH".
    Semua boleh tgk dgn klik pada nick saya. Nampaknya Google pun bersetuju bahawa "teramat susah mencari PAS RASUAH"

    ReplyDelete
  15. YB DARD,
    Konsert MAWI dan Konsert (gelek) amelina umpama langit dan bumi. Belajar2 lah Islam ttg Hiburan dalam Islam ya.

    UMNO Sudah lama membina Foundation Islam? Fikir2kan lah.... rasanya pembaca boleh fikir 50 thn sudah ni woi.

    ReplyDelete
  16. Yang Amat Berhormat..

    jika tuan turun sendiri ke kelantan melihat bagaimana KONSERT MAWI di adakan di kelantan..pasti YB takkan membuat kenyataan seperti ini...

    JAUH BEZA pelaksanaan konsert tersebut mungkar yang tidak dikawal dan berlambak di KL..konsert 3 diva? konsert search..konsert peterpan?

    apa bezanya?
    -konsert dikelantan dilakukan selepas menunaikan solat isyak berjemaah distadium sultan muhammadi kelantan ; sedangkan konsert yg berlambak di KL..sembahyang ntah ke mana

    -lagu-lagu yang dipersembahkan oleh artis2 semasa konsert mawi adalah nasyid2 dan lagu ketuhanan.. mengajak orang ramai mengingati Allah..;sedangkan konsert yang berlambak di KL dn tempat2 lain..jauh sekali membwa org ingat kepada Allah

    -keadaan konsert yang megasingkan lelaki dan perempuan..jauh sekali bezanya dengan konsert mungkar jom heboh..gangstar dll

    siapa yang hipokrit?
    siapa yang mengambil islam sedikit2dan meninggalkan ajaran islam yang berkaitan urusan kehidupan seharian hatta dalam melaksanakan konsert sekalipun..

    berfikir dengan akal..berlandaskan iman YB..moga kita ditunjukkan jalan yang lurus..

    ReplyDelete
  17. bukn takut DAP tu tapi ini lah jalinan kerjasama PR saling bantu membantu dan bertolak ansur......BUKAN mcm UMNO kalau parti BN lain setuju UMNO suruh keluar dari BN....YB pun sendiri taukan...

    ReplyDelete
  18. Aduh, sakit betullah kalau Menteri kita berhujah begini..

    ndapalah..kata orang tua-tua " kalau ndaktau jgn cakap, nti org cakap mingkin dia bengong, kalau kita cakap juga walaupun ndaktau nanti org cakap, haa kan betul bengong! "

    ReplyDelete
  19. sungguh aib pandangan Datuk Rahman..Antara UMNO dan PAs ibarat langit dan bumi..UMNO konon menerapkan Islam?..50 tahun..apa yang umno buat untuk mentarbiyah rakyat ke arah Islam..UMNO menggalakkan rakyat menjadi sekular dengan hiburan dan pakaian yang tidak mengikut syariat..Lihatlah, cerminlah diri Datuk..Kalau pun Datuk tidak berminat memperjuangkan Islam tapi janganlah memperlekeh mereka yang membawa cita-cita Islam..

    ReplyDelete
  20. Akum YB... Mohon Maaf sekiranya nukilan saya ini kurang tepat / mengarut/merapu/lembik/hipokrit bagi pandangan YB. Sebelum saya cuba melontarkan pandangan saya perihal 2 soalan YB tue,... Satu benda saya ingin tolong ingatkan YB. Saya lihat, YB sudah semakin terikut2 dengan cara ulasan yang bagi saya bukan cara seorang YB menjawab. Seorang YB sudah pasti akan berhati-hati melontarkan perkataannya. Apatah lagi perkataan2 kesat seperti LEMBIK/MENGARUT/HIPOKRIT.... Biarkan yang lain. kalau boleh nasihatkan mereka termasuk saya supaya menggunakan perkataan yang berhemah,....

    ReplyDelete
  21. untuk Soalan pertama... Saya cukup pasti, YB pun sdh pernah menonton Video Ceramah YB Dato seri Hadi berhubung isu ini. Adakah abdul Hadi direct kata UMNO ni kafir. Bukan dia bagi simbolik jak ka? Simbolik yang diambil dari nas kitab suci. iaitu garis panduan untuk menilai yang mana kufur, yang mana munafik. itu saja. bukan sebab UMNO dan BN bersama MCA dan MIC. Dari segi konsep dan prinsip, YB sudah tersasar. Kemudian, kalau benarlah Hadi mengkafirkan UMNO secara ihklas, kenapa para alim ulama kerajaan malaysia ini bersikap bacul tidak menfatwakannya sesat? Atau rujuk benda ni dengan Sheikh Al-Azhar...Kenapa di biarkan orang2 UMNO mengeluarkan sendiri... Saya sukacita memperingatkan diri saya dan Dato' agar memperhatikan imej Islam yang ada dalam diri kita dengan Imej islam yang ada dengan orang2 PAS. Saya tidak tahu bagi Dato',... tapi bagi saya , saya malu.... Kita jauh ketinggalan..

    Kedua, PAS menggugurkan hasrat untuk menegakkan negara islam? bagi saya memang benar,.. Kesilapan PAS ialah apabila dulu menjadikan moto mendirikan negara islam sebagai moto perjuangan. kemudian,.. beralih moto pula. W/pun, apabila saya rujuk kembali PIagam Madinah, saya dapati apa yang diusahakan oleh PAS adalah suatu usaha berterusan ke arah itu. Bagi saya hasrat menubhkan negara islam tidak semestinya di uar-uarkan. Dan, sekiranya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar, penonjolan moto ini bagi pandangan peribadi saya adalah salah.
    Membaca ulasan timbal Dato di atas, kemungkinan saya tersilap, tetapi saya hampir2 dapati Datro sendiri tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan rukun2 dan syarat2 serta ciri2 negara islam. Kemungkina bagi Dato negara islam itu hanya sistem perbankan Islam, sistem perniagaan Islam, Halal Hub, Universiti Islam, dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, insuran Islam dan lain2. Dato Betul. Itu Islam. Tetapi hanya lebih kepada Syiar. Hanya sedikit kepada Syari'at. Apa itu Syiar dan apa itu syari'at, Dato kena buka buku karangan ulama2 terkemuka. Jangan pula hanya baca buku2 karangan ulama PAS. Aatau karang ulama2 UMNO seperti Hamid Othman. Dato' ingin saya ingatkan diri saya dan Dato'.... Insafilah, keadaan islam kita jauh ketinggalan daripada apa yang kita ingin jadi,.... Fikir2kan lah Dato' nukilan daripada saya yang cukup kerdil ini......

    ReplyDelete
  22. Datu Panglima Masai12:12 AM, June 20, 2008

    Datuk,kalau Datuk jahil dalam soal agama janganlah cuba memandai-mandai dan membuat ulasan yang bongkak..Pergilah cari tok guru dan belajarlah agama..ingat Datuk,akhiran syurga dan neraka adalah perkara yang benar dan akan kita tempuh nanti..jangan kerana kedudukan Datuk, Datuk jadi bongkak..sedarilah apa yang dibawa oleh UMNO sekarang sudah jauh terpesong dan mengabaikan tuntutan syariat Islam..Cuba lihat Ketua Kerajaan Hadhari..isteri tak menutup aurat,anak-anak apatah lagi, sedangkan semua ini adalah WAJIB dalam agama Islam...Hanya mereka yang jahil saja yang tidak nampak sandiwara UMNO...Hidup ! kunun, tapi sebenarnya menipu dan retorika saja..

    ReplyDelete
  23. saya rasa dato yang terkeluar topik...dato tak faham tentang perjuangan isalm yang sebenar. kembali la dato berpijak di bumi yang nyata. dato kata hujah kami mengarut tapi jawapan dan pandangan dato terhadap gabungan Pakatan Rakyat lagi la mengarut malah tak lebih dari pandagan budak darjah 5. kami kesian kat dato. Mungkin dato merasakan dato ni dah pandai jadi boleh la mengeluarkan pandangan yang begitu rupa. maaf la dato. Pandangan dan tafsiran dato terlalu d pengaruhi oleh kedudukan dato sebagai ahli umno yang dahagakan kekayaan dan kemewahan dan bukannyer lahir dari naluri kepimpinan yang sejati. Sedarla dato sebelum rakyat kembali menyedarkan dato dari lamunan. terima kasih...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: