Thursday, June 05, 2008

Harga Minyak Naik

Salam,

Semua sudah tahu dan maklum pengumuman kerajaan tentang kenaikkan harga petrol dan diesel.

Kenaikkan harga minyak tidak dapat dielakkan kerana ianya adalah fenomena pasaran dunia dan kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk mempertahankan subsidi minyak ini. Apabila harga minyak dunia mencecah $135 dollar Amerika dan perbelanjaan subsidi mencecah $56 billion ringgit, kerajaan terpaksa mengambil tindakan.

Tidak ada satu negara dalam dunia ini yang mahu menindas rakyatnya dengan menaikkan minyak sewenang-wenangnya. Itu adalah resepi yang terbaik untuk kalah dalam pilihanraya. Tetapi kerajaan tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Walaupun mungkin risiko politiknya terlalu besar, tindakan perlu diambil bagi mengelakkan negara ini dari bangkrap! Sebenarnya bukan Malaysia saja yang terpaksa menaikkan harga minyak. Banyak lagi negara yang terpaksa berbuat demikian. Malah pada hari yang sama PM mengumumkan kenaikkan harga minyak itu, kerajaan India juga mengumumkan kenaikkan harga minyak di India.

Subsidi petrol di negara kita adalah satu sistem yang tidak effisyen. Yang kaya juga mendapat subsidi walaupun mereka mampu untuk membayar harga yang tinggi. Orang kaya yang memandu kereta Mercedes Benz mendapat subsidi petrol sama dengan orang miskin yang membawa motor kapcai 100cc. Golongan menengah yang mampu juga sepatutnya tidak perlu diberi subsidi.

Yang penting sekarang ialah apakah golongan yang miskin akan dapat pembelaan dari kerajaan dan dilindungi dari kesan kenaikkanharga ini? Tindakan kerajaan untuk memberi rebet sebanyak RM625 tunai kepada pemilik kereta yang berkuasa kuda kurang dari 2000cc dan penurunan cukai jalan bagi motorsikal berkuasa lebih dari 250cc sebanyak RM50 amat dialu alukan.

Saya tahu pihak pembangkang akan mengeksploitasikan isu ini. Malah saya tidak hairan jika mereka akan membakar perasaan rakyat dan mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan ini dengan harapan mereka boleh menumbangkan kerajaan yang sedia ada ini.

Kepada pihak pembangkang saya ingin bertanya. Kalau anda merasakan tindakan kerajaan ini tidak patut dan perlu dibantah, saya mohon agar mereka menyediakan pelan tindakan mereka untuk menangani fenomena kenaikkan harga minyak di pasaran dunia untuk kita semua tatap dan kaji. Saya harap pelan alternatif pembangkang itu tidak terlalu simple dan mudah dengan berjanji kerana masalah ini adalah kompleks. Kalau hanya membantah dan berdemonstrasi sahaja tanpa memberi pelan tindakan alternatif itu, saya rasa itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab!!

Salam.
DARD

7 comments:

  1. YB Dard, tidak perlu parti pembangkang membakar kemarahan rakyat, sekarang pun sudah terbakar. Kalau tiada pembangkang pun memang sudah naik minyak!!!

    ReplyDelete
  2. Salam DARD,
    Kenaikan harga bahan bakar ini memang telah dijangka. Tapi why all the flip-flop?
    2 hari lepas apa yg diketahui, kerajaan menguatkuasakan larangan kenderaan asing membeli petrol dan harga petrol dijangka akan naik pada bulan ogos.
    Semalam, harga petrol naik dan larangan kepada kenderaan asing membeli petrol ditarik balik...
    Again,.. why the flip-flop?

    Rakyat faham tentang masalah kerajaan,.. tetapi adakah KERAJAAN faham tentang masalah rakyat?

    Dengan sikap flip-flop begini, rakyat seperti saya menganggap kerajaan sengaja berbohong. Adakah kerajaan fikir kami ini terlalu BODOH utk dibohongi sedemikian rupa?

    Jadi, DARD, saya ingin bertanya, SALAHKAH PEMBANGKANG MEMAINKAN ISU INI UTK KEPENTINGAN MEREKA SEDANGKAN KERAJAAN SENDIRI TIDAK PERNAH MEMIKIRKAN IMPLIKASI DARI TINDAKAN MEREKA SENDIRI?.

    Bagi saya, seluruh rakyat tahu masalah kenaikan harga petrol dunia dan saya yakin seluruh rakyat malaysia bersedia mengenainya.. TETAPI persoalannya,.. WHY THE FLIP-FLOP?

    1- Adakah pemimpin terlalu bodoh utk memikirkan bahawa tidakan FLIP-FLOP ini akan mendatangkan kebaikan kepada mereka?
    2- Adakah pemimpin memikirkan rakyat Malaysia ini terlalu BODOH utk menerima segala apa sahaja yg dimomokkan oleh pemimpin?

    Sikap `flip-flop' inilah yg akan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan..BUKANNYA pemainan isu oleh pembangkang.

    TIDAK PERLULAH BERTANYA PEMBANGKANG TENTANG PLAN TIDAKAN MEREKA kalau KERAJAAN SENDIRI PUN TIDAK MEMPUNYAI PELAN TINDAKAN YG JELAS... Kalo kerajaan ada pelan yg jelas, tidak akan terjadi isu `FLIP-FLOP'.

    Pembangkang telah mula memainkan perasaan rakyat dengan protest pagi tadi.. Esok dan lusa protest akan lebih besar. JANGAN SALAHKAN PEMBANGKANG.

    Saya org UMNO, saya sayangkan UMNO. Tapi pemimpin UMNO lebih sayangakan org spt EZAM..!

    Resepi-resepi ini adalah resepi terbaik utk kalah pilihanraya.. ciptaan kerajaan sendiri... BUKAN PEMBANGKANG.

    Sebagai seorang yg sangat menghormati DARD, saya berdoa agar DARD berjaya mendaki ke puncak kepimpinan dan diharapkan agar DARD akan menjadi pemimpin yang lebih prihatin kepada keperluan rakyat.

    Salam,
    Imagemaker

    ReplyDelete
  3. PLAN tindakan Rakyat yg paling berkesan menangani masalah kenaikan harga minyak adalah menukar kerajaan BN. Say No to BN. -----------------------> Harga minyak negara2 pengeluar minyak dunia. MALAYSIA memang negara Kapitalis yg mencekik darah rakyatnya. UAE– RM1.19/liter; Eygpt– RM1.03/liter; Bahrain– RM0.87/liter; Qatar– RM0.68/liter; Kuwait– RM0.67/liter; Saudi Arabia– RM0.38/liter; Iran– RM0.35/liter; Nigeria– RM0.32/liter; Turkmenistan– RM0.25/liter; Venezuela– RM0.16/liter;

    ReplyDelete
  4. Kenapa pula YB mau tanya pembangkang sama ada patut dibantahkah tidak? YB pula apa macam? adakah YB rasa patut dibantah atau para YB BN disuruh diam...? apa plan YB mau bantu rakyat?

    ReplyDelete
  5. YB DARD

    4 ulasan terawal dari nampaknya marah. Kemarahan mereka bukan dihasut, tapi dari naluri mereka sendiri dan termasuklah diri saya. Pada saya, subsidi boleh dinaikkan lagi dan jangan terlalu pindahkan beban pada rakyat. Minyak bahan tenaga utama, dan akan memberikan kesan kenaikan secara berantai terhadap baranagan lain. Tambahan pula sejak menteri PDNHEP yang baru ni begitu aktif apungkan harga barangan.

    Lagi satu, apa perlu tanya pembangkang, TDM dah bagi remedi beliau. Rajin-rajin jenguk http://www.chedet.com/, kerana beliau kritik buta tuli tapi ada cadangan-cadangannya.

    Macam kami ni mungkin bodoh, Dato' tak dengar cakap kami tak apa, tapi TDM tu tolonglah dengar sikit pandangannya. Yang baik diambil yang tak baik asingkan ke tepi.
    Nasihat saya DENGAR APA YANG DICAKAP, BUKAN PERSOALKAN SIAPA YANG BERCAKAP.

    ReplyDelete
  6. nilah PM! disebabkan pembangunan koridor ciptaannya. rakyat jadi mangsa. tidak guna bina bangunan sana sini kalau rakyat menderita. Koridor yang dibuat tupun entah ada atau tidak inpaknya kepada rakyat miskin.

    PM tidak pernah sebenarnya mendalami masalah rakyat, terutamanya di sabah & sarawak. PM ingat gaji dekat semenanjung sama dengan disini.

    ReplyDelete
  7. A'kum Dato'... Dah lah tue,... Semakin Dato' mahu membela tindakan kerajaan ini,.. semakin terlihatlah sikap sebenar kerajaan kita pada hari ini. Sikap yang tidak pedulikan kesengsaraan rakyat. Lagi pun, pemimpin2 UMNO/BN bagi saya mmg tidak layak bercakap pasal kesengsaraan rakyat. Sebab, secebis pun, kesengsaraan rakyat ini tidak ada yang dapat dirasai oleh golongan elit macam Dato'. Anak terpaksa berhenti sekolah, Susu bayi kecil terpaksa dihadkan, atau terpaksa kasi minum susu junjung jak dgn bayi umur 3 bulan, kereta terpaksa jual, makanan terpaksa catu..... Dato' pernah terasa? Dato' pernah terdengan rintihan kesedihan seorang bapa melihat anaknya disekolah terpaksa diberhentikan sebab tdk mampu bayar blanja dan bayar sewa kereta. Semakin hari, semua pemimpin UMNO/BN semakin kejam dan tidak berhati perut. Menyesal saya mengundi Dato'. Cukup menyesal! Akibat pentabdiran kerajaan yang tunggang langgang, rakyat yang terpaksa menerima akibat. Janganlah Dato cuba2 jadi hero kerajaan,... berlaku jujurlah kepada diri Dato' sendiri sekiranya ada sedikit ketidaksetujuan dalam tindakan kerajaan ini,..
    Dato',... Kami semua rkayat yang tertindas siang malam akan mendoakan,.. Sekiranya semua perkara yang berlaku ini adalah bersebabkan sifat tamak dan haloba pemimpin2 kerajaan mengaut keuntungan hasil kesengsaraan rakyat, kami mohon pada Allah yang Maha Agung dan Maha Adil,... moga-moga mereka mendapat balasan setimpal.... Dan sekiranya juga masalah yang berlaku ini adalah hasil 'ketidakcekapan' pentadbiran Kerajaan, Kami mohon pada Allah Yang Maha Besar, Berilah mereka2 itu pengajaran.... Amin...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: