Tuesday, June 17, 2008

Anwar terus bersandiwara...

Anwar Dicabar Tanding Pilihanraya Kecil Ukur Sokongan Rakyat

Kuala Lumpur -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar untuk bertanding di dalam pilihan raya kecil terlebih dahulu sebelum terus bercakap mengenai perubahan kuasa pemerintahan yang didakwa akan berlaku pada 16 September ini.

Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kenyataan demi kenyataan yang dibuat Anwar tidak membawa apa-apa makna khususnya untuk mengukur sejauh mana sokongan rakyat terhadap dirinya selaku bakal Perdana Menteri.

Tegas beliau lagi apa yang dilakukan Anwar ketika ini tidak lebih sekadar retorik politik yang bertujuan untuk mencipta harapan palsu selain cuba menimbulkan suasana curiga di kalangan komponen BN.

”Kita cabar beliau untuk bertanding pada pilihanraya kecil daripada asyik bercakap soal lompat parti dan sebagainya.

”Kerajaan yang ada sekarang dipilih oleh rakyat. Dia buat macam-macam dakwaan tapi satu pun tak betul. Kalau betul-betul kemaruk nak jadi Perdana Menteri, dia patut berani bertanding dalam pilihanraya apatah sekarang tiada halangan buat beliau untuk jadi calon bertanding”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas tindakan Anwar yang saban hari bercakap mengenai soal perubahan kuasa kepimpinan negara menerusi lompat parti di kalangan anggota Parlimen BN.

Terbaru, Anwar dilaporkan berkata Ahli Parlimen MCA akan bertindak terlebih dahulu sebelum disusuli Ahli parlimen BN yang lain.

Mengulas lebih lanjut Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud seterusnya berkata tindakan Anwar yang sentiasa mengharapkan tindakan lompat parti untuk berkuasa menjelaskan sifat rakus beliau dalam mencapai matlamat peribadi.

”Saya sendiri sebelum ini pernah mendedahkan adanya usaha yang menawarkan ganjaran yang cukup lumayan yang dibuat pada ahli Parlimen BN yang ingin melompat parti.

”Perbuatan ini amat bertentangan dengan prinsip Anwar sendiri yang kononnya menentang rasuah dan memperjuangkan soal integriti”, ujarnya.

3 comments:

  1. kenyataan Yb.Rahman ini tidak lebih daripada publisiti murahan saja..Sepatutnya YB Rahman merasa malu kerana gagal bersuara untuk Sabah terutama penubuhan suruhanjaya diraja mengenai PTi..mengapa tak sokong, takut kah/ Porahhh semuanya sendiwara Bn dan UMNO durjana penipu dan memperbodohkan orang Melayu

    ReplyDelete
  2. mari lawat blog saya di www.durianranau.blogspot.com

    terima kasih banyak2

    ReplyDelete
  3. Saya sokong kata orang laut.
    Kerja dulu untuk sabahan.jangan sibuk2 nak kutuk dato seri anwar.

    Siapa sangatlah anda tu kalau nak banding dengan mantan TPM tu. Jauh sangat bezanya. Duduklah diam2 majukan sabah ni. Jangan sibuk sangat. Kenapa, takut tak sempat nak lama2 jadi kerajaan ker?:)

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: