Monday, June 16, 2008

Akaun Petronas dibentang untuk umum...

YB Khairy Jamaluddin akan membawa usul di Parlimen untuk meminta Petronas membentangkan akaunnya kepada umum. Saya menyokong usul ini bagi menjawab spekulasi rakyat terhadap akaun Petronas.

Saya masih lagi berpendapat bahawa Petronas selama ini diurus tadbir mengikut piawaian bertaraf antarabangsa yang ketat dan professional.

Saya berharap semua MP dalam Parlimen menyokong usul ini supaya keterbukaan ini dapat memberi keyakinan kepada rakyat.

4 comments:

  1. Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini walaupun Akta Kemajuan Petroleum 1974 (kalau tidak silap) memberikan 5% royaliti kepada Sabah.

    ReplyDelete
  2. Datu Panglima Manang10:48 PM, June 18, 2008

    Bagus juga tapi sayang kerana Khairy Jamaluddin hanya menjadikan hal ini sebagai publisiti untuk nya.Kenapa dulu tak cakap..Mengapa setelah Salahudin Ayub cakap baru Khairy terhegeh-hegeh mau cakap..sudahlah, Khairy tak faham lagi kah bahawa kami rakyat Malaysia ni 'meloya' dengannya.. Lebih baik datuk nasihatkan dia pencen awal saja..UMNO musnah pun kerana angkara dia...

    ReplyDelete
  3. My 20 cents..

    The issue here is not with Petronas. The main issue here is how our current government spend the money.

    The government must show scrutiny details on expenditure because thats what the people is asking for..

    I believe that there's a lot of wastage.

    And i do believe Malaysia can be a better place to live.

    ReplyDelete
  4. mmmmm, yg saya tau akaun petronas bukan rahsia, dlm website petronas pun ada. Apa tujuan sebenar? Mau kuasai Petronas ka macam khazanah holding?

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: