Monday, June 30, 2008

100 hari - respon kepada respon

Salam!

Berikutan posting saya berkenaan 100 hari menjadi MP KB, ramai yang bertanya tentang penerima projek projek yang saya umumkan itu. Ada yang bertanya seolah olah mereka "terhidu" ada sesuatu yang tidak kena tentang pemberian projek-projek tersebut.

Saya telah menjangkakan perkara ini akan berlaku dan terbukti ada yang mempersoalkan siapa yang dapat projek projek tersebut.

Kenapa persoalan itu yang perlu ditanya dulu? Kenapa terlalu negatif dan berperasaan serong? Sepatutnya bersyukurlah ada projek yang diberi oleh kerajaan di Kota Belud.

Apa rasional mereka yang bertanya itu yang nampaknya lebih ingin tahu siapa dapat projek daripada mahu mengetahui apa nama projek dan apa kebaikannya? Mereka sepatutnya mensyukuri projek yang dibawa oleh kerajaan. Apakah mereka hanya merasa bersyukur jika projek itu diberi kepada mereka atau kawan kawan mereka? Bukankah yang penting kampung mereka mendapat projek tersebut!

Sepatutnya persoalan siapa yang dapat itu tidak timbul. Yang penting kontraktor tempatan yang dapat projek tersebut telah dinilai oleh Jabatan Pembangunan Negeri Sabah dan Pejabat Daerah/ JKR!

Kalau itulah pertimbangan mereka, maknanya mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri kerana perkara pokok kepada mereka ialah mereka mesti dapat projek barulah mereka mensyukuri adanya projek itu dikawasan mereka dan kalau tidak dapat maka mereka akan menuduh ada unsur penipuan atau kronisma dalam penganugerahan projek tersebut. Mereka terlupa bahawa yang paling penting ialah kampung tersebut mendapat projek tersebut.

Lagipun, kalau mereka yang dapat, apa jaminan orang lain tidak akan merajuk dan mempersoal kenapa mereka pula yang dapat?

Itulah sebabnya saya tidak menyenaraikan nama kontraktor di laman blog ini kerana saya tahu perkara pertama yang diselidik ialah SIAPA DAPAT PROJEK PROJEK TERSEBUT!!!
KENAPA DIA YANG DAPAT DAN TIDAK SAYA? APAKAH ADA UNSUR KRONI?

Saya sengaja tidak mryenaraikan kontraktor kontraktor tersebut disini kerana saya tidak mahu kontraktor-kontraktor yang tidak bersalah ini (yang hampir semuanya saya tidak kenalpun kerana saya orang "baru" di KB) akan dituduh bermacam macam oleh sesetangah pihak yang hanya puas hati jika projek tersebut diberikan kepada mereka atau kroni mereka.

Alangkah malangnya jika itu yang difikirkan oleh sesetangah blogger dalam blog ini.

Saya teringat satu cerita bilamana seorang pemimpin peringkat bahagian (bukan di KB) yang memohon satu sekolah di kawasan beliau dari Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran. Dengan semangat berkobar kobar beliau memberitahu Dato Sri Hisham bahawa adalah tanggungjawab beliau sebagai pemimpin di kawasan tersebut dan yang perihatin tentang masalah rakyat di kawasan beliau yang mana beliau merasakan kampung beliau sangat sangat memerlukan sekolah rendah tersebut demi untuk masa depan anak anak kampung tersebut. Dan seperti biasa beliau juga mencadangkan satu syarikat kontraktor yang rapat dengan beliau untuk dianugerahkan projek sekolah tersebut.

Apabila 3 bulan berlalu, Dato Sri Hishammuddin melalui Kementerian Kewangan memaklunkan bahawa sekolah itu diluluskan serta merta tetapi kontraktor pelaksana bukan kontraktor yang dicadangkan oleh pemimpin tersebut. Apabila pemimpin tersebut mengetahui tentang perkara ini, beliau amat marah kerana syarikat luar yang dapat projek tersebut. Maka beliau telah mencuba sedaya upaya untuk menggagalkan projek tersebut supaya kontraktor yang dipilih itu tidak akan dapat menjalankan kerja dengan baik. Tujuannya ialah memastikan syarikat yang dilantik itu gagal dan diganti dengan kontraktor beliau.

Apabila Dato Sri Hishammuddin mendapat tahu bahawa projek itu terlewat akibat kegagalan pemimpin tersebut membantu kontraktor menjalankan kerjanya, beliau telah dipanggil menghadap Dato Sri Hishammuddin. Dia memebritahu Hisham bahawa beliau kecewa dan marah kerana syarikat lain yang dapat. Saya tidak pernah melihat Hisham marah seperti itu. Hisham marah kerana pemimpin itu mementingkan diri. Hanya kerana syarikat beliau tidak dapat projek itu, beliau sanggup menggagalkan walhal pemimpin tersebut pada awalnya mendabik dada kononnya beliau memperjuangkan kepentingan orang kampungnya untuk mendapatkan sekolah tersebut!

Ambil iktibar dari cerita tersebut. Kalau mereka ini masih nak tahu juga siapa yang dapat projek tersebut, sila datang ke Pusat Khidmat saya di Pekan Kota Belud. Semuanya ada disitu untuk ditonton oleh semua pihak. Bukankah itu satu ketelusan dari pihak saya dan dengan cara ini kita dapat menghindarkan spekulasi sementara kepentingan awam untuk mendapat maklumat dipenuhi.

Salam

DARD

4 comments:

  1. YB DARD,

    Looking from your point of view, indeed there is no need to clarify or to give any justification on the handover of the projects to which company. It's a dully duty of the government authority i.e. JKR. The main concern is to get the facilities at that place, in time for the benefits of the people. Done deal.

    But having said that, the people having a problem in term of TRUST towards their elected leader. I do not have any problem towards you YB DARD. And to be honest, I have never heard any bad news about you. From my past experience, it’s inevitable that whenever an ordinary person goes into politics, automatically he/she will admit that they have a business...and it’s in construction sector. These create doubt. And need to be change.

    All in all, my opinion on this matter...I totally agree with YB DARD. It’s not a good move to list down the name of contractors in the net. Should fellow blogger have doubt, we can directly go the authority (JKR) and ask for clarification or to Kota Belud Service Centre. The tender should be given based on ability to handle the projects, past experience, technical expertise and financial ability. And local contractor should be given priority.

    My opinion, it’s a fair move. Keep it up YB DARD. You deserve a compliment.

    P/s: My intention is solely for the stability of political power and economy growth. The end.

    My 2 cent.

    ReplyDelete
  2. Apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah bukan semata-mata siapa yang dapat, tetapi juga adakah kos yang terlibat itu berbaloi (Value for money) dan tidak ditokok tambah (inflated price) dan juga mutu kerja kontraktor yang dipilih.

    Saya rasa tidak adil jika semua kontrak diserah kepada satu orang yang mempunyai banyak lesen kontrak ditangannya (amalan biasa di Sabah), bagi-bagi la.

    Kita mahu pemimpin (Konon la) bukan saja berniat baik untuk pembangunan tetapi dilihat berniat baik dengan tindakan yang adil dan saksama.

    Jika pelaksanaan dipertikai, hasilnya tidak akan mencapai matlamat sebenar pembangunan dibuat.

    Contoh cerita Yang Bekerja sampaikan patut jadi contoh kepada semua yang menggelar diri mereka pemimpin. Iktibar dari cerita tersebut ialah, niat hendaklah betul, jika niat serong maka kesudahan yang tidak dijangka boleh berlaku.

    Kita harap niat membuat pembangunan di KB adalah niat yang sebenar dan bukannya untuk membantu atau memberi ganjaran kepada kroni.

    Terimakasih.

    Molongkolong.

    ReplyDelete
  3. Salahuddin al-Ayubi II1:54 AM, July 02, 2008

    YB Datuk, tidak penting siapa yang dapat projek tetapi yang lebih utmam ialah hasil kerja mereka memuaskan..Pengalaman biasa sebelum ini banyak projek kerajaan dibuat secara tidak berkualiti..contohnya kalau buat jalan, lepas 6 bulan pasti sudah hancur..buat sekolah, pasti ada saja kecacatan,syiling jatuh,lantai retak dan sebagainya.Sebab itu kita mau tahu siapa kontraktor..Bukan mau rebut projek tapi mahu bagi maklumbalas berkenaan kontraktor yang 'dajal' ini. Satu lagi YB, tolong tengok kontrak yang 100 peratus jual projek..Macam mana Melayu mau maju kalau dapat projek terus jual untuk dapat 5 persen...

    ReplyDelete
  4. BUKAN APA DATUK, ORANG HANYA MAU TAHU SAHAJA KERANA JANJI PILIHANRAYA DATUK TIDAK MAU MEMBERI KEPADA KONTRAKTOR LUAR KOTA BELUD. JADI TAKKAN DATUK TAKUT SEKARANG...PERUNTUKAN DATUK SALLEH RM500,000 YANG TELAH DI LULUSKAN KENAPA DITUKARKAN KEPADA PROJEK LAIN? MENGAPA DAN KENAPA? RAKYAT TAU DATUK...JANGAN BUAT2 TAK TAHU PULAK..HEHEHEHE DATUK MESTI INGAT BAGAIMANA DATUK BOLEH MENANG DULU..SIAPA TEMPAT DATUK MINTA TOLONG.. DATUK HARUS INGAT. JANGAN BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT. DATUK MASIH BARU DALAM POLITIK KOTA BELUD..DATUK MASIH MUDA.JANGAN TERLALU SELESA.POLITIK BUKAN HANYA PROJEK DAN PROJEK BUKAN HANYA POLITIK DATUK AKAN RASA JUGA KERANA SAYA YAKIN DAN PASTI KERAJAAN PASTI BERTUKAR..

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: