Wednesday, May 14, 2008

Ucapan YB DARD di Parlimen 13hb Mei 2008

Salam sejahtera!

Saya muatkan ucapan saya di Parlimen kelmarin. Sebelum anda semua bertanya kenapa tidak ada soal KB (kemiskinan dan pembangunan) dalam ucapan saya ingin saya maklumkan bahawa ucapan membahas titah diRaja lebih ditumpukan tentang soal negara atau isu besar masa kini. Soal KB boleh telah saya bawakan dalam soalan lisan dan bertulis saya. Masa yang diberi icuma 15 minit sahaja. Lagi pun ada banyak lagi peluang yang lebih baik untuk membincangkan soal KB iaitu dalam mesyuarat kedua parlimen (jun) dan ketiga (sept) dimana kajian separuh penggal RMK9 dibahaskan. Terima kasih.


Tuan Yang DiPertua (TYDP),

Terlebih dahulu izinkan saya menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung yang sesungguhnya amat bernas dan munasabah untuk kita mengambil iktibar darinya.

Sabah Development Corridor (SDC)

TYDP,

Pembangunan Koridor Sabah atau Sabah Development Corridor (SDC) merupakan pembangunan yang telah diatur dan dirancang dengan baik. Perancangan yang melibatkan seluruh negeri Sabah itu bertujuan untuk memberi kesaksamaan pembangunan kepada semua daerah dan wilayah di negeri Sabah.

Rakyat Sabah berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana sudi untuk melancarkannya pada awal tahun ini. Saya berharap kerajaan pusat akan membangunkan koridor ini mengikut jadual kerana koridor ini adalah salah satu sebab kenapa rakyat negeri Sabah mengundi BN dalam pilihanraya ke12 baru baru ini. Antara lain yang kita terangkan kepada rakyat ialah SDC ini bakal mengujudkan 900,000 peluang pekrjaan dalam tempoh pembanguanaanya. 13 MOU juga telah ditandatangani dengan syarikat dari China, Jepun dan Ameika Syarikat.

Skop SDC ini adalah luas sebab itulah ianya perlu dilaksanakan dengan cepat dan teratur. Antara lain:

- Projek Jelapang Padi Kota Belud dan Sipitang.
- Pembinaan stesen pusat kereta api
- Penubuhan kemudahan pukal dalam kelompok perindustrian minyak sawit di Lahad Datu
- Pembangunan tebingan Kota Kinabalu
- Penubuhan kemudahan pendaratan ikan moden di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.
- Pembangunan ekopelancongan dan kesihatan/perubatan
- Pembinaan kondominium mewah dan hotel lima dan enam bintang
- Pembangunan pusat-pusat pelancongan.
- Projek kelompok perindustrian minyak sawit (Sawit POIC). Sawit Kinabalu akan lebih ekonomikal jika bergabung dengan Sime Darby Plantation Sdn Bhd untuk melaksanakan projek Sawit POIC.
- Pengeluaran minyak jatropha (jarak) bagi bahan bakar biodiesel. Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB), Nihon Biotech Inch dari Jepun, Kelana Stabil Sdn Bhd dan TKM Resources Sdn Bhd akan mengeluarkankan minyak jarak yang akan dieksport ke Jepun, AS dan Korea Selatan.
- Projek agropelancongan, pembangunan akuakultur di Teluk Darvell, Lahad Datu dan penyelidikan dan pembangunan pokok jarak.
- Keluaran negara kasar akan neningkat kepada RM17 bilion menjelang 2025 daripada RM4.1 bilion pada tahun 2005.


TYDP, seluruh jentera kerajaan negeri dari YAB Ketua Menteri sehinggalah kakitangan peringkat akar umbi telah bersedia untuk menjayakannya. Kata mesti dikota. Janji mesti dipenuhi.

Jangan sampai Koridor ini menjadi satu bahan jenaka dikalangan rakyat kerana sesunggunya sudah banyak contoh dimana janji tidak ditepati. Contohnya 4 pusat pusat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang telah dijanjikan kepada Sabah sampai sekarang belum tercapai lagi. Walaupun tujuannya baik iaitu membanteras penyeludupan, serangan lanun, pengambilan pasir dan pengawalan persisiran pantai dari dibolosi oleh PTI tetapi sampai sekarang belum ada tanda-tanda untuk bermula. Malah saya difahamkan bahawa tapak pun belum dikenalpasti lagi.



PENYELESAIAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

TYDP,

Bak kata pepatah, di mana ada gula di situ ada semut. Kemakmuran negara kita telah menarik minat ramai tenaga kerja asing dalam pelbagai bidang seperti pembuatan, pertanian dan perkhidmatan.

Ramai rakan-rakan saya telah membicarakan soal PATI ini. Sekadar menambah, saya ingin cadangkan agar kerajaan membuat kajian terperinci berkenaan perkara berikut bagi mengatasi masalah PATI:

Turunkan levi dan yuran proses pengambilan pekerja asing. Ini akan menggalakkan mereka datang ke Malaysia secara sah. Kadar bayaran yang dikenakan sekarang ini dirasakan tinggi oleh majikan disebabkan kenaikan kos-kos lain. Semakin ramai pekerja asing masuk secara sah, semakin mudah bagi kerajaan mengawal kegiatan dan aktiviti mereka di Negara ini kerana kerajaan menyimpan database latar belakang dan bilangan mereka.


RTM

TYDP,

Saya berterimakasih kepada pihak kerajaan kerana berjaya membangunkan industri penyaiaran dalam negara kita. Kalau dulu kita hanya ada RTM1 dan RTM2, sekarang kita mempunyai berbagai-bagai saluran TV untuk tatapan kita sabah hari dan malam. Tidak cukup dengan itu, kita juga sudah mempunyai satelite TV Astro yang membuka jendela minda kita kepada perkembangan dunia luar. Banyak yang boleh dipelajari dari kepelbagaian saluran TV ini. Malangnya TYDP, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai stesen TVnya sendiri. Dengan keluasan sebesar semenanjung Malaysia, rakyat negeri Sabah dan sarawak memerlukan saluran Televisyen yang khusus untuk mereka. Berita kedua-dua wilayah ini amat terhad di saluran-saluran TV yang ada sekarang ini. Kalau pun ada ianya disiarkan pada jam yang kurang sesuai iaitu 5 petang.

Saya difahamkan baru-baru ini, Menteri Penerangan telah mengumumkan penambahan masa siaran berita Sabah dan Sarawak dalam rancangan “Warta Negeri” dari 7 minit kepada 15 minit. Saya ucapakan terima kasih kepada Menteri atas keperihatinan itu.

Cuma yang saya pertikaikan ialah bagaimanakah jutaan rakyat di Malaysia Timur mendapat maklumat tentang dasar-dasar dan program kerajaan negeri jika yang hanya diperuntukkan ialah 15 minit. Sabah contohnya mempunyai sistem kabinet dengan 11 Kementerian dan begitu juga Sarawak. Takkanlah 11 Kementerian boleh menerangkan dasar-dasar mereka dalam 15 minit. Apaatahlagi kawasan yang dijaga begitu luas sekali.

Ada lagi yang belum fasih bahasa Malaysia dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Janganlah kerana penggunaan Bahasa Malaysia akan menidakkan hak rakyat yang mahu mengetahui apa yang berlaku dengan kerajaan mereka.

Mengujudkan televisyen untuk Sabah dan Sarawak bukanlah perkara baru pun. Sebelum ini, Sabah mempunyai saluran RTM sendiri iaitu TV3 tetapi telah dimansuhkan. Jangan khuatir tentang keselamatan atau control. TV Sabah itu masih lagi dibawah kawal selia oleh RTM Malaysia.



POLITIK

TYDP,

Pada saya soal lompat ini adalah simptom atau kesan daripada hal yang lain. Melompat ini bukan perkara pokok. Ianya terjadi kerana faktor lain yang berlaku iaitu jika rakyat Sabah dan Sarawak masih berfikiran Kerjaan Pusat meminggirkan mereka. Maka untuk semua pihak memfokuskan perhatian mereka kepada soal lompat mungkin agak kurang tepat kerana perkara pokok ialah perasaan rakyat Sabah yang memerlukan kasih sayang dan manja dari kerajaan pusat. Itu saja… Pembangkang jangan terlalu ghairah dan gembira dengan ucapan ucapan YB YB dari Sabah kerana itu adalah luahan hati akar umbi rakyat Malaysia di Sabah. Jika keluhan ini dapat diatasi, saya percaya soal lompat tidak akan berlaku. Dan sememangnya semua permasalahan ini telah diberitahu kepada PM dan beliau akan mengusahakannya. Takkanlah semua yang diminta boleh terjadi dalam sekelip mata. Walau bagaimana pun. Saya berharap kunjungan YAB Perdana Menteri ke Sabah hujung bulan ini akan membawa khabar gembir untuk rakyat Sabah. Insyaallah.

TYDP,

Pihak pembangkang selalu menuntut supaya kerajaan Malaysia mesti mempunyai minda dan etika kerja kelas pertama. Ada pula yang mengatakan keputusan PRU12 ini menjanjikan suasana politik yang lebih robust, lebih terbuka dan berwibawa. Ada yang mengatakan sistem dua parti dengan sistem check and balance dan shadow cabinetnya akhirnya berjaya ditubuhkan di Malaysia. Maka dengan fenomena baru ini, delivery sytem (sistem penyampaian) kerajaan dan rasuah akan dapat dihapuskan.

Saya secara peribadi setuju tentang apa yang diajukan oleh parti pembangkang. Peluang yang muncul daripada keputusan PRU12 ini perlu di pergunakan sebaik mungkin. Tidak kira kita dari parti kerajaan atau parti pembangkang kita bersama sepatutnya membina tamadun dan kemajuan Malaysia yang lebih bermakna dan model politik baru yang berlandaskan minda kelas pertama.

Tetapi malangnya TYDP, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita ambil contoh kerajaan Pulau Pinang. Mereka menjanjikan kerajaan kelas pertama tetapi nyata itu hanya retorik apabila Exco-Exco Kerajaan Pulau Pinang yang dilantik tidak melambangkan kelas pertama. Ada yang terpaksa dihantar untuk berkursus tetang cara cara bagaimana untuk mentadbir kerana mereka bukan sahaja tidak mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan malah tidak pernah mengurus apa apa perniagaan. Sungguh tertipu rakyat Pulau Pinang kerana mereka dijanjikan kerajaan kelas pertama tetapi yang mereka dapat adalah kerajaan kelas ketiga. Fakta ini bukannya datang dari saya tapi datangnya dari YB Jelutong, Wakil rakyat DAP sendiri dalam interviewnya dengan MalaysisKini (http://www.malaysiakini.com/news/82084).

Parti pembangkang juga selalu menuduh kononnya UMNO dan BN adalah rasuah dan tidak layak untuk menjadi kerajaan kelas pertama.

Pakatan Rakyat sekali lagi cuba untuk mengabui mata rakyat. Sementara mereka mahu supaya BN bermindakan kelas pertama, mereka menunjukkan minda kelas ketiga. Mahu mengajar orang tetapi dia sendiri umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Mereka minta BN jangan rasuah tetapi mereka juga mengamalkan rasuah.

Saya ingin bertanya TYDP, apakah usaha yang dibuat oleh sesetengah pemimpin pembangkang untuk memberi habuan kepada ahli-ahli parlimen untuk melompat itu bukan rasuah namanya? Saya sendiri menerima panggilan untuk menawarkan sejumlah wang yang cukup besar untuk melompat. Apakah itu bukan rasuah namanya?

Selepas itu mereka menawarkan jawatan kabinet pula kepada saya. Bukankah itu rasuah namanya? Siapa makan lada dialah terasa pedasnya. Saya tahu TYDP, trend merasuah ini pernah dipraktikkan semasa membeli undi untuk bertanding Timbalan Presiden menentang Allahyarham Tun Ghaffar dulu. Duit berbakul bakul, projek dan pink form menjadi pelincir kejayaan memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sejarah tidak boleh diubah. Kami di Sabah masih ingat bagaiman perwakilan dibeli dan diugut. Terima kasih kepada pemimpin agung PKR kerana memperkenalkan dan membudayakan politik wang dalam parti UMNO Sabah.

TYDP,

Saya ingin mengalihkan ucapan saya kepada peralihan kuasa parti yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ramai yang memikirkannya tetapi tidak ramai yang membincangkannya secara terbuka. Iya ahli-ahli Yang Berhormat, tepat sekali tanggapan AYB sekalian, saya bercakap tentang isu peralihan kuasa parti Keadilan rakyat atau PKR. (Ini penting kerana perancangan susunan kepimpinan PKR perlu kita teliti kerana mereka mahu menjadi Perdana Menteri. Jadi rakyat Malaysia mahu tahu susunan ini agar tidak menjadikan negara tidak stabil apabila Datuk Seri Anwar tidak lagi menjadi Perdana Menteri).

Dimerata pelusuk negara kita, ramai pemimpin-pemipin Rakatan Rakyat mencanangkan bahawa DSAI akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam sebelum tanggal Hari Malaysia pada 16hb September 2008.

Saya berdoa semoga Ybhg DSAI panjang umur dan sihat tubuh badan untuk menjadi Perdana Menteri sehingga hari kiamat. Tetapi sebagai salah seorang ahli parlimen dari Sabah yang diwar warkan untuk melompat ke PKR, saya dihujani banyak soalan dari orang ramai di kawasan saya yang bertanya siapakah yang akan menjaga rakyat dan negara ini jika DSAI tidak lagi mejadi Perdana Menteri.

Adakah YB Permatang Pauh (Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail – isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang selama ini takut untuk keluar dari bayang bayang Ketua Partinya kerana selama ini pun beliau hanya menjadi puppet dan memanaskan kerusi untuk DSAI?

Adakah Timbalan Presiden PKR (Dr Syed Husin Ali) akan diangkat menjadi senator dan dipilih menjadi PM? DAP marah pulak sebab Dap tidak suka menteri dari kalangan senator.

Atau apakah YB Gombak (Azmin Ali), Naib Presiden PKR yang dari dulu sehingga kini masih dilihat terlalu taksub kepada seseoarang pemimpin idolanya sehingga apa pun yang dicakap oleh Ketua Partinya semuanya ok ok boss! Dan mahu meniru stail DSAI dari cara berpakaian dan intonasi ucapannya?

Apakah YB dari Gopeng (Dr Lee Boon Chye) atau YB dari Subang (Sivarasa Rasiah)?

Atau apakah saya patut mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada Ybhg Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden PKR ke lima kerana bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas DSAI tetapi mungkin itupun tidak kesampaian kerana Datuk Dr Jeffrey Kitingan pernah dikaitkan dengan skandal melesapkan duit Yayasan Sabah berjumlah berbilion bilion ringgit…. Mana mungkin DSAI yang suci bersih itu mahu menjadikan seorang seperti Ybhg Datuk Jeffrey Kitingan yang terpalit dengan dakwaan tuduhan salah laku sebagai Pengarah Yayasan Sabah.

Jadi siapa bakal menjadi Perdana Menteri selepas Ketua Parti PKR, DSAI? Rakyat nak tahu!!!

Mungkinkah Pakatan Rakyat (PR) akan terus membuat kezutan, meminjam kata kata pengacara Akademi Fantasia, dan menempah sejarah dengan melantik Perdana Menteri yang pertama dari kaum Cina atau India, YB Ipoh Timur (Lim Kit Siang) atau YB Bukit Gelugor (Karpal Singh) dari DAP? Kita tunggu…..

Atau mungkinkah PR akan memberi peluang kepada Presiden PAS, YB Marang (Dato Seri Hadi Awang) untuk menjadi Perdana Menteri?

Tapi dengan cara berpakaian serban dan jubah, YB Marang mungkin akan kempunan, kerana beliau mempunyai masalah dengan imejnya. Dengan berpakaian serban dan jubah ala taliban , beliau dikatakan tidak sesuai memegang jawatan Perdana Menteri kerana akan memberi imej yang salah terhadap Malaysia di mata pelabur antarabangsa. Malah, dikatakan, rakyat bukan Melayu mungkin akan merasa resah dan gelisah jika beliau dijadikan Menteri Dalam Negeri atau Menteri Pelajaran. Ini sekali lagi bukan kenyataan dari saya tetapi dari MalaysiaKini yang menjadi lidah rasmi parti pembangkang (http://www.malaysiakini/news/82576).

Jadi siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri selepas DSAI? Saya tercari cari juga jawapannya sehinggalah seorang kawan memberi sedikit clue atau andaian kepada saya bahawa DSAI sebenarnya sedang membina empayar nepotismanya dengan bakal melantik YB dari Lembah Pantai (NurulIzzah Anwar – anak Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai Perdana Menteri yang ke tujuh Malaysia. Tahniah kerajaan anak beranak.

Sekian saya mohon menyokong. Terima kasih.

10 comments:

  1. A very good one Dato'!

    "The battlefield is a scene of constant chaos. The winner will be the one who controls that chaos, both his own and the enemies" NB

    ReplyDelete
  2. Wah baru saya tahu, Kerajaan Pulau Pinang memberikan kursus kepada Wakil Rakyat mereka yg baru. Sebelum ini saya tak tahu pun. Ini baru betul.
    Berbanding dgn wakil2 BN yg main tangkap masuk dan tidak diberikan pendedahan thdp urus tadbir yg betul.. maka ramai yg menjadi lebih kepada retorik semata-mata.
    Lihat sahaja wakil2 BN bnyk yg salah guna kuasa.. atau main arah2 saja. Tanpa pedulikan undang-undang dan peraturan.

    Kalau selalu ke KK.. musim hujan ni, jalan UMS tu berbukit tapi selalu banjir. Umpama pemerintahan BN juga. "Banjir di atas bukit". Walaupun berbukit dan org anggap mustahil utk banjir, kalau UMNO yg pegang begitulah jadinya.

    ReplyDelete
  3. Hi YB,
    Selagi dlm BN isu isu di Sabah bila mau selesai?Projek IC masalah PTI,tanya PM dia ada dapat memorandum kah tiada,kalau ada tanya dia bila? Rakyat sekarang pun ada berita alternatif sudah,PR punya sokongan pun bertambah.Harap2 DSAI kalau jadi PM pun bagus tiada masalah kan?

    ReplyDelete
  4. Bos...butulkah kau cuba disogok pembangkang? Mungkin imaginasi kau aja tu bos!

    ReplyDelete
  5. Bayau...sudah dengarkah berita bahawa hampir kesemua mp-mp sabah/ sarawak akan bergabung dalam satu parti politik baru seterusnya memegang majoriti kerusi parlimen dan memandangkan komponen komponen bn di semenanjung akan berpecah tepat jam 12.01 pm hari isnin depan! Maka bererti bakal pm kita adalah urang utan kkalau dari sabah.....dan burung kenyalang kalau dari sarawak!

    ReplyDelete
  6. Ucapan dato di Parliment mengaku bahawa dato cuba disogok (rasuah) untuk melompat parti.
    Ini menggambarkan dato tidak faham undang-undang bahawa setiap cubaan mengambil / memberi rasuah itu hendaklah dilaporkan kepada BPR. Dato sepatutnya kena pergi kursus ni. Ini adalah kes rasuah yg amat besar tetapi dato diamkan sahaja tanpa melaporkan kepada BPR. Malahan dato hanya jadikan ia isu politik sahaja.

    ATAUPUN.. kalau dato tahu undang-undang, dato telah mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin dan rakyat yg berintegriti yg sepatutnya melaporkan cubaan rasuah kepada BPR. Dato juga sepatutnya menjadi contoh kepada, setiap cubaan memberi / menerima rasuah hendaklah dilaporkan kepada BPR. Saya sarankan BPR menyasat kenyataan dato ini.

    ReplyDelete
  7. Komen tentang ucapan anda..
    Anda mengatakan tak cukup masa kerana hanya 15 minit diberikan.

    Tetapi anda membazirkan ucapan anda, dalam transkrip tersebut 50% dari ucapan anda lebih kepada mengecam pembangkang dan pembinaan kerajaan pakatan rakyat (lompat parti) yg langsung tidak mengambarkan ttg rakyat kota belud yg anda wakili.
    Isu kerajaan baru itu hanyalah isu2 ramalan yg tidak perlu dipanjang lebarkan. Isu yg hanya membazirkan masa parlimen. Isu kadai kupi saja tu. Perkara yg hanya ramalan atau isu khabar angin. Tapi itu yg banyak anda komen.

    ReplyDelete
  8. YB DARD sepatutnya dihantar Berkursus seperti yg kerajaan Pulau pinang buat. Kerana ucapan 1st dalam Parlimen pun dah ada unsur2 melanggar undang-undang negara apabila tidak melaporkan cubaan rasuah kepada BPR/Polis sebaliknya terus lapor kepada dewan rakyat.

    ReplyDelete
  9. Pengakuan YB Dato' Abdul Rahman Dahlan ini menggambarkan bahawa dia tidak tahu atau tidak pandai undang-undang. Sepatutnya dalam undang-undang setiap cubaan memberi/menerima Rasuah hendaklah dilaporkan kepada BPR. Beliau mempunyai banyak peluang kerana ia didatangi dua-tiga kali org beri rasuah seperti yg diakuinya dlm parlimen. DARD menunjukkan contoh tidak baik dalam amalan rasuah. Bikin rugi jak undi org yg tidak tahu undang-undang. Beliau sepatutnya pergi berkursus dulu seperti yg dilakukan oleh YB2 dari Pulau Pinang supaya tidak berlaku salah-laku tanpa sedar seperti ini. Saya anggap dia tidak sedar kerana dia tidak tahu undang-undang ini dan dia adalah salah seorg YB tangkap muat dari BN... kena pegi kursus tatasusila dan undang-undang dulu ni. BPR sila siasat. AKTA PENCEGAHAN RASUAH 1997 BAHAGIAN III KESALAHAN DAN PENALTI (NO 17) Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan. 17. (1) Mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hampir. (2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. (3) Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hampir. (4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya. SEKIRANYA DARD tahu ttg undang-undang ini, beliau telah dengan sengaja melanggar undang-undang. Belum sampai 2 bulan jadi YB sudah melanggar undang-undang / membuat salah laku.

    ReplyDelete
  10. Dato apa bukti dato katakan pakatan rakyat mahu sogok dato? jangan main-main tuduh-tuduh ja tampa bukti...Budak tak sekolah pun boleh cakap kalau tampa bukti..
    macam mana orang macam dato ni boleh jadi Ahli parlimen? Mungkin Dato ni kaki bodek kot? saya pun boleh cakap tampa bukti macam dato cakap...
    Kalau dato tidak suka Ialam jangan pulak nak hina Islam...
    Hina Pakaian Nabi (purdah) dengan gelaran Taliban itu dosa besar...Orang yang meniru cara nabi sama ada cara berpakaian atau apa saja itu mengikut sunah nabi pahalanya besar..
    kalau cetek bab islam jangan cuba hendak hina islam...secara tak lansung dato telah menghina Nabi...Hina islam.
    dato kena Bertaubat...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: