Tuesday, May 20, 2008

Insiden minta saya lompat...

Salam Sejahtera!

Ramai yang menulis berkenaan isi ucapan saya dalamparlimen berkenaan insiden meminta saya melompat parti. Saya membaca komen-komen pembaca disini. Ada yang kata saya betul, ada yang kata saya silap dan tidak kurang yang minta saya buat polis report atau lapur pada BPR.

Untuk makluman, sebelum saya membuat kenyataan tersebut, saya sebagai ahli MP tahu apa kesan dan risikonya. Jangan bimbang, saya tahu apa yang saya buat.

Tapi tak apa lah, saya tidak salahkan anda kerana saya sendiri belum lagi membuat posting tentang hal ini (saya akan buat penjelasan dalam masa yang terdekat). Saya cuma mahu mengambil masa sedikit agar dapat membaca komen anda semua. Kalau saya buat posting tentang hal ini terlalu awal, nanti komen anda dipengaruhi oleh komen saya.

Teruskan bagi pendapat dan komen anda tentang isu ini dan juga tentang apa-apa yang saya bangkitkan dalam ucapan saya tersebut kerana saya juga membahaskan soal TV untuk Sabah, isu PATI, peralihan kuasa dalam PKR dan isu SDC. Anda boleh baca ucapan tersebut dalam seksyen blog utama saya (bukan ruang Cakaplah...).

Salam
DARD

4 comments:

  1. this is not democracy.
    why is my comment must be approved by you? =)

    ReplyDelete
  2. Baru berapa hari masuk UMNO udah ada orang mau beli ..betul ke ni brother ..berapa harga kau nak lompat parti ni ....rm3.50 ke ...

    Kau ni brother tak ada carry weightlah dalam party ...jawatan pun kena lantik cuma kau ni pandai melobby je ...lain tak adalah yang aku nampak bagus ...

    sudah-sudahlah tu brother ...jaga kawasan sajalah ...

    ReplyDelete
  3. saya yakin ahli MP BN sabah tidak akan melompat. ini adalah perang saraf anwar ibrahim...

    ReplyDelete
  4. you approved my comment!!!
    =))

    hei. i was just wondering if you make this thing up to make urself popular.
    who are you by the way?
    please tell us from where you graduated, for all i know, most sabahans MPs buy their degree. heeii, im not talking about musa aman specifically :P

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: