Thursday, May 22, 2008

Ruang Blog Utama vs Ruang "Cakaplah..."

Salam Sejahtera!

Ramai yang memberi komen tentang ruang utama blog ini tidak membenarkan sesiapa membuat topik baru. Ada beberapa sebab kenapa saya berbuat demikian.

Pertama, saya mahu blog ini digunakan sebagai platform untuk mendapatkan respon daripada anda tentang sesuatu isu yang saya bawa. Kalau saya buka kepada semua untuk membuka topik baru, ianya akan kelam kabut dan akan semacam suasana pasar dengan posting yang berbagai bentuk termasuk isu remeh temeh dan tidak releven. Kalau terlampau banyak posting yang dibuat dalam ruang utama Blog ini, ianya sebenarnya akan membuat pengunjung tidak mahu membacanya kerana telalu panjang dan tidak fokus.

Kedua, saya menyedari bahawa anda memerlukan satu ruang untuk berdiskusi secara on-line supaya komen anda boleh keluar secara real-time. Sebenarnya pada mulanya, blog ini hanya ada ruang utama blog sahaja tanpa ruang "Cakaplah...".

Kepada sesiapa yang awal-awal menjadi ahli blog ini mereka tahu hal ini. Saya masukkan elemen "Cakaplah..." untuk membolehkan anda berdiskusi sesama sendiri tentang apa saja isu yang anda mahu. Secara kebiasaannya, saya tidak perlu membalas komen anda dalam ruang "Cakaplah..." kerana saya anggap ruang ini sebagai tidak rasmi. Tetapi percayalah saya membaca semua komen dalam ruang "Cakaplah..." ini dan saya ada juga memberi respon dan komen sekali sekala terhadap posting anda semua.

Saya juga tahu bahawa dengan membuka ruang "Cakaplah..." ini, risikonya ialah saya tidak dapat mengawal perbincangan anda kerana semuanya boleh memberi pendapat walaupun mungkin pendapat anda itu tidak tepat, tidak adil, berniat jahat, fitnah atau pun nakal. Anda sendiri menyaksikan bagaimana segelintir mereka yang meninggal komen dalam ruang "Cakaplah..." itu telah menggunakan perkataan yang kurang baik dan atau yang tidak berhemah. Lagi ramai yang jadi masuk menjadi ahli ruang "Cakaplah...", lagi "meriahlah" ruang itu dengan bermacam macam karektor. Tapi atas janji saya untuk mendemokrasikan maklumat semasa membuat keputusan membuat blog ini, saya akan teruskan format "Cakaplah.." ini.

Sebenarnya bukan semua anda yang memberi komen kurang berhemah kerana ramai juga yang memberi idea yang bernas dan cadangan yang praktikal. Kepada mereka ini, saya ucapkan tahniah kerana menjadikan ruang "Cakaplah..." ini sebagai ruang yang "terpanas" dalam semua blog-blog di Kota Belud.

Ketiga, memanglah kebiasaannya blog hanya diurus oleh "master" atau empunya blog seperti blog Tun Dr M, Khir Toyo dan lain-lain.

Keempat, kalau anda mahu membuka topik baru dalam ruang utama blog, anda boleh berbuat demikian. Sila email isi topik anda kepada saya di alamat mpkotabelud@yahoo.com. Kalau prosting anda mempunyai merit dan tidak berbau hasutan, fitnah agama atau perkauman. Insya Allah saya akan siarkan.

Tkasih.

DARD

1 comment:

  1. Betul tu DARD.saya setuju benar dgn apa yg DARD cakap tentang blog utama tu. kalau DARD benarkan siapa2 buat topik baru dlm ruang utama, alamatnya kelam-kabut dan kalah lagi suasana di pasar KB...topikpun berulang-ulang, bertindih-tindih dan entah apa2 lagi (mcm2 ada)...susah kawal.so bagus jugalah DARD sediakan ruang "cakaplah" tu..biar semua berbincang atau bagi pendapat sampai puas-hati."Siok" jugalah DARD sediakan ruangan "cakaplah" tu walaupun macam2 yg dibincangkan disitu termasuk yg remeh-temeh & tidak releven.Tahniah DARD!!

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: