Tuesday, May 20, 2008

Pendekatan konsep pelancongan di KB perlu pembaharuan

Salam sejahtera!

Hari ahad yang lalu saya hadir di program Pesta Kaamatan peringkat daerah KB di kawasan Tamu KB.

Saya tengok acara begitu meriah dengan tarian, nyanyian dan pertunjukan kebudayaan termasuk Unduk Ngadau. Banyak masa diluangkan oleh peserta untuk memberikan pertunjukkan yang tebaik. Saya cukup kagum setiap kali saya menonton persembahan sebegini rupa kerana ianya memerlukan latihan dan disiplin yang kuat. Malah tidak salah kalau saya katakan bahawa, mereka yang terlibat betul-betul sayangkan budaya dan bangsa mereka.

Saya cuma mahu bagi cadangan untuk menambah baik lagi program seperti ini. Pertama, saya tidak nampak ramai pelancong luar dan dalam negara hadir dalam acara tersebut. Sepatutnya, JK Pelaksana menjemput secara rasmi pelancong-pelancong yang tinggal di hotel-hotel di KK untuk turun ke KB melihat acara ini. Begitu juga dengan Tour operator. Mereka perlu diberitahu tentang acara sebegini kerana merekaboleh memasukkan acara ini dalam kalendar mereka dan membawa pelancong yang mereka jaga untuk datang ke KB.

Untuk memastikan mereka dalam keadaan selesa, kita perlu sediakan kem khusus untuk mereka yang siap dengan mist-fan kerana mereka ini tidak tahan panas. Bagi juga tuala basah (boleh dibeli dari kedai-kedai) untuk mengelap dan menyegarkan muka mereka. Selain itu, minta mereka untuk naik ke pentas untuk ikut srta dalam tarian kebudayaan kita. Bagi mereka air mineral yang sejuk dll. Buatlah apa saja untuk memastikan mereka selesa dan rasa dihargai dan dialu-alukan oleh kita.


Kemudahan asas seperti tandas yang bersih dan parking untuk bas pelancong perlu mencukupi. Mungkin juga ada perlunya kalau ada tempat makan (gerai atau kantin) yang khusus untuk menjual makanan yang digemari oleh pelancong.
Pendek kata kita perlu melayan pelancong luarnegara kerana ianya akan menjadi buah mulut mereka mempromosi KN setelah mereka balik ke negara masing masing.

Kalau tidak, kita berbelanja berpuluh-puluh ribu hanya untuk mempersembahkan keindahan dan kekayaan kebudayaan kita kepada orang-orang tempatan yang sudah kenal dan masak dengan acara acara kebudayaan seperti ini. Nampak macam kita syok sendiri!!!

Salam.
DARD

5 comments:

  1. Dato,
    Kali terakhir saya di KB adalah pada tahun 2003. Saya menjelajah Sabah selama 3 bulan.

    Sepanjang tahun 2000-03 saya berkesempatan melihat acara tamu besar sebanyak 2 kali.

    Bagi saya, `Cowboy of the East' itu sahaja mampu menarik minat pelancong utk datang. Tapi malangnya,usaha tersebut mungkin tidak dilakukan dengan bersungguh2.

    Tentang kemudahan asas seperti tandas di kawasan tamu tersebut.. tak tahu lah saya kalau telah berubah.

    Pada tahun 2000-03, kami terpaksa menginap di KK dan memandu kesana kerana ketiadaan tempat penginapan di KB.

    Sebagai seorang jurugambar, saya terpaksa mengakui KB ada keunikan tersendiri. Utk pengetahuan Dato, kami pernah berkhemah di tepi sungai di salah sebuah kg di sana. Bagi kami, org luar, kawasan kg itu sahaja sudah cukup unik dan menarik. Tak perlu lah kita cerita panjang tentang budaya..

    KB has a lot to offer. Mungkin telah tiba masanya utk Dato `membuka mata' semua pihak tentang kepentingan industri pelancongan ini dan pulangan yg dpt dijana oleh penduduk di sana.

    Again, I might be wrong, In 5 yrs, KB skrg mungkin dah berubah...

    ReplyDelete
  2. Salam DARD,
    Saya mengikuti temubual DARD dalam rancangan TV 1 tempoh hari..syabas dan tahniah kerana DARD dapat mengambil kesempatan mempromosikan Kota Belud pada waktu itu..ini ada berberapa pandangan...
    majukan kawasan pantai di sebelah Sarang dan Toburon dalam Dun Tempasuk..amat berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong..pantai yang bersih dan juga persekitaran yang menarik selain itu majukan program homestay yang sedia ujud di Kota Belud...jgn berharap gantung dengan Tamu besar Kota Belud Semata-mata..ujudkan produk pelancongan yang lain...mungkin boleh buat pesta Air di sungai tempasuk..saya nampak sungai yg berdekatan dengan Kg rangalau 2 mcm best ja kalau buat pesta Air sana hehehe pihak DARD juga boleh membawa para Media untuk membuat liuputan di NewZealand kota belud..mana tahu ada production Hollowood mahu buat penggambaran di sana heheh..timbulkan keunikan suku kaum di Kota Belud..kita ada Dusun Tindal/Tobilung/Bajau/Irranun...dan sebagainya....langka pertama hidupkan kembali badan tindakan pelancongan Kota Belud dalam merancang dan juga mempromosikan Kota Belud sebagai destinasi pelancongan..

    Konsikow

    ReplyDelete
  3. Dato, saya anak buah kepada ramli mat ingin membuat kajian tentang tarian brunsai di kota belud namun tidak terdapat maklumat yang terperinci tentang kebudayaan kesenian suku kaum kita ini, maybe telah tiba masanya untuk kita memperkenalkan budaya kita ini kepada masyarakat lain..sekian..wasalam

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum datuk...saya pemberi ulasan tentang kebudayaan tarian brunsai tempo hari,saya anak buah kepada jamri@jamli mat.saya juraien binti jeli,ingin menyatakan tentang budaya suku kaum kita yang mementingkan wang daripada memperkenalkan tradisi turun temurun kraftangan tudung duang masyarakat bajau.kami pengkaji tudung duang di kota belud hanya ingin mendapat maklumat dan temu bual yang ringkas kepada salah seorang penduduk kg tetapi kami telah disyaratkan dengan sejumlah wang yang agak berat bagi kami padahal kami hanya student..apa pandangan datuk terhadap budaya ini...

    ReplyDelete
  5. Tanpa Nama @ 12:35pm

    Sila berhubung dengan pegawai saya Encik Asli di talian 0198319374. Mereka boleh bantu anda.

    DARD

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: