Tuesday, May 27, 2008

Naib Pengerusi BNBBC

Salam,

Saya telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia (Barisan Nasional Back Benchers Club - BNBBC). Berikut adalah senarai penuh Jawatan Kuasa.

Pengerusi:
YB Dato Seri Tiong King Sing (BINTULU)

Timbalan Pengerusi:
YB Datuk Bung Moktar Bin Radin (KINABATANGAN)

Naib Pengerusi:
YB Tuan Alexander Nanta Linggi (KAPIT)
YB Dr Mohd Fuad Bin Zarkashi (BATU PAHAT)
YB Dato Abd Rahman Dahlan (KOTA BELUD)

Setiausaha:
YB Dato Hj ISmail Abd Mutalib (MARAN)

Bendahari:
YB Dato Hj Mohamad Hj Aziz (SRI GADING)

Penerangan:
YB Tuan Hj Ahmad Maslan (PONTIAN)

15 org AJK (mungkin ditambah 7 orang YB lagi)

9 comments:

  1. tahniah untuk perlantikan itu dato' dan kami rakyat di kota belud berharap sangat supaya apa jua masalah dan rintihan rakyat kota belud agar dapat segera di dengari dan dilayani. selamat berjuang untuk bangsa,agama dan negara yang tercinta ini pesan orang tua-tua biar putih tulang jangan putih mata,dengan dalam keadaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang

    ReplyDelete
  2. Jawatan2 cibisan dan corot sahaja lah yg layak diberi pada MP dari Sabah / Sarawak. Jawatan yg tidak ada kepentingan dan kuasa untuk kepentingan kemajuan rakyat yg diwakili.
    Bagus lagi YB jadi JKKK.. ada lagi kaitan dgn masyarakat yg diwakili. Jwtn dlm BNBBC ini hanyalah jawatan utk utk mengampu pemimpin BN. Tiada kaitan dgn rakyat.

    ReplyDelete
  3. Perlantikan ini bermakna kekecewaan bagi kami rakyat. Sudah tetap dengan ini, tiada lagi keutamaan kpd rakyat apabila ada peraturan "MESTI SENTIASA SOKONG KERAJAAN BN" walaupun dalam hal-hal merugikan rakyat.
    Mulut dato akan terkunci untuk menegur atau meminta demi rakyat dalam BN dengan peraturan BN. Dengan perlantikan ini, bermakna kunci mangga itu dibesarkan dan ditambah lagi. Maka dato dirantai dalam memperjuangkan nasib rakyat.

    ReplyDelete
  4. A'kum Dato'. Tahniah saya ucapkan kepada dato' atas pelantikan sebagai naib Pres. BNBBC yang menjelaskan kepercayaan Pimpinan Parti kepada Dato'. Adalah menjadi harapan kami agar pelantikan Dato' ini tidak 'mengikat' suara Dato' untuk menyuarakan hasrat rakyat. Walaupun ini adalah terlalu skar saya rasakan untuk Dato' lari dari peranan Dato' sebagai 'penyokong tetap' kerajaan dalam BNBBC ini. Kini Dato' hanya ada satu pilihan,.. Rakyat atau Kerajaan. Kecenderungan untuk Dato' memperjuangkan mana-mana pihak (Rakyat/Kerajaan) pasti punya implikasi yang berbeza. 'Dibuang' Rakyat atau 'Dibuang' Kerajaan. Sekiranya masih ada sisa ruang dan peluang untuk Dato menjadi Wakil Rakyat yang BEBAS untuk menyuarakan luahan hati Rakyat, kajilah balik pelantikan ini. Dato' Harus mengambil kira pandangan Rakyat dalam soal pelantikan ini. Perjalanan Politik Dato' masih Cukup Jauh dan Cerah.... Tapi rakyat penentu akhir....
    tq Dato'.

    Anak_Sama

    ReplyDelete
  5. Congratulations!
    Semoga YB Datuk dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam BN.
    Buat orang KB;
    "Kiti Jomo Kuta Belud mesti paham, amun YB ti ben jawatan dekit, lebih sanag kiti ampun permintaan kule' perhatian, ngai do' io lupo pan ta kiti"
    Kalau YB Dato' hanya jadi JKKK, hanya pemaju mukim tempat untuk menyuarakan keperluan kita. ::))
    - Berfikirla secara betul, otak di kepala bukan di lutut -

    ReplyDelete
  6. Dear YB,

    After my comment on you with regards to your statement regarding Tun, I am very impressed with your latest statement on the faith of all Sabahan. Itulah sepatutnya statement yang kita nak dengar Dato ..keep up the good work and selamat berjuang ..its better for you to start doing your job rather than busy keeping your job ..you are now representing us ..the young voters ..earn your respect and we will respect you even more ..Tahniah atas perlantikan baru Dato ke BNBBC

    ReplyDelete
  7. Apalah yang Datuk banggakan dengan jawatan Naib Pengerusi BNBBC tu..Datuk Anifah baru saja menolak jawatan Ketua Kelab Ahli Parlimen UMNO..Sepatutnya Datuk malu dengan Datuk anifah..Lagupun apalah yang boleh disumbangkan oleh jawatan Datuk ini kepada rakyat KB dan Sabah amnya..Adakah Datuk sedar bahawa jawatan ini akan memaksa Datuk menjadi 'yes bos' nombor satu..Samalah juga Datuk ini macam Lajim Ukin Dan Rahim Bakri, dapat jawatan yang tidak releven kepada keperluan rakyat Sabah...Datuk shafie dapat jawatan Jada Adat dan Muzium,Lajim jawatan jaga bas da keretapi dan Rahim Bakri jaga hal-hal luar negara..Datuk pula dapat jawatan yang bisa bikin 'angguk-angguk giling-giling'..

    ReplyDelete
  8. tahniah di atas perlantikan dato sebagai naib pengerusi BNBBC.

    ReplyDelete
  9. salam dato

    saya cadangkan kalau bole...BNBBC buat roadshow satu malaysia...dekatkan lagi dengan masyarakat...saya percaya banyak idea2 dari rakyat dapat dibawa ke parlimen...

    pemuda umno jalan enggang bahagian ampang

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: