Friday, May 02, 2008

JELAPANG PADI KOTA BELUD, KERAJAAN PERLU BERTINDAK SEGERA - ABDUL RAHMAN

KOTA BELUD : Ahli Parlimen Kota Belud, Dato’ Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata sudah sampai ketikanya kerajaan persekutuan perlu mengambil tindakan serius dan drastik memaju industri Jelapang Padi di Kota Belud.Menurutnya, masalah yang dihadapi oleh beberapa buah negara pembekal beras ke Malaysia seperti Vietnam dan India pada ketika ini yang telah membataskan import berasnya ke luar negara perlu dijadikan ikhtibar kepada kerajaan persekutuan mencari jalan alternatif untuk keggunaan para pengguna di negara ini.....

Klik Tajuk Untuk berita lanjut....

1 comment:

  1. sebagai sebuah negeri dalam malaysia,sabah juga tidak terlepas dari kekuasaan kerajaan pusat dan sabah juga menjadi penyumbang kepada pendapatan kerajaan pusat.dalam konteks ini sabah sebenarnya mempunyai hasil masyur yang banyak,dari kayu balak yang bermutu tinggi hinggalah minyak di perairannya.kerajaan pusat memperolehi banyak faedah dari hasil bumi sabah ini.

    namun peliknya, sabah tidak dibangunkan seperti negeri lain dan sabah akhirnya tertinggal di tangga tercorot dari sudut kedudukannya sebagai negeri termiskin.itulah gambaran yang bolih diberikan kepada sabah,sebagai negeri termiskin, tidak susah untuk kita faham bagaimana taraf hidup penduduknya, bagaimana taraf pendidikannya dan sebagainyanya. patutlah disabah masih ramai yang tidak dapat menikmati kemudahan asas dan tidak dapat menikmati kecanggihan media, ICT dan sebagainya.pendapatan per kapita penduduknya rendah jadi tidak susah untuk memahami kenapa penduduk sabah tidak mampu membiayai kos peningkatan taraf hidup mereka.

    itulah sabah yang sebenarnya memliki hasil bumi yang banyak dan sebenarnya lebih dari cukup untuk digunakan bagi membangunkan negeri dan rakyat. persoalan yang timbul kemana hasil kekayaan sabah ini pergi?sedangkan akaun kerajaan negeri kering kontang?jawabnya mudah,kerajaan pusat yang memegang kuasa penuh menjadi pihak yang bertanggungjawab mengaut keuntungan ini.olih itu tidak sukar difahami betapa hasil yang dikaut ini tidak dikembalikan kepada rakyat sabah dalam bentuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup rakyat.dicelah celah kerakusan kerajaan pusat ini terselit juga individu dari sabah yang menjadi petualang dan yang turut sama membuncitkan perut mereka.akibatnya rakyat kebanyakan juga yang menanggung segala kepayahan ini dan tercorotlah sabah ditangga terakhir negeri termiskin di malaysia.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: