Monday, May 05, 2008

Jawapan kpd soalan saya di Parlimen

Salam Sejahtera!

Berikut adalah soalan pertama saya di Parlimen. Soalan ini ditanya kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani berkenaan jelapang padi di KB.

Salam
DARD
=========


PARLIMEN MALAYSIA
PEMEBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB. DATUK HAJI ABD. RAHMAN
BIN DAHLAN [KOTA BELUD]

TARIKH : 30 APRIL 2008 [RABU]

SOALAN : YB. DATUK HAJI ABD. RAHMAN
BIN DAHLAN [KOTA BELUD] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-

Status terkini Program Jelapang Padi di Daerah Kota Belud dari segi jenis projek, peruntukan dan pelaksanaannya. Kalau ya, bilakah ia dijangka dimulakan, dan jika tidak, mengapa.






JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Projek Jelapang Padi Di Kota Belud meliputi kawasan seluas 10,000 hektar. Bilangan petani terlibat ialah 9,857 petani. Projek ini melibatkan lima (5) pakej. Pembangunan Pakej 1 telah dimulakan pada tahun 2006 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2010 yang melibatkan komponen-komponen seperti berikut :

(i) Kerja-kerja menaiktaraf Skim Pengairan Tamu Darat telah dimulakan pada tahun 2006 dan akan siap pada tahun 2008.
(ii) Pelaksanaan projek perintis di kawasan seluas 267 hektar di Kg. Keguraan, Kota Belud iaitu sebahagian daripada projek Pakej 1. Projek ini dijangka akan dimulakan dalam tahun 2008 dan siap tahun 2009.
(iii) Pelaksanaan, penyediaan infrastruktur pengairan dan saliran bagi kawasan Keguraan, Tamau dan Tempasuk Utara.

Dalam Rmke9, sebanyak RM20 juta telah diluluskan sehingga April 2008, sebanyak RM5.7 juta telah dibelanjakan. Tambahan siling sebanyak RM76,600,000.00 telah dipohon dalam Kajian Separuh Penggal RMK-9.

Pelaksanaan Pakej 1 akan dapat meningkatkan purata hasil padi sehektar di kawsan tersebut daripada 3.7 tan metrik/hektar/musim kepada 6.0 tan metrik/hektar/musim.

15 comments:

  1. YB Dard, Sukacita sekiranya YB mengemukakan keseluruhan "master plan" begi menjadikan KB sebagai Daerah jelapang padi. Jawapan pertanyaan dewan YB tadi cuma menunjukkan apad yang sedang/telah dibuat tetapi cuba YB menyenaraikan keseluruhan perancangan projek ini agar kami dapat menilai dan sama-sama YB merealisasikan projek ini. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Pendeta, kertaskerja pelan pembangunan Jelapang Padi saya sudah dapatkan dari pihak konsultant yang dilantik oleh Kementerian. Kalau ada yang berminat bolehlah ke pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen saya di KB> Saya akan letak diditu mulai minggu depan kerana saya masih berada di KL utk mengikuti sidang Parlimen.

    Tkasih.

    DARD

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas usaha utk merealisasikan KB sebagai Jelapang Padi Negara ke dua,di harap sekiranya YB Datuk sentiasa memberi perkembangan terkini mengenai usaha ini.

    YB Datuk, para petani di Kota Belud sangat berharap agar harga padi dapat di naikkan memandangkan kos menyelenggara penanaman padi meningkat.

    Wasalam..

    ReplyDelete
  4. YB DARD,

    Saya Bahrudin Sogon ingin mencadangkan agar kita dapat mengadakan satu majlis pemimpin bersama petani(kesemua petani yg mengusahakan padi di daerah KB) secara besar-besaran. Rationalnya adalah untuk memberikan semangat kepada petani utk kembali aktif mengusahakan penanaman padi.Pada pemerhatian saya,kebanyakan petani pada masa ini, tidak begitu bersemangat utk mengusahakan tanah sawah mereka.

    Sekian, wasalam

    Bahrud

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Dato'

    I totally agree with PENDETA, jawapan yang diberikan kepada persoalan yang telah Dato' kemukakan lebih kepada status dan tidak menunjukan apa-apa indication bahawa ianya bersifat average, drastic atau melepas batuk di tangga. Apa yang saya rasa perlu di ketengahkan sepatutnya lebih kepada extra efforts yang dibuat especially di dalam keadaan permasalahan bekalan beras yang meruncing. sekian, terima kasih!

    ReplyDelete
  6. Kami pembaca yg memberi komen mengharapkan reply dari YB ttg komen kami.

    ReplyDelete
  7. salam Dato',
    Tahniah kerana dato mempunyai masa untuk mewujudkan blog ini.
    Saya ingin mengambil peluang ini untuk memaklumkan kepada dato bahawa di Kota Belud ini, kita mempunyai banyak sumber ekonomi yang boleh membantu rakyat yang miskin. Di kampung taburan sendiri mempunyai persisir pantai yang indah malah lebih indah dari tanjung aru yang dah maju itu.
    tetapi, kenapa? First, Dato kena tunaikan janji 100 hari BN, kalau dato masih x tahu 100 hari itu apa... ia adalah TAR JALAN RAYA KB-TABURAN. nescaya, sumber pendapatan penduduk akan bertambah dan tak payalah saya terangkan lebih kerana dato lebih fasih dalam hal ini.
    TQ.
    Jangan sia-siakan undi saya.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih dengan respon YB mengenai perkara yang saya bangkitkan. Insya Allah, sekiranya saya ada masa balik KB saya singgah pigi tengok. Sukacita sekiranya YB Dard buat softcopy dan upload diinternet untuk dilayari itu lebih praktikal, kalau boleh la...

    ReplyDelete
  9. Benarkah cakap-cakap org, Dato' Jamry Sury sekrang ni dilantik semula setelah ditukarkan 24 jam oleh MB Perak. Kemudian Sultan sendiri akan memecat beliau atas salah laku beliau?

    ReplyDelete
  10. Baru-baru ini saya mengunjung ke negeri Sabah sekali lagi. Banyak tempat yang saya kunjungi. Di banyak tempat inilah juga isu kemiskinan merupakan satu topik yang amat relevan sekali.

    Ini mengingatkan kembali saya kepada rancangan kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar sebelum 2010. Sungguh pun ia rancangan yang amatlah baik namun perancangan dan pelan yang ada tidak jelas sama sekali.

    Pada hemat saya rancangan pembasmian kemiskinan ini tidak akan berjaya kerana ia tidak dibuat dengan tindakan yang memfokuskan kepada isu-isu pemangkin meningkatkan produktiviti terutama dalam sektor pertanian.

    Masalah kemiskinan di sabah akan bertambah serisu bila berlaku lagi kenaikan barangan makanan asas seperti beras, tepung dan gula. Ini akan menggawatkan lagi masalah kemiskinan di Sabah.

    Melalui pengalaman saya di Sabah baru-baru ini saya tidak yakin dengan sasaran telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan akan berjaya.

    Bagi saya kerajaan Sabah ditadbir dengan baik oleh YAB Datuk Seri Musa Aman, tetapi kerajaan negeri menghadapi kekangan kewangan untuk menyelesaikan miskin tegar terutama dalam menyediakan infrastruktur besar bagi menjana ekonomi dan pendapatan rakyat.

    Melalui pengamatan saya, Sabah merupakan negeri yang mempunyai peratus miskin tegar antara yang tertinggi di negara kita. Terus terang dikatakan saya tidak nampak ada perancangan khusus oleh Kerajaan Persekutuan dalam mengotakan janji mereka bagi membasmi kemiskinan.

    Lihat sahaja sawah di Kota Belud tidak punya sistem saliran yang baik. seperti projek Barat Laut di Selangor. Sabah hanya mampu mengeluarkan 30% sahaja keperluan beras negeri tersebut. Dengan kenaikan harga beras yang mencapai 40-50% ini akan menyebabkan rakyat Sabah terpaksa mengikat perut.

    Kita juga sering mendengar pertanian merupakan sektor tumpuan Perdana Menteri tetapi tiada projek mega berbentuk infrastruktur pertanian kepada negeri Sabah. Saya sedih melihat rakyat Sabah yang rajin bekerja tetapi tidak dapat meningkatkan jumlah pendapatan mereka kerana infrastruktur dan prasarana sedia ada gagal menjadi pemangkin.

    Ia cukup jauh berbeza dengan keadaan pertanian negeri Selangor. Saya merayu kepada YAB untuk mengotakan janji membasmi miskin tegar di Sabah dengan membina sistem pengairan yang sepurna bagi sabah dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Rata-rata saya lihat mereka masih bermimpi untuk menikmati janji kerajaan persekutuan. Tapi apakah mimpi tersebut akan menjadi realiti?

    PETIKAN:
    http://www.beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6551

    ReplyDelete
  11. i agree with mr sabahan,
    tht is why we need the royalti of our minyak. we can't survive if only 5%, but we cant ask more bantuan kewangan from persekutuan coz the money will use for pembangunan semenanjung and their pocket. Think for it YB. the rakyat now start to understand "the game".
    if kenaikan beras mencapai 50-60%. what you can give to sabahan?

    ReplyDelete
  12. Kami rakyat Sabah amat bersetuju dgn kata Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis).

    "a‘Kami berada dalam rumah yang sama tetapi kami tidak menikmati kemudahan yang sama. Kami bukan hanya dilayan sebagai anak tiri tetapi juga dinista dengan kata-kata yang kami akan menyeberang.

    " Apalah gunanya bilik-bilik ditambah kalau kami dipaksa untuk tidur ditepi bilik air"

    Saya sarankan Dato' pindahlah rumah. Untuk pengetahuan Dato' , UMNO itu hanya untuk orang MELAYU. Hanya memperjuangkan Melayu. Org Bajau Tuaran (bukan Melayu) seperti Dato' ini hanya layak duduk tepi tandas dlm rumah UMNO. Kaum minoriti seperti Bajau ini tidak pernah diambil peduli oleh UMNO. Jangan pula Dato' prasan jadi Melayu. Jgn pula jadi kacang lupakan kulit.. berpura-pura jadi org Melayu walaupun hakikatnya seorang Bajau.

    ReplyDelete
  13. Yb Dato'
    Jawapan Menteri Pertanian tersebut hanya sekadar jawapan kepada solan bukan jawapan keadaan sebenar.Apa yang dinyatakan tidak berlaku. Memang benar ada kerja-kerja yg dimulakan tapi tak pernah siap walaupun banyak kali ditambah masa. Kenapa berlaku? Pemilih kontraktor tak buat kerja betul. Mana penyokong, itu yang diambil walau tak tahu kerja. Saya suka cadangkan kepada Dato'. Subsisdi baja dan raduan tanah sawah dihentikan. Naikkan subsidi harga padi dari 24sen/kg kepada rm1.00/kg padi.Ini kerana baja yang ada tidak berkualiti, manakala subsidi raduan banyak kali disalahgunakan. Tanah diradu dan ditabur padi tapi hasil tak menentu. Siapa yg untung, taukeh jentera. Petani rugi, kerajaan habis wang. Bila subsidi harga padi dinaikkan, petani pasti akan berusaha menghasilkan sebanyak mungkin padi. mereka yg malas kerajaan tak perlu buang wang kerana adanya subsisdi awal.Bagi subsidi pada hasil terakhir iaitu padi yang dituai bukan tanah yang diradu tapi tak ada hasil. Apa komen Dato'?

    ReplyDelete
  14. saya setuju dengan rakyatkb-trn,
    tapi YB kena ingat, YB bukan YB untuk orang bajau sahaja. dan YB bukan YB orang BN sahaja. Tunjukkan YB ini YB rakyat. that is why sabah still mundur... ada YB, tpi YB untuk orang tertentu sahaja... dan kena ingatkan orang bawahan YB, terutama di kampung2... mereka menganaktirikan penyokong pembangkang walhal mereka juga rakyat YB. tunjukkan YB ini YB rakyat. berikan perhatian kepada bawahan dari daerah mengundi DUDAR, TIMBANG, SAFODA/MANGARIS. they often do that since BN take place in SABAH. what we promise if you can settle this? WE VOTES FOR YOU! merekalah yang merosakkan undi kami kepada YB. takkan kami nak undi Parti yang menganaktirikan kami??? kami juga RAKYAT!

    ReplyDelete
  15. salam YB..
    saya bersetuju dengan usaha YB untuk memajukan KOTA BELUD sebagai kawasan jelapang padi..
    cuma saya mahu YB lebih teliti akan permasalahan yang penduduk KB hadapi khususnya di kawasan pedalaman..misalnya di kawasan kampung sarang, kampung dudar dan kawasan kampung taburan..saya sebagai generasi muda dari kampung itu mengharapkan pertimbangan dan kebijaksanaan YB untuk menghadapi masalah yang dihadapi oleh penduduk dari kampung kami..mungkin YB pernah datang ke kampung2 ini semasa berkempen, jadi mungkin YB tahu apa sebenarnya permasalahan yang kami hadapi.. jadi, kami amat mengharapkan sesuatu dari YB...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: