Tuesday, May 20, 2008

Giant mungkin akan buka di KB

Saya berpendapat hyper-market seperti Giant ini akan memberi persaingan yang hebat kepada peruncit-peruncit yang sedia ada di KB.

Bagi peruncit berkenaan ini akan memeningkan kepala mereka. Bagi pengguna pula ianya perkara yang bagus kerana ianya akan menjanjikan harga yang rendah (sekurang-kurangnya secara teorinya). Bagi peniaga kecil bumiputera terutamanya pekebun buah-buahan, pengusaha makanan kecil-kecilan dll, mereka patut melihat ini sebagai satu peluang untuk memasarkan produk mereka.

Packagekan produk itu dengan baik, saya pasti ianya akan dapat dijual kepada Giant. Contohnya, buah nangka. Kalau dijual sebiji sebiji mungkin tidak akan dapat harga yang tinggi tetapi kalau dibelah dan diambil ulas isinya dan dipackage dalam plastik dengan kebersihan dan kualiti yang dijamin, di brand kan, saya rasa paket plastik yang ada dua tiga ulas nangka itu jauh lebih menguntungkan dari menjual sebiji nangka begitu saja.

Seperkara lagi kalau Giant nak buka kedai di KB, tidak ada sesiapa pun yang dapat menahannya kerana kita mengamali demokrasi.

2 comments:

  1. YB,kalau betul nak tolong orang kampun untuk pasarkan hasil mereka yang secara kecil-kecilan,tolong buka satu pasar atau kawasan khas untuk mereka 'berjualan'Tapi ini kena pantau secara ketat supaya hanya mereka yang menjual secara terus saja dibenarkan..mereka yang bersifat orang tengah atau peruncit jangan dibenarkan kerana mereka boleh berniaga di pasar besar

    ReplyDelete
  2. elok jugak giant dibuka dikb,tapi kalau tenguk harga giant di kk, murah lagi harga barang di Gui Supermarket... hehe...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: