Tuesday, May 20, 2008

Dr M keluar UMNO

Saya rasa seluruh negara tergamam dengan keputusan Tun M untuk keluar dari UMNO. Saya rasa kesal dengan tindakan Tun M kerana dalam masa parti melalui cabaran politik yang cukup getir dalam sejarah, Tun M membuat keputusan untuk menambah kecelaruan yang ada.

Apa pun, Tun M berhak untuk keluar parti dengan alasan apa sekali pun biar pun alasan itu tidak masuk akal dan amat rapuh asasnya.

Kepada Tun M saya ucapkan, selamat jalan!

Salam,
DARD

16 comments:

  1. SiLuncai terjun dengan labu-labunya...
    Biarkan.. biarkan...

    ReplyDelete
  2. Debaran menunggu tindakbalas terutama dari MP Sabah.

    ReplyDelete
  3. Oleh Ibrahim Baba

    Maka heboh seluruh negara dengan berita yang mengemparkan bagi sesetengah orang. Begitulah bertalu-talu beberapa kenalan yang mengirim SMS sebaik sebelum dan selepas zohor tadi.

    Namun, bagi IB, sememangnya berita seperti ini sudah dijangkakan dan hanya menunggu masanya diumumkan. Secara tradisi, itulah budaya rasmi UMNO. Keluarnya Mahathir dari menjadi ahli UMNO selepas tidak lagi menjadi Presiden parti ialah sekadar melengkapkan tradisi parti yang pernah dipimpinnya lebih 22 tahun.


    Kesemua Presiden UMNO sebelum ini, akan menentang partinya sendiri selepas tidak lagi memegang kedudukan nombor 1 dalam parti. Kesemua … kecuali yang meninggal dalam jawatan seperti Razak Hussein.

    Onn Jaafar keluar dan tubuh parti baru serta bertanding menentang UMNO/Perikatan. Tengku Abdul Rahman bersama Hussien Onn berganding tenaga menentang Mahathir memberi sokongan kepada Semangat 46 dan Angkatan Perpaduan Ummah.

    Kini, Mahathir hanya sekadar melengkapkan tradisi parti supaya terpahat dalam sejarah parti yang sudah goyah itu. Orang yang paling lama berkuasa dalam parti pun tetap menentang parti.

    Itulah tradisi UMNO. Sekadar mengingatkan ahli-ahli UMNO yang muda dan tidak tahu sejarah parti (peringatan baik untuk Hishamuddin - ayahnya dan datuknya sendiri keluar parti dan tentang UMNO!).

    Biarkan … biarkan.

    Sekian, IB

    ReplyDelete
  4. UMNOsokongISRAEL10:09 AM, May 21, 2008

    Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ekoran tidak menyokong usul terhadap Palestin pada sidang baru-baru ini.

    "Usul dibuat untuk memberi sokongan kepada orang-orang Palestin yang dihalau keluar daripada tanah mereka oleh kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar telah mengalu-alukan kelahiran Israel yang ke-60 baru-baru ini,"ujarnya pada ceramah 'Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan raya Ke-12' anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang diadakan di Hotel Star City di sini baru-baru ini.

    Dengan penuh kesal, beliau menyatakan tindakan tersebut seolah-olah menyokong penubuhan Israel.

    "Dewan Rakyat kita yang dipenuhi wakil-wakil kita tidak menyokong usul untuk menunjukkan simpati kita terhadap Palestin. Sebab itu dalam negara kita ini ada orang yang layak jadi Presiden Israel tetapi tidak layak jadi Presiden Singapura,"ujarnya penuh sinis.

    ReplyDelete
  5. Kepimpinan adalah sesuatu yang terlalu luas. pada pendapat saya, Masalah veteran seperti Tun dan bekas-bekas presiden yang terdahulu adalah, mereka inginkan negara ini ditadbir seperti semasa pemerintahan mereka dan mugkin juga pada masa mereka meletakkan jawatan, mereka belum lagi dapat menerimanya sepenuh hati. Untuk mereka tinggalkan politik sepenuhnya, adalah mustahil, sebab politik adalah satu hobi yang akan kekal selamanya.

    Masa berlalu, dan cara pentadbiran negara berubah mengikut arus. Tidak dapat dinafikan, sekiranya kita analisis mengikut prestasi, maka Era Tun UMNO berkembang hingga ke sabah dan hanya sebuah negeri sahaja di perintah oleh pembangkang. UMNO betul-betul terus maju. Pada masa ini, UMNO telah kehilangan 5 Negeri yang penting. Sebagai sebuah negara yang demokrasi, pada pendapat saya UMNO akan terus dilanda gelombang pembaharuan negara. Melalui tinjauan pendapat semasa PRU12 ramai anak muda 90%(kali pertama mengundi) akan menyokong BN, TETAPI MENGUNDI CALON LAIN. sebab mereka memandang pemimpin-pemimpin BN adalah Luxury YB. dan bagi mereka orang-orang yang rapat dengan YB terlalu meninggikan diri. bagi mereka Gov. tidak pernah membantu rakyat kerana peluang perkerjaan di sabah jauh berbeza dengan semenanjung, dan di semenanjung peluang pekerjaan masih tidak dapat menampung graduan yang telah dihasilkan oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara.

    Secara kesimpulannya, maka dengan keluarnya Tun dari UMNO tidak ada satu perubahan ataupun kesan yang begitu besar pada masa sekarang, ia akan dapat dirasai pada PRU13 nanti. sekiranya PM masih kekal, ia akan menamatkan pemerintahan UMNO. Pak Lah perlu kekal sehingga PRU13 untuk menstabilkan keadaan negara pada masa ini.

    ReplyDelete
  6. Keluarnya Dr.M drpd UMNO merupakan satu tragedi dan pendirian YB dalam hal ini saya sifatkan sebagai kurang tepat..Hari ini saya nampak orang-orang UMNO lebih mementingkan kedudukan dan jawatan dan inilah yang akan bakal melenyapkan UMNO daripada politik Malaysia..Keengganan Pak Lah untuk turun drpd taktha kepimpinan UMNO akan terus merudumkan sokongan orang Melayu pada UMNO..

    Saya turut tidak menyokong tindakan Dr.M keluar UMNO tapi membaca ulasana dan pandangan para pemimpin dan MP UMNO akan hal ini,memperlihatkan sikap dan pandangan yang sombong dan memuakkan..

    Tahukah YB mengapa orang Melayu mula menolak UMNO? sebabnya ialah UMNO kini sebahagian besarnya didominasi oleh mereka-mereka yang berjuang untuk mencapai kekayaan diri dan keluarga..Rakyat sudah muak dan hilang kepercayaan..

    ReplyDelete
  7. SALAM...

    Anak mahathir semuanya dah BILIONAIR..buat apa nak sibuk dalam UMNO. Buat lah duit banyak-banyak.... politik kasi kat orang lain.

    Mahathir ingat orang Melayu adalah ketiak busuknya. boleh dibusuk-busukkan. Mahathir pernah anggap dan gelarkan Orang Melayu pemalas dan suka berlagak. Yahudi sekalipun tidak pernah menghina bangsanya sendiri.

    Biar Pak Lah atau sesiapa yang jadi PM buat kerja dan FAMILY MAMAT nie tak payahlah ribut-ribut. Orang lainpun bijak juga.

    Yang membusukkan, PKR dan PAS dah nak ambil MAHAFIRAUN sebagai ahli mereka. Gila betul politik. Bak kata, main belakang pun boleh.

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    APA KOMEN DARD pasal TDM? tak kan hai-hai bye-bye aje... abe MIE tanya serius nie..

    ReplyDelete
  8. Dato', pertama kali syabas kerana telah melancarkan laman blog ini. Saya merasakan pemergian TDM suatu kehilangan besar. Kami di peringkat akar umbi berharap pemecahan tidak berlaku dalam parti dan pemimpin2 kita akan berunding dalam mencari jalan penyelesaian dan mencari "middle ground" untuk kesejahteraan orang2 Melayu dan Malaysia.

    Syahrizal Samsudin

    ReplyDelete
  9. Kalau ikut rasa ati Selamat Jalan juga saya ucapkan. Apa tidaknya? Sabah telah dimanipulasikan oleh TDM sehinggakan taraf termiskin diMalaysia adalah Sabah walhal Sabah negeri terkaya. Beliau memuji diri dalam blognya sebagai telah menaikkan taraf Malaysia ketahap membangun. Kemerosotan Sabah berlaku pada zaman beliau memerintah. Kalau Negara Jepun, ketua negaralah yang bertanggungjawab jika terdapat kecacatan pada pemerintahannya dan dia sendiri akan meletakjawatan. Disini lain pula. TDM memaksa AAB meletak jawatan kerana "amanah" yang diserahkan untuk menjaga kepentingannya telah tidak pegang AAB. Pada saya ucapan selamat jalan kepada TDM wajar sekali. Tiada pujian yang lebih baik dari itu kerana pada dia, perjuangannya jelas: Meningkatkan Semenanjung at the expense of Sabah. Sabah bukan ujud dalam kamusnya. Sabah hanya satu success story baginya dalam menundukkan pemimpin-pemimpin politik dengan membuat rotation Ketua Menteri setiap dua tahun, satu kejahanam yang telah dilakukan terhadap Perlembagaan Negeri Sabah. Satu perbuatan yang membelakang TYT YDPNS. Mengurangkan pembangunan dan perbelanjaan Persekutuan semasa Sabah dalam pemerintahan PBS, satu tindakan tidak berperi kemaknusiaan. Mengujudkan JPPS menghina kebolehan kerajaan negeri memajukan Sabah walaupun Sabah sudah balik kepangkuan BN. Disebalik "kejayaan" nya, Rakyat miskin semakin meningkat. Rakyat Sabah adalah kita. Wahai kalian, kita mestilah berjuang untuk mendapatkan semula marwah kita. Rata-rata kita langsung telah kehilangan identiti. Anak-anak sekolah kita tidak langsung diberi matapelajaran sejarah kita. Budaya kita langsung tidak diketengahkan dikaca TV. Semua ini berlaku pada masa sekarang, zaman yang kita duduki sekarang.
    TDM hanya keluar dari UMNO. UMNO bukan TDM. TDM bukan UMNO. Semoga dengan pengunduran dirinya dan anak2nya yang terkaya, Sabah akan bangkit menyatupadu dan membangunkan rakyatnya, semoga para pemimpin Sabah dapat menguasai kerajaan persekutuan dan mengembalikan saksama (maaf saya tidak mau pakai pertataan keadilan, nanti YB tersinggung, sama pu boleh, kan?)kepada seluruh rakyat Malaysia. Pada saya sendiri, saya telah mencapai 57 tahun. Lebih banyak keciwa dari ketenteraman melihat keadaan politik kita. Kita boleh mencapai kegemilangan seperti kejayaan sukan kita diperingkat nasional. Tapi dalam keadaan tertindas, siapa yang boleh bangun dengan cergas melangkah kehadapan. Detik saat berlalu, generasi akan datang kita berhak mengecap kebahagiaan dalam "Negara Membangun". Inilah masanya...

    ReplyDelete
  10. Sejarah 22 tahun beliau sebagai Perdana Menteri telah mencatatkan bahawa tiada siapa yang dilihat lebih benar daripada dirinya sendiri. Semua Timbalan Perdana Menteri pada zamannya tak berkesempatan menjadi Perdana Menteri, kecuali Pak Lah. Walaupun Pak Lah selamat sebagai Timbalannya, tetapi sebagai Perdana Menteri Malaysia Pak Lah melalui jalan sukar sebab dia dilihat tidak sesuai oleh Tun Mahathir. Bagi Mahathir Pak Lah hanya sesuai sebagai Perdana Menteri, tetapi hanya untuk sepenggal, dan selepas itu dia tidak sesuai lagi. Itulah Tun Dr Mahathir, dominasinya melepasi sempadan peranan,masa dan ruang.

    ReplyDelete
  11. Selamat Jalan !!! itu saja kau boleh ucap ...tak ada terima kasih langsung ..mana adap kau ni YB ..baru setahun dua masuk UMNO sudah cakap macam sudah jadi ahli dari tahun 1946 ..

    Baik buruk Tun, dia bawak banyak pembangunan di Malaysia ..masa kau dapat pergi US pun mungkin atas polisi dia jugak ...be gratefullah brother and reserve your comments ..Tun bukan level kau untuk kau komen ..just wish him luck sudahlah ..tak payah keras-keras ..

    Kalau kau mahu orang hormat kau ...kau kena hormat orang dulu ...esok lusa pun tak tahu nasib kau jadi macam mana ...ini semua tuhan punya kuasa ....

    ReplyDelete
  12. Komen pada Tanpa Nama 9.42pm,Mei 22.

    Teringat masa bertugas sewaktu majlis pecah tanah bangunan UMNO dekat Karamunsing (bersebelahan Ibupejabat BSN Sabah) tahun 2003 atau 2004 kalau tak silap.

    Majlis tu dirasmikan oleh TDM dan byk lah pemimpin UMNO tempatan yang hadir. Saya bertugas menjaga keselamatan masa tu. Ewah.. DARD masa tu begitu 'charged up' mengetuai hadirin dengan laungan Hidup UMNO!, Hidup Mahathir!, Hidup.. di mana ada ruang dan kesempatan semasa TDM berucap. Sehinggakan TDM sendiri terpaksa mententeramkan suasana agar laungan dihentikan untuk memberikan laluan kepada beliau menghabiskan ucapan. Gesaan tu disambut gelak tawa para hadirin sambil hampir keseluruhannya cuba mencari kelibat pemimpin laungan terbabit. Saya berada betul-betul dibelakang DARD yang bermandi peluh kepanasan, nekad nak tegur secara peribadi agar jgn menganggu majlis.

    Suatu pengajaran buat kita semua.. bahawa Melayu mudah lupa, pemimpin UMNO mudah naik kepala. Kalau dulu 'Hidup Mahathir jadi laungan, Kini 'Selamat Jalan jadi ucapan'..

    ReplyDelete
  13. Betul...takkan hanya ucap selamat jalan??

    Agak kurang beradab...saya link ke blog Dato' sejak sekian lama...tapi hari ni saya dengan rasminya terpaksa memadamkan link tersebut...

    Tiada guna mengidolakan seseorang yang kurang beradab...

    ReplyDelete
  14. BROTHER!!!
    berapa lama ko masuk UMNO ko mau ucap Tun M selamat jalan?
    adoihhhh lucu la kau ni.

    ReplyDelete
  15. SELAMAT JALAN mari kita ramai-ramai ucapkan kepada tun mahathir, kerana itu saja yang mamapu kita ucapkan dengan siapa saja apabila mahu meninggalkan kita, sola terima kasih tidak perlu lagi kerana kita tahu juga jika bukan kerana parti UMNO keramat dan satu-satunya yang terbaik di dunia ini, tun, keluarganya dan suku-sakatnya yang lain tidak akan menjadi apa-apa, kerana melalui UMNO inilah dia menjadi manusia yang di sanjungi dan di hormati dan kita juga mungkin kita akan bertanya siapalah tun kalau bukan UMNO

    ReplyDelete
  16. Saudara yang dihurmati;

    Benar, TDM telah keluar UMNO. Ramai yang terkejut di buatnya dan ramai pula yang suka akan tindakan TDM itu.
    Apa yang harus difikirkan disini ialah, kenapa TDM sanggup berbuat demikian. Adakah beliau tidak sayang lagi akan UMNO ini. Ini mesti kita fikirkan. Ramai yang memuji TDM dan ramai yang mengutuk beliau.Kita mesti fikir serasionalnya didalam menangani perkara ini.Jangan PREJUDICE.Tapi dalam BERPOLITIK macam macam bolih jadi.

    Ciri ciri seorang PEMIMPIN yang kita perlukan...seorang yang bertakwa,seorang yang ikhlas,seorang yang zuhud,seorang pemimpin yang takut akan azab Allah SWT dan bukan sebab keduniaan dan tidak mengikut HAWA NAFSU.

    Apakah kita punyai PEMIMPIN sebegini???Allah hu Alam.Pemimpin kita bercakap tentang integriti dan Islam Hadhari. Adakah ini di praktiskan beliau? Saudara lebih mengetahui dari saya, kerana saudara lebih dekat dengan mereka.

    Saya yakin nasib rakyat masih tak terbela, lebih lebih lagi di Sabah yang di ketepikan selama ini, banyak kawasan masih mundur.

    Semoga ini menjadi renongan buat kita.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: