Friday, May 09, 2008

Anda ada pandangan?

Salam...

Saya mungkin berpeluang untuk berucap dalam Parlimen hari Isnin atau Selasa ini. Itupun kalau ada masa yaang tinggal. Saya mengalu-alukan pendapat dan cadangan anda semua untuk saya masukkan kedalam ucapan saya.

Kepada yang berminat, sila hantarkan pandangan anda ke email saya mpkotabelud@yahoo.com selewat-lewatnya jam 12 tengahhari hari ahad ini (11hb Mei 2008). Topiknya apa saja yang boleh membawa kebaikkan untuk Sabah dan Malaysia. Kalau boleh sertakan statistik dan berhujahlah dengan berhemah dan berfakta.

Saya nak dengar suara hati orang grass root/ akarumbi bukan saja dari Kota Belud tetapi semua yang melayari blog ini.

Tkasih.

DARD

4 comments:

  1. harap jangan terlalu lepas cakap sampai hina serban..mungkin kita x sedar tapi ingatla,jgn dok sebut Sunnah nabi klu xtau

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pandangan anda. Saya mengalu alukannya. Kenyataan pasal serban itu bukannya datang dari saya tapi dari analisa MalaysiaKini yang disiarkan baru baru ini. Saya nak bagi tahu PAS bahawa penganalisa dari MalaysiaKini berpendapat bahawa Dato Seri Hadi Awang tidak berhak jadi PM kerana pakai serban dan jubah ala taliban!! Kalau anda nak baca sila layari http://www.malaysiakini.com/news/ 82576. Mudah mudahan Allah SWT mengampuni dosa hambanya yang menuduh bukan-bukan. Salam. DARD

    ReplyDelete
  3. Sungguh terkejut , tergamam dan beristighfar kepada Allah berulang kali apabila saya membaca satu berita dalam laman web Malaysiakini tentang pendedahan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan pembaziran wang yang dilakukan oleh mereka yang tidak sensitif kepada keperluan sebenar rakyat Malaysia.

    Penulis merasakan kita semua pernah mendengar bagaimana peritnya seorang Insan yang dilaporkan hanya berlaukkan siput babi untuk meneruskan kehidupan mereka seperti mana yang dilaporkan oleh TV3 suatu ketika dahulu. Sepatutnya duit ini disalurkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf pendidikan negara ini.

    Duit RM 500 juta itu boleh digunakan untuk membina Universiti dan bukannya untuk perkara ini! Berapa ramai rakyat negara Malaysia yang terpaksa beratur panjang untuk memperolehi permohonan pinjaman PTPTN (pinjaman dan bukan biasiswa!!!). Penulis tidak mahu mengulas panjang tetapi lebih gemar untuk memberi peluang kepada pembaca yang cintakan keadilan untuk memberikan ulasan dan justifikasi daripada berita tersebut.


    ikuti petikan persoalan yang dibangkitkan oleh KM Pulau Pinang sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini:

    Lim: Orkestra filharmonik satu pembaziran
    Fauwaz Abdul Aziz | May 13, 08 9:08pm
    RM130,000 sebulan? Itulah gaji bulanan yang dibayar kepada konduktor Orkestra filharmonik Malaysia (MP0).

    Dan menurut ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, langkah mengekal konduktor dan anggota MPO yang ramai rakyat asing, adalah satu pembaziran wang Petronas.

    lim guan engSetiausaha agung DAP itu membangkitkan isu tersebut sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

    Lim mendedahkan bahawa kos membiayai anggota MPO itu mencecah RM3.5 juta sebulan.

    Menurutnya, 95 peratus pemuzik asing itu dibayar antara RM16,000 hingga RM28,000 sebulan dan mendapat dua bulan cuti bergaji setiap tahun. Konduktornya pula dibayar RM130,000 sebulan manakala penolongnya dibayar gaji RM50,000 sebulan.

    Sejak 10 tahun ia ditubuhkan, kata Lim, kos pembiayaan orkestra tersebut berjumlah RM500 juta.

    Lim juga mendakwa, bekas konduktor residen MPO, rakyat Malaysia - Ooi Chean See - telah meletakkan jawatan selepas tidak diberi peranan sewajarnya.

    malaysian philharmonic orchestraSehubungan itu, beliau bertanya, mengapakah Petronas membelanjakan wang yang banyak tetapi tidak memberi faedah kepada pemuzik tempatan.

    Katanya, pemuzik tempatan dipinggirkan manakala Petronas membelanja begitu banyak wang untuk melayan orang asing, terutama dari Eropah.

    Menurut Lim, sikap tersebut yang membuat rakyat begitu marah dengan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  4. Sebagai seorang Muslim, anda sepatutnya menegur org yg menghina Islam. Menghina serban juga sama seperti menghina Nabi Muhammad saw kerana serban adalah sunnah.

    ini dato' pula jadikan ia senjata untuk menyerang PAS. Saya faham lah kenapa malaysiakini cakap mcm tu sebab dia bukan Islam dan tidak faham ttg Islam. Tapi apabila org Islam sendiri yg menggunakannya utk menyerang org Islam yg lain. Fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: