Friday, May 02, 2008

ABDUL RAHMAN AJAK PENYOKONG PEMBANGKANG MAJUKAN KOTA BELUD

Para penyokong parti pembangkang pada pilihanraya lalu di daerah ini diseru agar bersama-sama dengan penyokong parti pemerintah BN merapatkan barisan bergerak seiringan bagi memajukan daerah Kota Belud untuk manafaat rakyat secara keseluruhannya.Ahli Parlimen Kota Belud, Dato’ Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata tidak ada gunanya selepas melalui proses demokrasi pilihanraya menentukan parti mana yang diberi mandat untuk memerintah, rakyat masih lagi berpecah belah dengan pelbagai syak wasangka yang hanya akan merugikan.

Katanya, apa yang penting setelah rakyat mengetahui keputusan pilihanraya, rakyat secara keseluruhannya perlu merapatkan semula ikatan perpaduan bagi memastikan apa juga perancangan yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk faedah semua pihak.

Klik tajuk untuk berita sepenuhnya....

7 comments:

  1. Aslmkm,

    All the best Datuk^^

    Untuk memajukan rakyat jelata, kita harus sama-sama berganding bahu. Kita mesti terus berusaha demi kebaikan untuk diri dan bersama.

    Allah Maha Bijaksana.

    Tq.

    ReplyDelete
  2. Perlu ditanya, mengapa syak wasangka masih wujud?

    Bukankah kerana sistem 'transparent' masih tidak wujud untuk rakyat memperoleh segala maklumat secara bebas, maka timbullah ruang untuk pelbagai syak wasangka bertumbuh?

    Manakah Akta Kebebasan Maklumat yang membenarkan dokumen awam kerajaan dilihat dan diperoleh rakyat jelata? Manakah media bebas untuk membenarkan para wartawan meninjau dan menyiasat secara terbuka kelakuan kerajaan semasa?

    Hairankah kalau dalam suasana kurang kebolehan untuk memperoleh maklumat, syak wasangka mula timbul?

    Selain itu, syak wasangka itu merupakan komponen demokrasi yang amat penting, kerana ianya membenarkan sistem "checks and balances", di mana suatu pihak bertentangan sentiasa mempersoalkan kegiatan kerajaan agar kerajaan terpaksa jujur dan terbuka.

    Tanpa kebebasan maklumat, kerajaan BN akan sentiasa perlu berdepan dengan pelbagai khabar angin. Bukankah senjata yang paling berkesan menentang khabar angin itu kebenaran. Dan saya bukan bermaksud kebenaran daripada segi ahli politik keluar menjelaskan persepsi mereka tentang "kebenaran", tapi kebebasan rakyat sendiri memperoleh maklumat untuk memastikan "kebenaran".

    Akhir sekali, lihat juga kekurangan sistem "checks and balances" yang ada pada sistem persekutuan. Hinggakan pelaburan dalam negeri perlu dirayu dengan kerajaan persekutuan dan rakyat Sabah perlu berdoa agar orang-orang di Putrajaya akan memahami masalah di Sabah.

    Lebih baik kita bubarkan saja persekutuan dan menubuhkan negara "unitary", sekiranya kerajaan negeri kita tidak mengamalkan prinsip-prinsip persekutuan.

    ReplyDelete
  3. Salam Datuk.

    Tahniah sebab Datuk antara ahli Parlimen yang sudi berdialog terus dengan rakyat melalui laman blog.Sebagai anak jati Sabah,saya mengalu-alukan kehadiran blog ni.Datuk rasanya ahli parlimen Sabah yang pertama ada blog ni.Tahniah.

    Cuma,ya lah kata orang,jangan hangat-hangat tahi ayam.KB tu dari dulu sampai sekarang bege'e bege'e pan.

    Saya harap Datuk terus-menerus melayan pendapat dan menjawab isu secara adil.Teringat saya dalam surah Al-Alaq,Allah menyeru 3 kali agar modal insan itu dibangunkan dari pembangunan fizikal.

    Sesungguhnya,modal dunia banyak di Sabah.Tapi masih jauh jauh ketinggalan dari segi modal insan.

    Salam sukses.

    ReplyDelete
  4. Dato..
    bawa ke parliment ya.. mengapa minyak masak di Sabah lebih mahal dari di KL. Sedangkan di Sabah kita jadi Pengeluar Sawit termasuklah mengilang dan memprosesnya. Tetapi hairan kenapa harga minyak masak di Sabah lebih mahal dari KL. Dulu tu MP yg jadi menteri hal ehwal pengguna Shafie Afdal tidak buat kerja bah. Kerja sebagai wakil kepada rakyat yg mengundinya.

    ReplyDelete
  5. Ahmadinejad JR9:31 PM, May 04, 2008

    Baguslah kalau YB Datuk Rahman jujur menghulurkan tangan untuk semangat perpaduan ini.semeangnya inilah merupakan satu politik matang yang perlu diamalkan oleh semua. Malangnya sebelum semuanya ini boleh berlaku para pemimpin UMNO KB perlulah merubah kesombongan dan keegoaan mereka.Tolong buang sikap takabur dengan mengatakan kununnya hanya BN yang mampu membawa pembangunan.Ini tidak betul kerana Allah yang maha berkuasa atas segalanya..

    YB Datuk juga perlu mentarbiyah pemimpin peringkat 'bawahan' seperti JKK dan Ketua kampung supaya mengubah sikap kerana sebelum ini mereka ramai yang bertindak memulau dan menyisihkan mereka yang disyaki mengundi atau menyokong pembangkang..Ini sikap yang tidak betul..

    YB Datuk selepas ini tolong memantau segala projek yang diberikan kepada KB tertutama geran khas peruntukkan untuk Parlimen supaya benar-benar jatuh kepada golongan sasar yang layak, bukan jatuh ketangan 'macai-macai'dan 'pencacai-pencacau', yang saya percaya banyak mula mengerumuni YB...

    cuba YB Datuk lawat ke kampung Rampayan Laut, ada sekurang-kurang tiga projek jeti nelayan yang diluluskan dalam masa 2 tahun dan didirikan hanya dalam jarak lebihkurang 10 meter setiap satu..Bilangan nelayan dalam kampung itu tidak sampai 10 perahu..Ternaya projek jeti ini hanya untuk mengisi poket kroni dan macai..Berdosa tau kerana membazir wang rakyat...

    ReplyDelete
  6. Macamana mau majukan KB kalau kita tidak ada wang dan kuasa. Wang Sabah telah dirampok oleh Pusat. Kuasa ahli Parliment Sabah hanyalah malukut ditepi gantang.

    Setakat ini, dlm parliment, dato' langsung tiada bersuara membela nasib rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  7. ...bayau...kita say goodbye pada UMNO ajalah....ok kah bos? 20 persen royalti minyak...banyak tu bos! Kesian lah urang kita turus turus ditindas urang kl! Jalanraya kita umpama tempat limpas karabau dan sapi...jambatan kita pula gantung-gantung.Mau skap banyak pun bukan kita budak budak lagi...bukan tidak pandai pikir! Subalah bersakap masam si ghapur sama si anifah! Barulah anak Sabah!......yeow...yeow....yeow!

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: