Sunday, April 27, 2008

Video YB Dato Hisham akur kekuatan Pemuda BN Sabah

Salam Sejahtera!..

Saya harap anda boleh menonton sidang akbar YB Dato Hishammuddin sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN Malaysia hari Jumaat 25hb April 2008. Saya amat terharu dengan pengakuan beliau tentang kekuatan BN Sabah dan sanggupp meminta Pemuda BN Sabah untuk menunjuk ajar BN di Semenanjung bagaimana unutk mengurus perhubungan antara kaum dan agama. Beliau juga mahu supaya kepimpinan BN Sabah terutamanya Pemuda BN Sabah untuk diketengahkan di peringkat pusat.

Kalau anda download, sabar sikit ok sebab masa download (kalau dial up service) agak lama sikit maklumlah video tu panjangnya 17 minit. tapi kalau Streamyx atau braodband, tak lah lamasangat. Nota: selaku Setiausaha Pergerakan Pemuda BN Malaysia, saya duduk di kiri YB Dato Hishammuddin dan YB Khairy Jamaluddin duduk sebelah kanan beliau selaku Naib Ketua Pemuda BN Malaysia. Saya harap anda akan tengok sampai habis video tu.

Untuk download, sila klik tajuk artikel ini...

Salam...
DARD

6 comments:

  1. Dengan harapan dan keyakinan yang begitu besar, kami ahli UMNO yang setia berharap Dato' dan seluruh jentera UMNO dan BN di Sabah memperkukuhkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kepemimpinan UMNO/BN pusat dan kerajaan.Kami yakin dengan kesetiaan yang anda dan BN Sabah berikan dahulu, kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  2. YB Dato,
    Saya telah melihat video clip berkenaan dan terharu atas keakuran Dato Hisham. Yang Banyak dinyatakan juga perkara2 keunikan Sabah yang harus diambil kira. Ini adalah satu perkara yang orang2 kita telah lama mau pucuk pimpinan peringkat nasional perlu ambil kira. Lihat saja ahli2 UMNO peringkat Negri Sabah yang mana ada orang2 keturunan Sino dan KadazanDusun yang bukan Muslim telah menjadi ahli kerana percaya dengan konsep UMNO dan mau nasib diri mereka terpelihara dalam UMNO. Saya yakin kebanyakan mereka merasa diketepikan dimana2 perhimpunan yang lebih lantang menyuarakan ketuanan Melayu dan memperjuangkan agama Islam. Bagaimanakah mereka boleh bersuara memperjuangkan nasib mereka secara terbuka dengan mengambil kira kedudukan sedemikian tanpa orang2 Melayu semenanjung menyahut secara agresif.
    Sesama Muslim sendiri, pelbagai perkara diSabah ini harus dihormati oleh orang2 Semenanjung yang ditukarkan keSabah. Kebanyakan mereka kurang berintegrasi kerana ada yang melihat amalan Islam kita bukan sama seperti yang mereka amali. Saya pernah ditegur secara berbisik oleh seorang pegawai Melayu Semenanjung disatu majlis pekebuminan di KB tentang amalan2 yang "bukan Islam" pada dia seperti kepercayaan meletak sesuatu atas kubur. Saya rasa inilah sebabnya kebanyakkan mereka kurang berintegrasi dengan Muslim diSabah ini. Pengalaman saya sendiri ingin saya umumkan disini, dimana seorang Uztaz Semenanjung yang tinggal berdekatan rumah saya tidak pernah hadhir kemajlis kenduri doa selamat yang saya buat oleh sebab perkara yang hanya dia sendiri yang tahu. Adakah amalan Islam kita tidak sama?
    Perkara ini sedikit sebanyak perlu diatasi walaupun kita sudah lama Merdeka dalam Malaysia.
    Kita diSabah menghormati sesama kita kerana kita ada banyak perkahwinan antara kaum dan sering melawat sesama kita dimasa tertentu dan menghormati adat resam kita dan apa yang tidak ngam sesama kita kita ketepikan saja kerana tali persaudaraan kita lebih penting. We should look at what are common in us than the differences.
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Pilihan raya umum yang baru sahaja menutup tirainya memperlihatkan pelbagai kejutan yang menyentap pemikiran pelbagai pihak. Tsunami politik yang melanda tanah air merupakan satu era baru di dalam politik nusa. Angin perubahan yang melanda benar-benar merupakan tamparan yang cukup hebat kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional. Pelbagai alasan dan sentimen yang dibangkitkan mengenai prestasi parti pemerintah pada pilihan raya umum kali ini. Kenaikan mendadak jumlah ahli parlimen dari pihak pembangkang sebenarnya didorong oleh pelbagai isu yang belum diselesaikan. Pada dasarnya boleh dinyatakan di sini pakatan pembangkang yang menggelar diri mereka Barisan Alternatif, cukup bijak dalam memainkan pelbagai isu untuk dijadikan modal di dalam pilihan raya. Bermula dengan kenaikan harga minyak diikuti dengan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya, ditambah dengan isu perlantikan hakim, penindasan kaum India, penghunusan keris di perhimpunan Umno, isu komisyen kapal selam dan macam-macam lagi, semuanya bagai diatur dengan begitu strategik bagi meraih undi rakyat. Harus dinyatakan juga antara punca prestasi yang memberansangkan pakatan pembangkang adalah kerana hasil kerja keras jentera pilihan raya mereka yang bergerak jauh lebih awal daripada jentera parti pemerintah. Dengan sesi-sesi ceramah yang lebih berbentuk kempen yang diadakan dengan penuh konsisten, mereka telah berjaya mempengaruhi pengundi. Harus diingatkan pada zaman teknologi moden ini, sesi ceramah yang diadakan merupakan satu persembahan multimedia yang begitu menarik perhatian. Pendekatan mereka melalui media alternatif tidak kurang hebat juga. Rangkaian jejaring yang begitu meluas terbukti cukup berkesan dalam menyebarkan ideologi dan propaganda kepada warga kota. Dapat dilihat dengan jelas Kuala Lumpur bagaikan titik pusat api yang merebak ke kawasan sekitar. Disebabkan batasan media arus perdana, barisan altenatif telah memanafaatkan sepenuhnya penggunaan media seperti facebook dan youtube. Ditambah pula dengan rangkaian telekomunikasi yang cukup meluas sms dan mms turut memainkan peranan yang efektif. Dari sudut yang lain pula, terbitan mingguan akhbar politik seperti Harakah berjaya menembusi pasaran awam. Bahan propaganda ini dijual secara terbuka di kedai runcit walaupun tertulis di muka hadapan, 'hanya untuk ahli Pas'. Pengisiannya yang penuh dengan tuduhan dan fitnah terhadap kerajaan berjaya menembusi pemikiran khalayak umum. Akhbar yang begitu berdedikasi kepada perjuangan politik barisan altenatif turut diedarkan secara percuma kepada umum sepanjang kempen pilihan raya. Mungkin sudah tiba masanya Barisan Nasional menerbitkan sesuatu yang hampir sama bagi menangkis segala tohmahan yang dilontarkan. Mungkin juga Barisan Nasional perlu lebih agresif dalam berkempen. Jika Barisan Altenatif sudah mula berkempen dua atau tiga tahun sebelum pilihan raya, maka pendekatan yang sama harus diambil, tidak cukup dengan hanya sekadar perhimpunan tahunan, kempen-kempen secara intra personal hendaklah mula digerakkan. Barisan Nasional harus melakukan anjakan paradigma dalam usahanya untuk memenangi hati rakyat.

    ReplyDelete
  4. Saya melihat Datok Hisham ni sebagai pemimpin yang boleh diketengah kepringkat yang lebih tinggi.Cuma beliau perlu sedikit kematangan lagi.Isu menjulang keris sebenarnya satu kesilapan dan retorika yang tidak memberi apa apa faedah kepada beliau atau UMNO.Mungkin dengan menjulang keris beliau ingin membangkitan semangat dan ketuanan Melayu tetapi lambang yang diguna oleh Datuk Hisham itu sudah tidak releven..Lambang penyatuan Melayu ialah Islam dan al Quran, jadi sepatutnya Datuk Hisham sepatutnya menjulang al Quran, bukan keris...

    Satu lagi,UMNO dan pemuda UMNO jangan lagi menyebut soal ketuanan Melayu kerana isu ini tidak releven.Anwar Ibrahim kata sebelum kemenangan BN dan UMNO merosot dalam PRU 12 lalu, UMNO tsk pernah beriya-iya soal ketuanan Melayu..melainkan ketuanan tauke-tauke Melayu..Mana jawapan pemuda UMNO dan Pak Lah sendiri?

    ReplyDelete
  5. salam datuk
    moga pergerakan pemuda lebih kukuh di dalam menghadapi cabaran politik mendatang....
    kami pemuda enggang mengalu-alukan tindakan datuk utk mempunyai blog...

    salam

    ReplyDelete
  6. YB Dato,
    Malangnya kekuatan UMNO ni dicemari dengan kehadiran pengundi projek IC. Dapatkah pemuda memperbaiki keadaan ini. Bolehkah UMNO mempertahankah marwah orang Sabah jika diungkit perkara ini bertalu-talu? Projek IC ni ujud kerana mau memperkukuhkan Ketuanan Melayu. Lihat saja kehadiran mereka, rata2 kalau dari Indonesia, mereka sudah mempunyai kedudukan dalam perniagaan, sektor korporat, ladang dan politik. Dapatkah rakyat jati Sabah menerima hakikat ini selama-lamanya?
    PKR sudah semakin hampir bertapak dan berkemungkinan mendapat sokongan pelbagai kaum kerana isu PTI dan Projek IC. Parti-parti SAPP sudah mula lantang bersuara untuk PTI ini dilakukan sesuatu. Pucuk pimpinan parti sudah mula terasa tergugat dengan fenomena sunami dan banyak ahli-ahli sudah mula kehilangan kepercayaan kepada mereka.
    Seperti juga PRU 11, BN menang cemerlang tetapi hampir lingkup di PRU12. Ini akan terjadi di Sabah pada PRU13 jika UMNO dan Pemuda leka memelihara / mepertahankan undi projek IC.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: