Tuesday, April 15, 2008

4 orang bergaji RM787.50

Salam Sejahtera!

Saya tertarik dengan satu cadangan oleh sekumpulan remaja yang bertemu dengan saya baru baru ini. Mereka meminta pertolongan daripada saya untuk membiayai projek kecil kecilan membuat blok bata. Blok bata ini dibuat untuk kegunaan membuat rumah.

Kata mereka, setiap blok berharga RM1.30 dan keuntungan RM0.70. Setiap hari mereka boleh membuat 150 buah bata dengan keuntungan RM105 sehari. Kalau sebulan keuntungan mereka ialah RM3150! Kalau kumpulan itu ada 4 orang maka setiap orang akan mendapat RM787.50 sebulan. Jumlah yang kecil tapi bermakna kepada remaja-remaja yang menganggur. Dan yang menariknya ialah modal yang diminta hanyalah RM5,000.

Saya harap mereka akan berjaya kerana ini akan menjadi projek perintis. Kalau sukses, kumpulan-kumpulan yang lain juga akan dibantu. Kalau gagal, maka yang merana adalah kumpulan yang akan datang yang memohon dana untuk projek seperti ini.

Kita tunggu dan lihat.

7 comments:

  1. idea yang baik adalah amat berguna apabila dilaksanakan tidak tergesa2,tiada motif untuk keuntungan diri sendiri,........
    good luck,
    tq

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Mohon YB beri nasihat pada budak-budak lain yang berminat utk memajukan industri ni agar jgn le masuk perusahaan buat bata ni. Habis ler rezeki '4 org RM787.50' tu. YB nasihatkan budak-budak lain tu agar sambung aliran pengeluaran bata '4 orang RM787.50' dgn menjadi pemasar bahan binaan tu, yg lain boleh tumpukan utk buka beberapa pusat agihan. dan Yg lain pulak boleh tumpukan bahagian pengangkutan dan lain-lain lagi lah yg berkaitan. Dengan ini, perusahaan bata ni boleh jadi lebih besar dan tidak saling bertindan. Kalau semua naj buat bata, siapa nak jual? Point saya agar bila seorang bumiputera jual jagung bakar, kita tak nak lihat sepanjang jalan yg dilalui penuh dengan gerai bumiputera jual jagung bakar. Contoh jelas ialah gerai jual kacang kudat, jagung bakar, kelapa bakar, air tebu, goreng pisang dan sebagainya. Bumputera bunuh bumiputera.. Setuju YB?

    ReplyDelete
  3. Tahniah kerana terpilih mewakili MP Kota Belud diharap YB dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Kota Belud (Bukan rakyat Kota Belud sebab tak ada kerakyatan Kota Belud yang ada cuma rakyat Malaysia). Seperti yang YB ketahui Parlimen Kota Belud terdiri daripada bangsa Bajau, Iranun dan Kadazan/Dusun serta Kaum Cina di kawasan pekan. Semua ini merupakan tanggungjawab YB membela setiap kaum yang tinggal di kawasan YB. Memandangkan YB suka menyebut kg-kg yang majoritinya kaum Bajau seolah-olah YB mempunyai "trend" berpihak kepada satu bangsa sahaja. Oleh yang demikian, sukacitanya saya membuat teguran/cadangan disini agar YB tengok-tengokla Kg-Kg yang lain agar YB dapat dilihat sebagai YB yang mewakili semua kaum. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. Inisiatif yang perlu di sokong bukan sahaja melalui bantuan kewangan bahkan perlu dibekalkan khidmat nasihat dan cadangan untuk memastikan ianya bakal berjaya. Sekurang-kurangnya ia memperlihatkan "direct contribution" YB kepada permasalahan kebanyakan anak-anak muda tempatan yang dibelenggu kemelut pengangguran. Walaubagaimanapun, sekiranya ia gagal adalah sewajarnya ia tidak dijadikan halangan untuk kumpulan-kumpulan lain mendapat bantuan serupa.
    TQ!

    ReplyDelete
  5. Datuk, orang-orang Sabah sememangnya "hardworking by nature" dan mereka berkebolehan untuk menghasilkan banyak barangan yg boleh dijual. Masalahnya, ramai daripada mereka ini menghadapi masalah "memasarkan" barangan mereka. Jika sekiranya setiap projek kerajaan seperti pembinaan sekolah baru menggunakan 10% batu bata yang diperlukan daripada pengusaha kecil seperti ni, saya rasa "economic spin-off" nya akan dirasai oleh masyarakat setempat.
    Ada banyak lagi kebolehan anak-anak muda kita untuk melakukan aktiviti ekonomi. Yang penting, kerajaan haruslah menyediakan saluran pemasaran yang adil dan sistematik untuk orang-orang seperti ini, contohnya dengan cara memasukkannya syarat agar "membeli 10% daripada batu bata yg diperlukan daripada pengusaha kecil" sebagai salah satu syarat pemberian contract (LA).
    Sistem perlantikan "sub-contraktor" seperti yg kita ketahui sekarang biasanya terlalu birokratik dan menyusahkan pengusaha kecil, dan biasanya bergantung atas belas kasihan "main contractor".
    (rakyatsabah@gmail.com)

    ReplyDelete
  6. tahniah kepada mereka 4 orang itu, tapi dari apa budakbudak cadangkan itu adalah lebih baik mereka tanam lodo porok sahaja di belakang rumah mereka. pertama kos dan penjagaannya murah. kedua pasaran tiada hadnya dan ketiga ringan pula kerja membuatnya.

    di pasar kb harga lodo porok sekilo ialah RM 27.00 dan bayangkan kalau dapat sehari 3 kilo sahaja sebulan dah mencapai RM 2430.00 dan untuk 3 kilo hanya memerlukan 600 pokok sahaja itupun dah banyak lebihlah itu, dan kalau 600 pokok itu hanya tanam dalam polybag sahaja dekat rumah yang memakan keluasan 40'X 100' kaki saja.

    jadi itu sajalah pandangan semoga tidak melemahkan semangatkan 4 orang anak mudah itu. SELAMAT BERJUANG

    ReplyDelete
  7. Soalnya adalah pelbagai masalah logistik bagi perniagaan ini.

    Bagaimana dengan isu pengangkutan bata kepada pembeli? Adakah dikerjakan pembeli sendiri atau 4 orang remaja ini?

    Adakah kos pengangkutan telah diambil kira, dan sumber bahan mentah? Adakah akan ada pihak yang memerlukan bata dalam jumlah dan kadar penghasilannya (150 sebulan).

    Mungkin mereka juga ingin menjual dalam kuantiti yang lebih besar (contohnya 450 bata sekaligus selepas mengumpul jumlah tersebut dalam 3 bulan). Adakah mereka sudah mengambil kira keadaan di mana mereka mungkin tidak akan menerima pendapatan selama beberapa bulan?

    Saya gembira ada orang Sabah bersemangat keusahawanan, namun mungkin sebab belum cukup maklumat dipaparkan dalam post blog ini dan ini memberikan gambaran kepada saya bahawa rancangan mereka belum cukup teliti lagi.

    cheers

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: