Friday, April 11, 2008

Permohonan Projek melalui peruntukan Parlimen

Salam sejahtera!

Saya menerima banyak sms dan panggilan dari orang ramai berkenaan permohonan projek mereka melalui peruntukan ahli parlimen.

Saya ingin memaklumkan di sini bahwa semua permohonan akan dinilai berdasarkan kepentingan masyarakat setempat. Saya akan lebih mengutamakan projek-projek yang dapat memberi manafaat kepada masyarakat dibandingkan projek-projek yang lebih kepada kepentingan peribadi pemohon.

Saya rasa ini adil kerana sebagai contoh, projek membaiki paip pecah di sesuatu kampung itu akan memberi kesan positif kepada semua penduduk kampung dibandingkan permohonan zink dan papan untuk membesarkan rumah pemohon.

Maka itu saya berharap semua pemohon memahami pendekatan ini.

Terima kasih.

9 comments:

  1. Tahniah Datuk! kerana menyediakan blog seperti ini. Menjadi harapan saya agar YB yang mewakili tiga adun dikawasan Kota Belud juga dapat menyediakan blog seperti ini.

    Saya mengetahui blog Datuk ini melalui akhbar tempatan pada pagi ini.Tahniah kerana Datuk sudah mulai melawat kampung-kampung dikawasan Kota Belud, khususnya kampung-kampung dalam kawasan kedamaian. Saya bersetuju benar dengan cadangan Datuk untuk menyalurkan peruntukan parlimen dengan mengutamakan projek-projek yang membawa menafaat kepada rakyat keseluruhannya. Dan menjadi harapan saya, semoga Datuk terus berusaha untuk melawat kampung-kampung dikawasan kedamaian yang kurang mendapat perhatian pada masa yang lalu.

    Terima kasih dan tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. sediakan ruangan khas utk cadangan membina dato

    ReplyDelete
  3. Syabas kerana ada pembaharuan untuk mendekati rakyat di kawasan Parlimen P169 Kota Belud. Khususnya generasi muda yang biasa dengan dunia internet. Selama ini kami tak dapat meluahkan hasrat masyarakat kampung dengan wakil parlimen yang kami pilih kerana jarang ada masa perjumpaan dengan wakil parlimen. Dengan adanya wadah ini, maka mudahlah kami rakyat kawasan Kota Belud, khususnya N7 kadamaian untuk berkomunikasi dengan Datuk. Kami menunggu kemajuan seterusnya. Terutama sekali Pengaspalan jalan-jalan raya di kampung2 kawasan kadamaian.Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Selamat datang ke Alam Blog. Saya akan datang ke blog ini sekerap mungkin.

    Shalom

    ReplyDelete
  5. Tahniah Datuk atas penyediaan blog ini.

    Saya percaya dan yakin yang Datuk akan mengutamakan sesuatu projek yg betul2 memberi menafaat kpd semua masyarakat / rakyat dan bukannya untuk kepentingan atau faedah kpd segelintir org sahaja yg cuba mengambil kesempatan atas kedudukan datuk.

    Prihatin dan ambil beratlah rakyat di kawasan datuk tanpa mengira kaum & agama, jangan pilih kasih kerana rakyat di kawasan datuk memang memerlukan sangat keprihatinan datuk dalam membawa pembangunan ke KB yg masih ketinggalan dalam segala serba-serbi pada masa ini.Bantulah kami rakyat di kawasan datuk (KB), bukan dari segi wang tapi pembangunan.

    "Ada mata pandang, ada telinga dengar" kemudian ambil tindakan yg terbaik untuk kebaikan bersama.

    Terima kasih.

    GuNTaYK
    Kg.Ratau
    Kota Belud.

    ReplyDelete
  6. as/kum yb.

    dalam parleman kb ada 3 dun, itu yb jangan lupa.pembangunan yang hendak dibawa ke kb jangan tertumpuh kepada dun tertentu sahaja.

    ReplyDelete
  7. Ye betul tu Dato'. Jangan pilih kasih terhadap mana-mana DUN. Kita sering terlupa untuk berlaku adil kerana sudah menjadi lumrah pemimpin khususnya pemimpin2 UMNO macam Dato' ini yang sering mengutamakan pihak-pihak tertentu yang rapat dengan Dato' sahaja.

    Namun saya percaya, Dato' akan berjaya sekiranya buang sikap negatif pemimpin kita hari ini.

    Insya-Allah. Berbakti dengan penuh keyakinan, harapan rakyat jangan sesekali dihampakan.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Dato'...
    Saya amat menyanjung tinggi sikap dedikasi Dato' dalam pengagihan pruntukan ini. Saya cadangkan selain program2 prmbangunan fizikal, program2 yang berbentuk pembangunan insan di beri priority. Terutamanya berkaitan pendidikan. Hidupkan semula biro2 pendidikan di kampung2 dan peringkat daerah. Kumpul anak kota belud yang telah berjaya untuk memberikan motivasi kepada pelajar2. beri kefahaman betapa pentingnya pendidikan kepada ibu bapa, terutamanya yang jauh di pelusuk kampung. InsyaAllah,... dengan tertanamnya semangat membangun melalui pendidikan, kota belud akan dapat menyaingi kemajuan daerah2 lain,...

    Anak Sama Merabau,
    nudaurelia_capensis@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. Salam kepada Dato,MP Kota Belud.

    Tahniah atas kemenangan baru baru ini. Menunjukkan sokong padu telah diberikan oleh rakyat kepada Dato. Adil dan saksama kepada 3 ADUN dari segi pembangunan khasnya adalah tiket pencapaian cemerlang dalam PRU ke 13. Saya percaya Dato dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik. sekian,
    Drpd: Pemerhati politik. Kg Taginambur Kota Belud.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: