Wednesday, April 30, 2008

Hari Pertama Perbahasan Parlimen








Salam Sejahtera!

Hari ini adalah hari pertama perbahasan dalam Dewan Parlimen. Hari ini juga termaktub dalam sejarah kerana buat pertama kalinya, sesi soal jawab disiarkan secara langsung melalui TV1 selama 30 minit dari jam 10pagi hingga 1030pagi.

Kepada sesiapa yang menonton sesi parlimen hari ini, tolong bagi komen. Saya secara peribadi merasa kecewa kerana pembangkang menggunakan banyak helah untuk mengganggu perjalanan mesyuarat sehinggakan Speaker Dewan (Tan Sri Pandikar) terpaksa 'berhempas pulas' untuk mengawal keadaan. Semuanya bermula apabila YB Karpal Singh (Bukit Gelugor) sentiasa mengajukan 'Point-Of -Order' kononnya perjalanan mesyuarat tidak betul dan sebagainya.

Lepas itu, pertikaman lidah dengan kata-kata kurang sopan (unparliamentary words) bermula (sekali lagi) dengan YB Karpal Singh yang melemparkankata-kata bahawa YB Bung Moktar adalah 'Bigfoot'...

Sebagai nota kecil, MP anda (saya lah tu) sempat ikut berbahas dengan doa kali bercakap dalam parlimen.

Salam.

DARD

9 comments:

  1. Salam,
    Ini mimang detik mencabar bagi Dato begitu juga dengan Tan Sri Pandikar pada ketika Negara sedang mengalami era baru dimana PR mendapat banyak kerusi yang dipegang oleh veteran yang lantang bercakap beserta dengan golongan muda yang ingin menunjukkan kebolehan mereka. BN juga kehilangan banyak veteran disamping mempamirkan muka baru seperti Dato yang juga ingin melihat kepada pengundi2 Dato yang Dato juga ada talent membela rakyat.
    Syabas saya ucapkan kepada Tan Sri kerana telah tidak menggagalkan harapan orang2 Sabah yang selalu dipandang rendah oleh pemimpin KL, hingga dapat menunjukkan yang dia boleh menguasai satu situasi yang rumit dalam Negara. Semoga dengan dengan penampilan beliau orang2 KL sedar yang selama ini mereka dalam kerugian kerana talent2 dari Sabah yang matang dan telah tidak di"gunakan" sepenuhnya sebelum ini.
    Satu lagi, agak lucu juga, orang2 KL telah dapat mendengar loghat KB,(lol) yang boleh difahami dengan senang oleh sesiapa sahaja.
    Inilah ke unikan kita yang harus kita kekehadapankan dikaca TV (bermula dari TV3?) yang kita juga rakyat Malaysia dan masyarakat kita tidak ada perbezaan dengan mereka. Jika sedemikian dapatlah kita memberi peluang kerja kepada orang2 kita dari segi karya menulis skrip drama, dokumentari, etc etc yang selama ini kita terpisah disebabkan peluang ini hanya terbuka diKL.
    Bukanlah kita nak beraksi dengan kemenangan besar BN diSabah, tetapi kita harus rapatkan jurang perbezaan dengan kemenangan ini.
    Sekian.
    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Dalam banyak hal saya amat kecewa dengan apa yang berlaku pada hari pertama sidang dewan.Pembangkang tidak menunjukkan contoh yang baik dalam perbahasan.Mereka hanya kata apa yang mereka ingin kata.Kerana sikap kurang sopan mereka, banyak masa terbuang sedangkan tujuan utama sidang dewan ialah untuk membincangkan agenda penting demi kepentingan rakyat dan negara. Dewan yang mulia sepatutnya untuk rakyat, tetapi apa yang terjadi dewan seolah-olah milik mereka dan mereka berbuat sesuatu ikut kehendak mereka. Mereka ingin mencari publisiti dan populariti.Mereka memang kehausannya. Tetapi saya tidak nampak di situ tempatnya. Jika mereka inginkan populariti, mereka harus melupakan wakil rakyat, dan berubah kepada penyanyi atau pelakon. Di situ populariti dan publisiti memang banyak membantu.

    ReplyDelete
  3. Kasihan Tan Sri Pandikar kena gasak sama Yb Pembangkang..yang tak syk nyer 2..dah berkali2 Tan Sri Spekar bagi arahan tapi tidak di endahkan langsung oleh Yb Ipoh Timur..kali Tan Sri Spekar kena cakap bahasa Irannun baru dia faham...perangai pembangkang ne sesuai kalau dipraktikan sana Tamu Besar Kota Belud....macam jual ikan pulak.hehheh

    ReplyDelete
  4. ANIMAL IN PARLIMEN -PARLIMEN SARKAS

    DATUK PADUKA IBRAHIM ALI - KATAK POLITIK

    DATUK BUNG MUKTAR RADIN -BIGFOOT

    KARPAL SINGH - BIG MONKEY

    SELEPAS INI....AGAK NYA

    KANGGAROO-WAN AZIZAH-NURUL IZZAH, LIM KIT SIANG-LIM GUANG ENG DAN KARPAL SINGH-GURBIN SINGH (semua tinggal dalam kocek-anak beranak)

    http://malaysialoni.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Jangan menuduh pembangkang saja. Bukankah MP Kinabatangan, daripada berdiam sahaja, membalas "Big Monkey"?

    MP Kinabatangan juga telah menyaji Parlimen dengan komen-komen sexist seperti komen "bocor"nya.

    Masalah BN dan PR adalah mereka masing-masing tidak mampu mengkritik orang mereka sendiri. YB sendiri juga dalam blog post ini meletakkan segala kesalahan atas pembangkang, walhal BN sendiri juga tidak menunjukkan contoh yang baik.

    Saya menanti perdebatan tentang federalism di parlimen, isu yang patut diketengahkan MP Sabah.

    ReplyDelete
  6. Saya yg tgk siarang langsung tidak bersetuju dgn Datuk. Yg saya lihat bukan pembangkang sahaja yg buang masa tapi org BN juga. Yg paling tak berguna masa tu Karpal (DAP), Bebas (kltn), dan UMNO/BN Bung karno.

    3 golongan ni mengaku lah yg mencemar parlimen.

    ReplyDelete
  7. Pada hari mengangkat sumpah ahli parliemn,Dr.Latif ahmad MP UMNO dari Mersing sudah tunjuk samseng dia kerana tidak mengangkat tangan kanan semasa mengangkat tangan..Apa maknanya itu,kau orang KB boleh agak kah? Ertinya YB tu tak respek Tuan Speaker Tan Sri Pandikar pagari kamu dari KB.. Bung Mukhtar pun sama samseng.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Sebahagian besar MP dari Sabah tertib semasa terlibat dlm soal-jawab di parlimen. Cuma ada seorang dua yang macam samseng jalanan seperti Bung Mokhtar dari Kinabatangan. Memalukan Sabah sahaja...tidak apa juga kalau bercakap pasal kebaikan tetapi ini tidak...asyik memaki hamun serta berteriak tak tentu pasal sahaja. Sungguh memalukan.. cubalah ubah sikit cara percakapan tu...beradablah sikit. Kalau sekadar bercakap ala sabah...ok, itu tidak apa sebab cakap sabah memang ok pun...senang nak faham tapi jgnlah bercakap mcm berteriak memaki hamun dan nak tunjuk kejantanan sahaja. Siaran langsung bagi saya sangat bagus tetapi bila ada yg mengambil kesempatan...ianya jadi tak baik pula...mcmlah parlimen jadi gelanggang gusti... fikir2kanlah!

    ReplyDelete
  9. Kemarin, MP Bintulu (BN) tunjuk Samseng pula. Mencabar LKS utk pergi ke luar dewan. Sebab dia tau kalau dalam dewan, dia tak boleh main kaki dan tangan. LKS pula mempunyai kekuatan hujah dan fakta, beliau hanya mempunyai kekuatan kaki dan tangan (gaduh). MP Bintulu mau bawa budaya binatang (begaduh) kepada MP pula.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: