Tuesday, April 15, 2008

Nenek tua di Timbang Dayang

Salam Sejahtera!

Pada hari sabtu yang lepas (12hb April 2008), saya mempunyai jadual yang ketat.

Pada awal pagi sabtu, saya menghadiri Majlis Kesyukuran kemenangan BN di Tuaran. Saya hadir sebagai Ketua Pemuda UMNO Tuaran.

Kemudian saya mengikuti program Kem Remaja SAPP Kota Belud yang dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP. Selepas program tersebut saya melawat ladang getah di Kg Taginambur dan seterusnya berdailog dengan pengusaha program Home Stay di sana.

Pada sebelah lewat petang saya melawat sebuah keluarga miskin di Kg Timbang Dayang. Keluarga itu amat miskin sehingga anak mereka tidak kesekolah akibat kesempitan hidup. Saya merasa amat hiba melihat nenek mereka yang lumpuh dan tidak boleh bergerak sejak 7 tahun yang lalu. Nenek yang tua ini memeberitahu saya bahawa dia amat meminati 'Runsai' dari dulu lagi. Lalu saya membelikannya sebuah radio supaya beliau boleh mendengar 'Runsai' yang didendangkan melalui program bahasa Bajau di radio. Walaupun pemberian ini kecil, tapi nenek tua itu amat gembira seperti anak kecil yang diberi gula-gula.

Kadang-kadang kita terlupa bahawa ramai lagi insan yang jauh lebih daif dari kita dan pemberian sekecil mana sekali pun amat bermakna bagi mereka. Marilah kita sentiasa mengingati mereka. Jangan Ahli Parlimen saja tetapi semua lapisan masyarakat yang mampu.

9 comments:

  1. "Runsai" mula pupus keseniannya kerana minat belia masakini tidak dipupuk. Beberapa ketika dahulu dimajlis-majlis perkahwinan, hatta di majlis-majlis lebih kecil dari itu, "runsai" sering dijadikan acara kemuncak majlis. Hari ini "karaoke" sudah macam jadi kewajipan. YB Dato boleh mula menaja "runsai" di setiap majlis di KB dan Tuaran.

    Kegembiraan nenek tua bukan di Timbang Dayang sahaja malah dimana sahaja ada warga tua yang kembali ke usia remaja mereka bila menyaksikan "runsai."

    ReplyDelete
  2. tq dato, tapi jgn lupa, pemberian itu umpama dato belanja makan tengah hari ja. tpi utk makan seterusnya ..................

    tq

    ReplyDelete
  3. as/kum yb
    jangan fikirkan neneknya sja tapi fikirkan nasib cucu2nya yang tidak bersekolah akibat kemeskinan. bantulah mereka supaya ekonomi keluarga tersebut meningkat untuk membolehkan cucunya dapat bersekolah dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik

    ReplyDelete
  4. Salam tabek untuk Dato'.

    Kalau setiap antara kita tahu untuk menilai siapa, dimana dan kemana kita akan melangkah, maka akan indah dan bercayalah dunia ini.

    Dato' mohon maaf andainya coretan ini terlebih pump kata orang, tapi inilah realitinya. Memang ramai para pemimpin masyarakat di Kota Belud tahu apa yang tertinggal atau sengaja di tinggalkan pada akar umbi di Kota Belud ini, khususnya kawasan Usukan. Mengikut sejarah perjuangan, semangat orang dari Usukan ( jika tidak keterlaluan saya katakan sanggup makan berlauk garam dan dan tidur beralaskan pelupuh ) kerana demi menegakkan bangsa SAMA mereka, tapi akhirnya bagaimana dan apa yang mereka dapat.

    Apa yang Dato' lihat hanyalah sekelumit daripada rentetan kehidupan mereka, kita belum nilai lagi dan kita belum menggali lagi lebih dalam apa yang telah dan apa yang terjadi dengan generasi akan datang mereka...... semuanya macam dibiarkan saja dengan serba kekurangan dari segi pelajarannya, dari segi perancangan ekonominya, dari segi semangatnya, atau banyak lagi yang disengajakan begitu.

    Kota Belud ku yang indah apa lagi ynag engkau belum ada dari TYT ke KM ke Menteri Kewangan ke Menteri Pertanian dan sekarang telah tutun sedikit ke Pembantu-Pembantu Menteri saja tetapi kenapa masih ada lagi yang miskin begini.

    Mohon maaf Dato' bukannya satu sumpah tetapi kita kena takutlah pada hukum kharma, kerana inilah kita yang telah di takdirkan mendapat kuasa dan mendapat ruang dan peluang untuk menaburkan bakti di bumi KB ini, maka lakukan sebaik mungkin lihatlah seteliti mungkin dan turutlah merasa apa yang nenek tua itu rasa dan jangan lupa hamparkan harapan pada generasi mudanya pula kerana kami di KB tahu apa yang ada disanubari Dato' kerana darah yang mengalir dalam jantung Dato' itu adalah darah pejuang orang-orang Kota Belud.

    Selamat BERJUANG

    ReplyDelete
  5. Sudahkah anda tanya berapa gaji pekerja2 kadai di Kota Belud itu?
    Tahukah anda.. mereka anak tempatan. gaji sebulan lebih kurang RM 150. Tanpa EPF/SOCSO atau apa2 kelebihan. Kerja 30 hari sebulan Tambang ulang-alik RM 2 sehari (RM 60 sebulan). Tinggallah RM 90 sebulan. Betapa MISKIN nya RAKYAT Kota Belud ini. Apakah peranan Ahli Parliment untuk meningkatkan pendapatan orang SABAH.

    ReplyDelete
  6. Mungkin saudara akan mengatakan bahawa negara UK jauh lebih kaya dan bukan perbandingan yang sesuai, ulasan saya tentang sistem pembahagian dana pendidikan di UK (dan juga US) adalah amat bersesuaian berdasarkan prinsip-prinsip checks and balances dan devolution of government.

    Di negara barat seperti itu, pembahagian kewangan pendidikan biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan, dan bagi UK, pihak tempatan masing-masing mendapat dana berdasarkan jumlah pelajar di kawasan mereka serta kapasiti yang ada.

    Dengan ini, keperluan tempatan lebih dijaga, berbanding sistem pengagihan yang terlalu "centralised" yang diamalkan di Malaysia. Sistem tersebar ini lebih ampuh menangani pelbagai masalah pendidikan yang sangat bersifat tempatan dan ini menghasilkan birokrasi yang lebih responsif kepada keperluan tempatan.

    Kerajaan perlu mengkaji kaedah-kaedah memperkuat kerajaan tempatan dan menjunjung sistem persekutuan yang pada dasarnya adalah berlandaskan "devolution of powers" bagi menghasilkan sistem "checks and balances" yang lebih fleksibel.

    cheers

    ReplyDelete
  7. Saya juga ada datuk dan nenek yang miskin di kg Kota Peladuk, Kota Belud. Dorang nie suda mohon bantuan kebajikan tapi ndak dapat sebab tidak layak pegawai kebajikan cakap. Apakah kelayakan yang perlu untuk dapat bantuan kebajikan???. Ada yang dapat bantuan kebajikan lebih berada daripada datuk/nenek saya. Harap YB dapat mengeluarkan senarai penama yang dapat bantuan kebajikan dan kita tengok sapa yang dapat. Kebanyakkan orang yang senang. You dont believe!!! Believe it!!!!

    ReplyDelete
  8. sebenarnya kemiskinan di Sabah yg mendapat no-1 termiskin di Malaysia adalah hasil pemerintahan UMNO-BN yang tidak mesra rakyat. Ke mana menghilang berbillion ringgit wang royaliti minyak?
    Kalau di KK.. sudah dijual kepada kaum Cina. kini papar dan Tuaran makin pupus dijual kepada kaum cina. Janganlah pembangunan yg meminggirkan penduduk tempatan dimajukan di Kota Belud ini. Biarlah tiada pembangunan kalau jadinya nanti "Tanah Dipihak Milik Orang" seperti yg berlaku di KK, Tuaran, Papar itu.

    ReplyDelete
  9. wang royalti petrolium jika pengagihannya dibuat dengan jujur pasti catatan YB akan berbeza.

    putatanpost

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: