Tuesday, April 15, 2008

Nak Tengok Siapa Dapat Projek?

Salam Sejahtera !

Saya telah membuat keputusan untuk memberi akses kepada orang awam terhadap rekod projek-projek yang dibiayai oleh dana Ahli Parlimen mulai bulan depan. Ini untuk memberi maklumat kepada orang ramai syarikat mana yang dapat, projek mana yang dibuat, kos membuatnya dan status terkini projek berkenaan.

Rekod tersebut bolehlah di lihat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen P169.

Saya pasti masyarakat umum menghargai ketelusan dan keterbukaan ini.


Salam.

11 comments:

  1. Tahniah, semoga projek-projek yang dilaksanakan nanti akan membawa kebahagian buat masyarakat.

    Pastikan projek-projek yang dilaksanakan akan memberikan sinar baru buat rakyat, bagi menilai keupayaan kerajaan BN mentadbir dengan baik.

    Tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
  2. Salam Damai

    Saya terharu dengan kerterbukaan Ahli Parlimen P169, ia merupakan satu anjakan yang perlu dilakukan dan harus dipraktikkan oleh sesiapa saja.

    Keterbukaan dan ketelusan ini dapat mendekatkan lagi antara pemimpin dengan rakyat dan sekaligus dapat membuka ruang yang tiada terhad dalam menerang segala yang terpendam didalam hati setiap individu, dan rakyat jelata khasnya.

    Dalam keadaan yang lain pula cara ini dapat di gunakan sebagai ukuran dan penilaian untuk dijadikan titiktolak melihat kebelakang tentang apa sudah yang telah dilaksanakan dan meninjau kehadapan apa lagi yang perlu untuk disiapkan.

    Segalanya akan mendapat keberkatan daripada YA RABBI tentang apa jua kerja-kerja yang YB laksanakan untuk kebaikan ummah, InsyALLAH

    Selamat BERJUANG......

    ReplyDelete
  3. itu cadangan yang bagus,
    bila dapat disediakan ruangan pendapat dan cadangan yang membina.
    penduduk kb mempunyai aset modal insan tak ternilai."creatif dan inovatif" jika ini dapat diwujudkan sekurang2nya banyak idea baru dapat dikembangkan
    tq

    ReplyDelete
  4. Idea yang bagus. Syabas YB, perkara sebegini patut didedahkan agar ada ketelusan dalam pelaksanaan projek-projek yang diberikan kpd yg. berkenaan. So..yang dpt projek tu buat btul-btul krn anda sedang dipantau olh semua org.

    YB..Syabas.

    ReplyDelete
  5. SumandakBangkahak9:45 PM, April 16, 2008

    Terima kasih YB Dato kerana mewujudkan ruangan blog ini ..diharap dengan adanya blog ini dapat melihat ketulusan dan keikhlasan YB menjadi Ahli Parlimen KB..semuga projek2 yang dilaksanakan khasnya di daerah Kota Belud betul2 memberi manfaat kepada Rakyat KB dan di agihkan samarata kepada kontraktor2 yang layak..saya cadangkan kepada Dato agar mewujudkan ruangan "shout Box" di Blog ini untuk memudahkan interaksi Dato dengan rakyat.TQ

    ReplyDelete
  6. Apakah wawasan YB untuk Parlimen KB?
    (test YB ni baca blog dia ka inda)
    -jomo kb

    ReplyDelete
  7. Tanpa Nama berkata...
    Apakah wawasan YB untuk Parlimen KB?
    (test YB ni baca blog dia ka inda)
    -jomo kb

    11:35 PM, April 16, 2008

    Saya telah menjawab visi saya dalam postingsaya yang terdahulu. Tkasih atas komen anda.

    Salam.

    ReplyDelete
  8. YB Dato' Abdul Rahman Dahlan berkata...Visi saya ialah untuk mmajukan kekuatan yang ada pada KB. Apa dia? Pelancongan, perikanan dan pekebun kecil yang sememangnya menjadi industri asas di KB.

    - basic facility pun kureng (e.g seal road, treated water etc) camna 'MEMAJUKAN'. ya Dato bole jln kan serentak, tapi kampung saya lebih perlukan 'air berklorin'. Please proritize Dato.

    -jomo kb

    ReplyDelete
  9. tahniah...semoga ianya betul2 jadi realiti untuk memudahkan rakyat melihat sendiri projek2 yg dilaksanakan oleh YB dgn menggunakan dana Ahli Parlimen. Ianya menunjukkan terbukaan & ketelusan YB dan kerajaan dan adalah diharapkan semua MP ikut jejak YB dlm menyediakan kemudahan seperti ini.

    Adalah diharapkan juga agar YB tidak pilih kasih dlm perlaksanaan / pemberian projek2 dibwh dana MP.

    Regards

    GuNTaYK
    Kg.Ratau,K.Belud

    ReplyDelete
  10. mungkin KB telah mendapat budget yang amat besar kali ini...Dato, apakah yang boleh Dato lakukan dengan Jalan raya kami dari Kampung Sarang Ke Kampung Taburan??
    Kami amat memerlukan Jalan raya yang baik Dato...

    ReplyDelete
  11. Selamat Petang YB..
    Ribuan Terima Kasih buat YB atas keterbukaan,ini menunjukan keikhlasan YB terhadap penduduk Kota Belud Umumnya.
    Di kesempatan ini ingin saya ajukan beberapa persoalan untuk YB.Untuk pengetahuan YB,saya merupakan pendudukan di Kg. Taburan yang jauh sekali dari arus pembangunan.
    1.YB,sebelum ini Kg. Taburan tidak pernah dilawat oleh Wakil Rakyat,berapa peratuskah yang YB boleh berikan untuk menjadi YB yang pertama meninjau KG TABURAN?
    2.YB,memandangkan Kota Belud mendapat peruntukan yang besar tahun ini,adakah jalan KG SARANG-KG TABURAN akan diperbaiki?
    Terima Kasih YB.

    Young Talent,
    Jas

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: