Sunday, April 20, 2008

Mesyuarat bersama BERNAS

Hari ini saya telah menghadiri satu taklimat oleh BERNAS (Padi Beras Nasional Berhad). Hadir sama YB Datuk Musbah, YB Datuk Japlin dan Pegawai Daerah Kota Belud.

Ini adalah satu langkah saya untuk mengenal pasti kedudukan sebenar industri padi di Kota Belud dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk merealisasikan konsep Jelapang Padi Kota Belud.

Beberapa statistik menarik untuk tatapan anda:

Senario Dunia - beras dimakan oleh 3 billion penduduk dunia atau 3/4 penduduk dunia - 250 juta petani bergantung kepada penanaman padi sebagai sumber pendapatan - 95% dari pengeluaran padi dunia adalah daripada Asia- Pengeluar terbesar ialah Thailand dan Vietnam.

Senario KB - keluasan penanaman padi di Kota Belud ialah 8,502.72 hektar - 60% dari itu adalah kategori K1 iaitu mempunyai infrastruktur dan sistem pengairan yang baik dengan pengeluaran sebanyak 5 hingga 10 metrik ton satu hektar.

Saya akan postkan komen-komen berkenaan meeting itu nanti.


Oh ya... minggu depan saya juga akan atur taklimat dari MARDEC berkenaan halatuju pekebun-pekebun kecil getah.

10 comments:

  1. Tindakan strategik sekaligus kontigensi dan tepat pada waktunya. Bukan sahaja Lahad Datu, kenal pasti juga tempat-tempat lain di Sabah.Mungkin Papar dan Tambunan sesuai.Penanaman padi bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan. Lainlah kalau orang boleh beralih kepada roti, gandum,jagung dan oat.Nampaknya satu kelebihan kepada YAB Perdana Menteri kerana memang penekanan beliau selama ini kepada pertanian. Beliau telah boleh menelah tentang bidang pertanian yang semakin penting. Peningkatan keperluan kepada bahan makanan dengan pertambahan penduduk, indikator yang tepat untuk meningkatkan bidang pertanian, termasuk penanaman padi. Sabah boleh jadi negeri jelapang padi kedua selepas Sarawak nanti.Mungkin.

    ReplyDelete
  2. Satu langkah yang baik - Ngam no semua YB mesti hadhir jaga kawasan jangan asyek di bandar sahaja. DARD dah tau senario K - ape perancangan DARD mengenainya. Boleh saya bagi cadangan ke - Buka satu koperasi disuatu kampong dan terbuka kepada yg mempunyai tanah sawah - Labur sikit beli mesin membajak dan mereka bekerjasama untuk mengerjakan tanah mereka semula atau buat satu kumpulan petani diseuatu kampong untuk memulakan penanman berkelompok dgn di monitor oleh Pegawai Pertanian atau agensi berkenaan pertaniaan - Ada lagi idea ni tapi kena stop dulu mau antar anak pi tution dulu jauh di likas baa mau kasi pintar anak juga tanggungjwp mesti ada baa. DARD ako akan pesorong lagi teee

    ReplyDelete
  3. DARD - Satu permulaan yang baik - berbincang dan bermesyuarah adalah penting untuk memulakan/menyelesaiakn masalah. Satu cadangan buat koperasi setiap kampong - ahli terdiri drp petani sendiri
    Nanti pesorong balik endo ku moo lamaan nu antar bdk tution

    Denakankota

    ReplyDelete
  4. tuan,
    maaf jika saya mengutarakan permasalahan disini, masalah ini bukan sahaja mengundang kepada perpecahan kaum yang di negeri sabah, namun unsur agama yang menjadi hal sensitif juga turut dilanggar. diharap pihak tuan dapat menjenguk sendiri ke www.sabahforum.com

    ReplyDelete
  5. as/kum yb.
    kawasan mana yang yb cadangkan buat jelapang padi

    ReplyDelete
  6. Salam sajahtera YB DARD. Mana peginya wakil rakyat kedamaian? Kenapa tdk hadir dlm taklimat ini?
    YB DARD, tolong pantau pembinaan saliran pertanian di taginambur. Sudah lam kami tidak dpt tanam padi Dato...dan difahamkan juga harga beras akan naik dlm masa terdekat ini.

    ReplyDelete
  7. banyak idea baru di n7, tetapi tiada tempat untuk menyuarakan, wujudkan saja satu jawatan kuasa pemikir. beri mereka masa 6 bulan. tengok apa mereka boleh buat.

    ReplyDelete
  8. Selain mengenal pasti kawasan penanaman padi yg baru, mungkin perlu juga kita mencari teknologi baru untuk mempertingkatkan pengeluaran. Saya pernah menghadiri satu conference mengenai "food security" negara beberapa tahun yang lalu dan satu fakta yang saya masih ingat sehingga sekarang ialah "Di Amerika, hanya 3% daripada penduduknya terlibat didalam bidang pertanian (gandum/oat/rice) tetapi hasil pertaniannya bukan saja mencukupi untuk seluruh penduduk US, tetapi juga dieksport keluar negeri".

    Saya bersetuju dengan pandangan ANAK_ORANG mengenai penubuhan koperasi pemilik-pemilik tanah sawah kerana satu faktor kejayaan industri pertanian di US ialah "economy of scale". Memang bukan senang nak pujuk orang kita untuk masuk koperasi, tetapi saya rasa inilah salah satu cabaran untuk YB untuk melaksanakan "paradigm shift" keatas minda petani2 dan pemilik tanah sawah di Sabah.

    ReplyDelete
  9. saya merupakan org semenanjung...

    tapi sy lihat sejak beberapa lama, sabah seakan dipinggirkan...

    sy tak paham....sedangkan sabah juga memiliki hasil bumi yang baik disamping mempunyai kedudukan yang tidak kurang strategiknya....

    bukanlah niat sy melagakan...tp sy hairan kenapa kebanyakan projek s'wak diutamakan..walhal secara logik, s'wak bergantung pada satu hasil iaitu minyak...

    sabah ada kelapa sawit, balak, pertanian, hasil laut dan pernah sy terdengar bahawa kawasan carigali turut ditemui di sabah khususnya berhampiran perairan pulau sipadan ligitan....

    pada hemat sy, adlh lebih baik usulkan kpd kerajaan persekutuan agar sesuatu mampu dilakukan segera....kerana sy percaya jika tidak dilakukan sesuatu...tidak mustahil sesuatu boleh berlaku....yakni satu lagi Tsunami seperti mana yang berlaku sekitar 90 an...

    ReplyDelete
  10. memperkasakan industri padi di daerah ini adalah satu langkah yang terpenting. walaubagaimanapun,.. memajukan infrastruktur harus seiring dengan memajukan mentaliti masyarakat petani. beri kesedaran kepada mereka bahawa mereka adalah individu yang terpenting di daerah, negeri,negara dan dunia. merekalah penentu akhir terhadap food security kita. jangan dapat subsidi baja,..jual, dapat benih padi,..juall...
    oh ya,.. untuk taklimat halatuju industri getah oleh MARDEC yang Dato akan aturkan itu, saya cadangkan agar Dato' mempertimbangkan untuk menjemput LIGS sekali. kerana LIGS adalah peneraju utama industri getah di negeri ini...

    Anak sama Merabau
    nudarelia_capensis@yahoo.com

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: