Friday, April 25, 2008

KSU kata OK!!!

Tadi semasa berada di bangunan CP Tower, Petaling Jaya, saya berjumpa dengan Dato' Dr Haji Zulkifli Bin Idris, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia. Saya tanya dia kenapa Pak Lah dilaporkan memberi peruntukan besar kepada Sarawak untuk pembangunan Jelapag Padi? Kenapa tidak Sabah dan Kota Belud khususnya?

Alhamdullah, beliau memberi pengakuan bahawa Kementeriannya tidak akan meminggirkan negeri Sabah. Malah beliau mengatakan kepada saya bahawa isu ini akan dibincang dengan panjang lebar bila beliau akan berkunjng ke Sabah tidak berapa lama lagi. Syukurlah kalau begitu...!

3 comments:

  1. Jngan janji ja!!! tapi bila??? senang ja mau buat keputusan tu. Ini KB memang suda ada sawah padi cuma infra ja ndak berapa baik terutam saliran...jadi ndak payah la mau bincang panjang lebar bung masa ja terus, kalau mau terus buat keputusan....jangan ada agenda politik!!!

    ReplyDelete
  2. saya setuju sama pendapat pendeta ni,KB tak perlu banyak kerana semua sudah ada. Cuma perlu jentera,saliran yang lebih baik, teknikal dan benih yang baik dan pemasaran..YB tidak perlu banyak pusing-pusing..Tanya saja Datuk Musbah dan Datuk Japlin, bawa dua-dua YB ini serius bekerja untuk KB.Di Kedamaian pun kawasan sawah luas,bawa juga Timbun Lagadan balik kampung bekerja untuk rakyat Kedamaian

    ReplyDelete
  3. Isu pembangunan jelapang padi di Sarawak sendiri dilanda pelbagai masalah, contohnya isu pemilikan tanah orang tempatan Penan dll serta ketidaksesuaian jenis tanah kawasan yang digunakan. Pada masa sama, pembangunan tanah pertanian baru secara besar-besaran sekaligus akan memerlukan pemusnahan hutan secara besar-besaran yang memberikan impak besar kepada alam sekitar.

    Diharap perancangan yang teliti, diikuti dengan perancangan yang transparent, di mana maklumat terperinci akan terbuka kepada semua rakyat, akan dilakukan sebelum memulakan projek padi besar-besaran.

    Satu lagi isu: adakah wajar BERNAS mengekalkan monopoli mereka?

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: