Wednesday, April 23, 2008

Kenapa Sarawak saja?

Salam Sejahtera!

Sejak beberapa hari yang lalu, saya terbaca berita mengatakan bahawa PM dan Ketua Menteri Sarawak telah bersetuju untuk membuka kawasan Jelapang Padi baru di Sarawak dimana kerajaan negeri Sarawak telah bersetuju menyediakan tanah yang luas dan kerajaan persekutuan akan membiayai pembangunan infrastrukturnya.

Saya berbohong kalau saya mengatakan tidak kecewa tentang pengumuman ini.

Saya merasa hairan kenapa pula kerajaan persekutuan tiba-tiba meletakkan Sarawak lebih dari Sabah dalam soal membangunkan kawasan jelapang padi di negera ini. iIni kerana pertama sekali, Sabah terutamanya daerah Kota Belud juga memerlukan infrastruktur yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan. Keduanya, berbanding dengan Sarawak, Sabah mempunyai keluasan tanah sawah yang jauh lebih besar dari Sarawak. Tanahnya tidak perlu diterokai lagi kerana sudah menjadi tanah sawah sekarang ini. Di Sarawak, tanahnya lebih kepada peat land dan kerajaan persekutuan perlu membuka tanah sawah dari 'scratch' sedangkan Sabah telah membuka tanah sawah ini dari zaman USNO lagi. Ketiga, Sarawak tidak mempunyai teknologi atau kemudahan jentera yang banyak berbanding dengan Sabah. Kelima, kerja-kerja awal dan kajian telah dibuat untuk negeri Sabah sejaln bertahun-tahun yang lalu. Kenapa perlu membazir lagi dengan kajian baru di Sarawak?

Saya telah menghubungi Dato Mustapa Mohamad, Menteri Pertanian Malaysia berkenaan hal ini. Jawab Tok Pa, beliau akan berbincang dengan CM Sabah dan akan juga berbincang dengan saya semasa melawat KB dalam masa yang terdekat ini.

Kita berharap agar KB tidak dipinggirkan dalam hal pemberian bantuan membangunkan infrastruktur jelapang padi ini.

15 comments:

  1. Selaku keluarga Pesawah. Antara yang membelengu
    1. Susah dapat traktor. Agak kurang, dan traktor yg ada terlalu memilih tempat. Jual mahal lagi. Traktor PELADANG pula amat terhad.

    2. Banyak kawasan sawah padi di mana tali-air tidak di maintain dengan baik.

    Walaubagaimanapu saya amat bersetuju sekiranya Kota Belud dijadikan Kawasan Jelapang Padi Negara. Kalau Kedah mengeluarkan 54% padi negara. Biarlah Kota Belud jadi no 2 selepas Kedah. Basmilah kemiskinan di Kota Belud.

    Jalan ke kampung seperti ke Rampaian Laut(walaupun kg Datuk Pandikar) tidak berturap. Ke kg kawang-kawan ---> rosok dan seterusnya terllau banyak kg dlm. Jalan tidak berturap.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum YB Dato',

    Saya tidak lama di Sabah cuma 8 tahun sahaja. Tetapi fungsi saya sebagai YDP Persatuan Guru-Guru Ugama Kebangsaan Sabah(PGUKS) membawa saya ke seluruh kawasan Sabah termasuk kawasan pedalamannya. Mengamati tulisan Dato' memang ada kebenarannya dan tidak boleh dipandang sepi begitu sahaja. Bagi saya Sabah memang patut dibangunkan sebagai jelapang pertanian termasuk jelapang padi tanpa mengetepikan Sarawak. Biar kita ada dua atau lebih jelapang padi kerana dengan itu kebarangkalian Malaysia untuk mendapat jumlah bahan makanan utama(padi/beras) yang lebih daripada sekadar mencukupi akan berjaya dan tahap kebimbangan kita dengan krisis bekalan makanan untuk keperluan masa akan datang akan berkurangan. Negara perlu mengorak langkah lebar dengan melakukan lonjakan saujana dari sekarang jika benar-benar ingin mencapai status negara maju berdasarkan industri asas tani dengan padi/beras sebagai penanda utamanya. Saya berharap perbincangan yang melibatkan YB Dato' dengan YB Menteri Pertanian dan YAB Ketua Menteri Sabah boleh menjadikan hasrat ini sebagai fokus dan akhirnya diusahakan secara serius untuk diterjemah menjadi kenyataan. Biar dua negeri di Malaysia ini mampu menjadi pembekal utama beras untuk keperluan domestik dan pasaran Asia Tenggara. Dari situlah nanti industri bersaskan beras/padi akan berkembang seperti pengeluaran tepung beras berskala besar, produk berasaskan sekam dan batang padi dan kemungkinan juga padi muda dan daun padi boleh dilakukan R&D untuk menghasilkan jus dan sebagainya. Syabas kepada YB Dato' kerana memandang jauh terhadap industri asas tani berteraskan beras/padi ini. Usaha ini patut disokong oleh seluruh warga Sabah. GuruBashid

    ReplyDelete
  3. Mungkin Sarawak mengutamakan perkara tersebut berbanding Sabah yang mahukan jawatan sahaja untuk kesenangan individu.Kita mesti bijak memilih keutamaan, saatnya rakyat Sabah amnya dan KB khasnya membuka minda seluas-luasnya melihat perkara ini..Kenapa Negeri kita nombor 1 dalam senarai Negeri kurang maju dalam negara ini sedang BN dah ambil alih dari PBS bertahun-tahun sudah?

    ReplyDelete
  4. Kita tunggulah perbincangan ini dalam tempoh 3 bulan dari sekarang iaitu pada 23 Julai 2008.

    ReplyDelete
  5. Datuk, saya tidak terperanjat dengan keputusan kerajaan persekutuan ini atas sebab-sebab berikut:
    (a). Tanah-tanah sawah diSabah kebanyakannya dimiliki oleh beberapa orang pemilik (biasanya adik beradik) disebabkan mereka mewarisi tanah tersebut daripada ibubapa mereka. Didalam hal begini, kadang-kala masalah timbul apabila perlu untuk membuat sesuatu keputusan mengenai tanah tersebut.

    (b). Didalam kes sepeti diatas, terdapat juga kes-kes dimana ibu dan bapa telah membahagi-bahagikan tanah sawah tersebut kepada anak-anak mereka. Akibatnya, didalam satu kawasan tanah sawah, terdapat ramai pemilik. Perkara ini berpotensi untuk menimbulkan masalah untuk melaksanakan pertanian secara komersial disebabkan kemungkinan seorang dua pemilik sawah yg terletak ditengah-tengah kawasan tersebut tidak mahu menyertai skim pertanian komersial tersebut.

    Dengan permasalahan seperti diatas, adalah lebih baik untuk kerajaan persekutuan untuk membuka kawasan hutan untuk dijadikan tanah sawah yang baru. Dengan membuka kawasan yang baru, pastinya tidak ada kes tuntut-menuntut hak milik ataupun masalah soal harta peninggalan/warisan dan yang paling utama, kerajaan tidak perlu meminta keputusan daripada ramai pihak apabila membuat sesuatu keputusan.

    Saya percaya kerajaan persekutuan akan turut membangunkan industri pertanian padi di Sabah jika sekiranya kita menawarkan kawasan baru untuk tujuan tersebut.
    (Rakyatsabah@gmail.com)

    ReplyDelete
  6. sia dah katakan, sebenarnya terdapat paling kurang 5, ada idea bagaimana menukar kb sebagai pengeluar pertanian yang berjaya. bertindaklah sekarang cari..........
    tq

    ReplyDelete
  7. jawapannya senang sahaja...Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari Sarawak. The bargaining power is there! This is merely perception....

    ReplyDelete
  8. Kenapa sarawak - Perkara ini tidak menjadi persoalan yang penting tu bagaimana hendak buat disabah bukan tertumpu kat KB tempat lain pun ok macam papar sudah taliair tapi tidak diimplementasi - Tak tau apa Jabatan Pertanian buat DARD tengok agensi yg dipertanggungjawapkan supaya mereka buka minda dan tengok macamana hendak menjayakan wawasan meningkatkan ekonomi dalam pertanian

    ReplyDelete
  9. Hi Datuk Rahman,

    How are you? This Ridzuan Zulkifli, former colleague of Datin Azlina at NTV7 way back in 1997. I don't know if you still remember me but you and Datin came to my wedding in 1999.

    I am now at Petronas, doing press liaison for the company. Do visit my blog at afterburner73.blogspot.com if you have the time.

    Thanks Datuk and keep in touch.

    ReplyDelete
  10. Salam Datuk,

    Saya kira belum terlambat untuk mengucapkan tahniah di atas pencalonan dan kemenangan Datuk pada PRU12 yang lepas.

    Straight to the point Datuk,
    saya akui Sabah dari segi kesediaan infra dan lojistik dalam industri pertanian, khususnya penanaman padi jauh lebih 'awal' daripada negeri Sarawak. Dari pengamatan saya yang pernah bergiat dalam pertanian/perladangan di Sabah secara "Hands-on", saya berpendapat belum ada lagi (belum wujud) pemimpin dari Sabah yang benar-benar bersedia untuk mengetuai (Spearheading) projek pertanian seperti yang disarankan di Negeri Sarawak.
    Biasanya kita akan gagal ditahap implementasi, lebih-lebih lagi jika perkara yang melibatkan isu tanah. Kalau sungguh hendak menjadikan Sabah Jelapang Padi Negara, saya percaya dalam masa 2 tahun Negeri Sabah mampu,cuba tanya Kementerian Pertanian Sabah. Baja yang membolehkan hasil padi sebanyak 4 kali setahun pun sudah ada. Tidak ada yang mustahil.

    Kawasan sepanjang dari Tuaran ke Kota Belud adalah yang terbaik bagi saya untuk projek tersebut.

    Kalau dari segi kewangan Kerajaan Persekutuan tidak berminat, kita libatkan pelabur dari luar.

    Saya percaya YB Datuk tidak tergolong didalam kategori pemimpin di atas tetapi yang memberi nafas baru dalam kepimpinan di Negeri Sabah.

    "hendak Seribu Daya, tak hendak seribu dalih"

    Sekadar pendapat...

    ReplyDelete
  11. Di Kota Belud bukan setakat penanaman padi yang boleh dimajukan banyak lagi sktor yang berdaya maju sperti perikanan laut dalam,kebun buah buahan dan lain lain lagi.Kalau Sarawak dicadangkan jadi jelapang padi kita perlu sokong dan pada waktu yang sama kita minta dengan KL agar sktor perikanan dapat dimajukan dikawasan ini jadi ada timbal balik sarawak ada beras kita ada ikan dan lain negeri mengeluarkan hasil makanan yang lain dengan ini aliran bekalan makanan dalam negara tidak berkurangan.Berbalik kepada perikanan tidak lah sekuar jelapang padi dilaksanakan kerana banyak teknikal yang berlu dihadapi infrastraktur jalan,saliran dan timbul lagi masalah beih yang bermutu tidak cukup walau pun sudah disediakan balai pembenihan tapi kalau perikanan mudah sekali up grade cara tangkapan,sediakan pendaratan ikan dan sediakan pasaran secara teratur.Kebun buah buahan secara komesial boleh dimajukan seperti kawasan tradisi dikadamaian kalau syan tidak silap tapi kawasan seperti kampong Pandasan ada sesuaidijadikan projek printis sebagai permulaan. Selanjutnya DARD boleh lah home Work sendiri berhubung hal ini ....lets try weather YB read the comen or not.....rajin rajin lah baca komen.We try help you to give imput makes your easy to work..

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum.
    Saya faham ada golongan professional kita diSabah yang ada membuat kertas kerja bagaimana kawasan YB di Kota Belud boleh diusahakan penanaman padi secara besar-besaran dengan infrastruktur yang teratur.
    Kertas kerja ini telahpun di kemukakan kepada Menteri Pertanian Persekutuan sebelum ini. Saya rasa YB harus meneliti cadangan ini kerana ianya diilhamkan oleh anak jati Sabah yang lebih faham dengan keadaan kita sebenarnya.
    Kerajaan Persekutuan sering menjemput pakar-pakar dari semenanjung kerana mereka senang berurusan. Lihat saja projek pemodenan kretapi Negri Sabah. Juruperunding yang dilantik semua dari Kuala Lumpur. Tanyalah mereka yang terlibat dengan projek ini, dari awal hingga sekarang batang hidung mereka pun tidak pernah kelihatan. Yang mengawasi projek ini adalah anak-anak tempatan yang sedia bertungkus lumus bagi menjayakan projek ini. Kalau diikut jadual projek ini patut siap 23hb May bulan depan. Tapi kontrekternya berdolak dalek dengan pelbagai isu disebabkan kelewatan. Walau pun Suria mensub Kontrekter China diurang ni sengaja meleatkan supaya lama tinggal disini. Yang dari KL pula macam karas Kepala. Kalau mengikut jadual, landasan sudah pun siap sampai keTenom hari ini dan malapetaka kretapi terjunam keSungai Padas yang mengakibatkan dua maut tidak akan berlaku. Sewaktu eksiden, juruperunding diorang nda pun peranah ada di tampat ini.
    Saya pasti anak tempatan kita inda kurang kepakaran mereka.
    Maaf ja kerana naik sedikit. Tapi kalau endak saribu daya kalau indak saribu dalih.
    Sabah Boleh.

    ReplyDelete
  13. Asslmkm YB Datuk,
    saya fikir masalah utama petani khasnya penanam padi di Sabah,khususnya di kawsan YB, bukanlah perlu kepada kewangan besar-besaran..yang penting bantu petani-petani yang ada dalam soal penyediaan jentera oleh agensi seperti jabatan pertanian dan LPP.Akhirnya bantu mereka dalam soal pemasaran.

    Jika YB selalu berada di KB, saya perlu YB akan faham masalah yang sebenarnya..Jika YB hanya bercakap hangat-hangat tahi ayam dan retorika saja,YB tidak akan bertemu hal yg sebenar..

    ReplyDelete
  14. a'kum, saya setuju dengan "sabahan". Kemudahan jentera (traktor) sangat kurang dan hampir tidak ada.

    Kalau ada pun, pemilik jentera mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan lebih dengan hanya menawarkan penggunaan jentera (traktor) mereka sekiranya pemilik tanah sanggup membuat kontrak perjanjian (5tahun) menyewakan tanah pesawah tersebut kepada pemilik traktor.

    Saya harap pihak kerajaan risik-risik lah petani di kg pandasan… nampak macam banyak tanah sawah yang terbiar disebabkan oleh pemilik tanah yang tidak sanggup membuat kontrak sewa tanah kepada pemilik traktor.

    siasat dan kaji perkara ini seterusnya bantu rakyat dengan menyediakan kemudahan traktor tersebut dengan harga yang berpatutan...

    ReplyDelete
  15. Pembangunan KB bukan bertitik-tolak dari masalah demi masalah atau menyelesaikan berbagai-bagai dan bertimbun-timbun masalah yg dihadapi oleh masyarakat sahaja - masalah tidak akan pernah selesai. Kita tidak mahu "maintain kereta buruk" sahaja tetapi cuba angan-angankan beli "kereta baru" yang juga lebih menguntungkan. Maksudnya kita mulai dengan mengwujudkan peluang-peluang baru dan alternatif-alternatif aktiviti masyarakat yang boleh mengintai-intai dan menjurus kepada kemajuan sosio-ekonomi KB. Perkara-perkara berikut boleh diangan-angankan:

    1. Why not wujudkan one stop-center untuk pengedaran / pengeksportan beras- beras bermutu khas dari KB (ini akan memotivasikan masyarakat petani KB to double-up their effort to produce rice rather than keep asking for tractor, fertilizer, fund etc). We want to erase our label as "masyarakat subsidi". Let's learn how to fish! rather than learn to eat the fish!.

    2. Kenapa KB tidak bersungguh-sungguh memainkan peranan utama sebagai transit pendaratan ikan laut sedangkan kita ada port yang strategik dan boleh dimajukan dan disimbiosis dengan aktiviti lain.

    3. Let's take an advantage kepada pengusaha-pengusaha perikanan yang berjaya seperti Kolam Udang YMing, promote them as a first move. After that get another person to be promoted and another and another (in different field) so that, at the end, we have a bulk of KB's entrepreneur.

    4. Apart from that we have a very strong support from rubber tapper in KB especially in Kadamaian area to produce the national commodity. Push them to their limits to get their maximum output. Gadget the hill area for rubber estate. Re-supply them with the best rubber seedling and off course stabilize the price.

    5. We also have many rivers those were categorized as first class river such as Sg. Kilombun, Sg. Panataran, Sg. Kadamaian, Sg. Wariu, so too much potential to produce first class fresh water fishes. Pusat kajian dan penternakan ikan air tawar kepada ikan-ikan komersial dan ikan eksotik (pelian, garap, bangkou) boleh diwujudkan - let's invite foreign expertise / foreign developer to do this. This is because JPS (Fisheries Dept) still stick to their old / traditional objective - to retain/consume the fresh water fish as community feeds - we have to move forward and make fisheries as an industries - Why not build up a new light industries to produce product from fresh water fish such as ikan lampam tin, tilapia ikan masin, jeruk ikan etc.

    6. Apakah 'brand' KB ini? Apa dan di mana kekuatan KB di kaca mata Sabah or Malaysia amnya? May be YBs or MP KB boleh fikir-fikirkannya.

    All of it is only "pembuka minda" sahaja - ini bukan isu politik tapi this is time to work...thank you.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: