Wednesday, April 16, 2008

Harga getah rendah sangatlah... !!

Salam Sejahtera!

Tadi saya berbincang dengan Dato' Wira Syed Abdul Jabbar Bin Syed Hassan, Pengerusi Bernas (syarikat pengimpot beras negara) dan Pengerusi Mardec Berhad (syarikat ini terlibat dalam industri getah). Saya dah kenal dia ni lama. Orangnya banyak pengalaman dan saya anggap dia sebagai bapa angkat saya.

Kami berbincang panjang lebar tentang industri getah di Sabah. Beliau setuju dengan saya bahawa harga getah di Sabah adalah rendah dan pekebun-pekebun kecil getah di Sabah termasuk di Kota Belud tidak mendapat harga yang baik berbanding dengan Sarawak dan Semenanjung.

Antara lain sebabnya ialah LIGS (Lembaga Industri Getah Sabah) tidak mencari jalan untuk memberi perkhidmatan kepada pekebun-pekebun kecil tersebut.

Kami bincang banyak perkara. Banyak yang boleh dibuat, diperbaiki dan dicadangkan tetapi tetapi biarlah ianya menjadi satu realiti dulu sebelum saya menulisnya dalam blog ini.

Salam.

10 comments:

  1. hello dato,

    sebagai penduduk sabah yang mengerjakan pertanian khususnya, saya merayu kepada para ahli parlimen dan juga adun sabah supaya mencari jalan untuk memajukan petani di negeri sabah. Para YB sepatutnya melawat ke luar negara dan membawa teknologi ke negeri sabah untuk diimplementasikan. tak kisah la apa bidang pun. namun yang diberi keutamaan adalah penduduk luar bandar yang terdiri daripada petani turun-temurun dan miskin.

    sekian
    tanakwagu
    www.ramok.info

    ReplyDelete
  2. Harga getah sekarang ini jauh lebih baik berbanding dulu2 musim saya menoreh getah (tunggu keputusan spm 1981). Musim tu getah kepingan RM1.80+++ dan skarap RM.0.80+++ sekilo.

    Kalau YB ada usaha untuk mempertingkatkan lagi harga getah demi untuk kebaikan dan faedah rakyat terutama para penoreh2 getah kita...usaha itu perlu disokong sepenuhnya dan mudah2an usaha2 murni YB itu menjadi realiti..syabas!!

    ReplyDelete
  3. sebagi anak petani/penoreh getah, saya ada banyak idea yang boleh difikirkan apakan daya tiada sudi nak dengar..............

    tq

    ReplyDelete
  4. Setuju - tanah sabah ni luas dan pertanian adalah punca makanan - tengok sawah sawah padi yang tidak digunapakai pi kat penampang sudah jadi perumahan putatan area KB sendiri apa ta lagi papar semua kosong - Dato syorkan something kena buat dulu ambil bidang pertanian tapi tak abis

    ReplyDelete
  5. I agree with Tanakwagu. We would like to see changes.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Dato',...
    rasanya belum terlambat lagi untuk saya merakamkan tahniah untuk Dato' atas kejayaan Dato' mewujudkan blog ini. ini adlah satu jambatan pintas untuk kami berhubung terus dengan Dato'.
    saya juga rasa berbangga melihat kesungguhan2 Dato' dalam memperjuangkan nasib penduduk2 KB ini dalam bidang pertanian. saya amat tertarik untuk berkongsi pengalaman/idea berkaitan isu harga getah yang telah Dato' perturunkan dlm blog ini.
    suatu ketika dan keadaan, saya sendiri sebagai anak petani miskin amat merasakan suatu ketidakadilan telah berlaku khususnya dalam kes penetapan harga getah ini. walaubagaimanapun, melalui beberapa informasi yang saya perolehi, terdapat beberapa perkara yg ingin saya kongsi bersama.
    LIGS adalah satu agensi sehenti yang melaksanakan semua program berkaitan industri ini di sabah. LIGS bertanggungjawab 100% dalam membangunkan tanah pekebun kecil dalam bentuk kelompok (sekitar 100 ekar). ini termasuklah membersih, meneres, membuat jalan pertanian, membekal bibit, menanam, membaja, meracun, menebas dan semua aktiviti penjagaan sehingga 5-6 tahun sebelum ladang getah tersebut diserahkan kepada pemilik asal. untuk pengetahuan yang YB Dato', kos pelaksanaan projek ini sehektar adalah RM 10 ribu. Kos ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan (LIGS). Bagi tahun 2008 ini sahaja, Kerajaan (LIGS) akan membangunkan tanah seluas 3,000 hektar dengan kos sekitar 30 juta termasuk 5 blok di Kota Belud. Sebelum sesebuah blok tersebut diserahkan kepada pemilik asal, LIGS akan memberikan latihan untuk mereka bagaimana untuk mengurus ladang mereka nanti. ini juga adalah termasuk pakej pemberian peralatan seperti pisau toreh dan mangkuk secara percuma. bagi saya ini adalah satu sumbangan yg bukan sedikit kerajaan melalui LIGS kepada rakyat.
    selain itu, apabila getah matang dan dalam penorehan, LIGS juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa jalan2 dalam blok adalah boleh dilalui untuk memudah kan urusan pembelian oleh LIGS nanti. Untuk tahun ini saja LIGS akan menaiktaraf jalan blok sejauh 3000 rantai untuk 30 blok dengan nilai kos mencecah jutaan ringgit termasuk di blok koung malaan dan bayayat di kota belud ini.
    LIGS sendiri mempunyai unit pembelian yang bertanggungjawab dalam menjalankan semua aktiviti pembelian termasuk pembelian langsung ke kampung2. bermakna, penoreh getah tidak perlu membawa getah mereka keluar untuk di pasarkan. kenderaan LIGS atau agen yang dilantik datang untuk membeli. unit pembelian LIGS ini mencakupi seluruh negeri termasuk sipitang, kudat dan tawau. Perlu diperhatikan bahawa, semua ini amat membezakan operasi LIGS di sabah dengan LGM/FELCRA/RISDA di semenanjung/sarawak.
    Sebagai warga Kota Belud dan pengundi Dato’, saya amat menyokong usaha Dato’ untuk memajukan industri pertanian di daerah ini. Sebarang usaha Dato’ dalam memartabatkan kami kaum petani ini termasuk usaha menaikkan harga getah dan padi amat tunggu2. sesungguhnya, itu adalah hadiah yang amat besar kepada kami,….

    Anak Sama Merabau
    nudaurelia_capensis@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Anak_Sama Merabau8:36 PM, April 29, 2008

    salam Dato',.. tadi saya sempat berhubung dengan Pengurus Perkhidmatan Pemasaran LIGS. saya sempat bertanyakan perihal harga getah yang terlalu rendah di sabah, beliau menjawap perkara2 berikut sebagai sebab;
    1) Kos perkapalan.
    pelabuhan sepanggar bukanlah satu pelabuhan a/bangsa. oleh itu, getah2 dari sabah terpaksa di hantar ke pelabuhan singapore atau pun port klang untuk di export.
    2) Keadaan infrastruktur di sabah tidak sebaik di semenanjung. ini mengakibatkan LIGS terpaksa menanggung kos operasi pembelian yang tinggi.
    3) Kos tenaga eletrik yang tinggi berbanding di semenanjung.
    4) kos alat2 ganti kenderaan/kilang dll yang lebih mahal dari semenanjung.

    beliau menambah, sebenarnya, harga lateks (susu getah) di sabah adalah lebih tinggi dari semenanjung. hari ini, harga lateks di semananjung ialah sekitar rm 5.90, manakala di sabah rm 6.40. cuma kepingan sahaja yg agak rendah atas sebab2 di atas.
    tq.

    ReplyDelete
  8. saya setuju dgn apa yg datu ckp tu, harga getah masih dikira rendah jijka dibandingkan dengan negeri lain di malaysia. selain dari itu pihak bertanggungjawab perlu memberi maklumat untuk para oekebun ini supaya dapat merancang hasil dari pendapatan mereka. ini kerana selalunya para pekebun akan menggunakan wang tersebut untuk membeli sesuatu yang tidak begitu diperlukan,contonhya kereta4DW

    ReplyDelete
  9. Dato'

    Work hard to implement what u have promised during the last general election..Try your best once more..

    ReplyDelete
  10. ah macam tu la datuk...cari jln supaya harga getah d sabah sebanding dgn harga d smenanjung..jgn pula ckp saja bnyk tapi tindakan teda!!!isu ini sdh lama diperkatakan tapi habuk pun tara smpai la datuk timbulkan isu ini kembali....penoreh d sabah pun sudah muuuuuuak dgn isu ini.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: