Friday, April 11, 2008

Calon Pemuda Pusat perlu berdebat!

Salam sejahtera para pembaca yang budiman.

Berikutan kejutan dalam pilihanraya umum yang lalu, saya telah mengadakan perjumpaan dengan 60 orang profesional muda Melayu bagi mengenalpasti sebab-sebab mengapa golongan muda hari ini yang kebanyakannya dikatakan tidak bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Mereka ini terdiri dari pelbagai profesion antaranya peguam, doktor, akauntan, jurutera dan pensyarah serta wakil-wakil daripada NGO dan Kelab-kelab UMNO luar negara.

Saya telah diarahkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua (PPUM) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengenal pasti sebab-sebab mengapa golongan muda hari ini yang kebanyakannya dikatakan tidak lagi bersama UMNO dan BN.

Idea untuk PPUM turun ke bawah berjumpa dengan akar umbi untuk mendengar suara generasi muda adalah atas keinsafan kami untuk bermuhasabah diri dan perjumpaan dengan profesional muda Melayu ini merupakan salah satu inisiatif untuk kami mendengar suara akar umbi.

Berikut rumusan yang dibuat terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh mereka.

1) Menghayati asas perjuangan UMNO - Supaya UMNO menghayati asas perjuangan parti dan benar-benar mendengar suara rakyat di dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

2) Supaya UMNO tidak elit dan terus relevan di kalangan rakyat - Golongan profesional muda merasakan bahawa ada di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang telah agak kurang bersama dengan akar umbi dan tidak lagi memperjuangkan nasib mereka.

3) Agar birokrasi di dalam UMNO dapat dikurangkan kerana golongan muda sering mendapati bahawa amat payah untuk mereka menjadi ahli UMNO kerana mereka sering dilihat sebagai suatu ancaman sedangkan niat mereka hanyalah untuk bersama-sama dengan parti bagi menyuarakan pendapat mereka.

4) Kredibiliti media arus perdana - Golongan muda seperti sudah tidak dapat menerima corak pemberitaan media perdana yang dilihat seperti propaganda UMNO dan kerajaan semata-mata. Mereka lebih mempercayai saluran alternatif seperti Internet.

Sehubungan dengan itu, golongan muda melihat laman web dan blog sebagai media alternatif untuk mendapatkan maklumat. Oleh yang demikian, UMNO perlu merombak strategi untuk mempunyai proses komunikasi yang lebih berkesan.

5) Program Pemuda perlu dikaji semula – program dan aktiviti Pemuda termasuk Putera UMNO selama ini tidak sampai ke golongan sasaran. Selain daripada memperjuangkan isu-isu politik, Pemuda juga diminta untuk memperjuangkan isu-isu yang lain seperti isu-isu kemasyarakatan (community service), kepenggunaan (’consumerism’), alam sekitar dan isu-isu kemanusiaan (’humanitarian effort’).

6) Kepimpinan parti dan negara- Sesi tersebut juga membincangkan tentang kepimpinan parti dan negara. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengambil kira pendapat-pendapat daripada golongan profesional muda Melayu tersebut dan akan menyampaikannya kepada pucuk pimpinan.

Sebagai reaksi kepada perbincang tersebut, PPUM akan mengambil beberapa langkah seperti berikut:-

1. Memastikan supaya pemimpin Pemuda sentiasa turun ke bawah untuk mendengar suara akar umbi dan memperjuangkan nasib rakyat.

Untuk tujuan tersebut, Pemuda akan mengambil pendekatan supaya sekurang-kurangnya 50% program-program Pemuda di peringkat pusat dan negeri akan diadakan di kawasan luar bandar bersama-sama dengan masyarakat dan bukan di kalangan ahli-ahli Pemuda semata-mata.

2. Menentukan supaya program-program Pemuda adalah lebih menyeluruh dan sampai ke kumpulan sasaran golongan muda supaya Pemuda dan UMNO terus relevan.

3. Membantu untuk mengurangkan birokrasi untuk menjadi ahli UMNO di mana permohonan-permohonan yang tidak dapat diproses dalam masa 3 bulan di peringkat Cawangan atau Bahagian boleh dihantar terus ke pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk diproses secara pantas (’fasttrack’).

4. Mengambil pendekatan untuk mengadakan proses komunikasi yang lebih berkesan dengan golongan muda. Sehubungan dengan itu, Pemuda akan mengambil inisiatif-inisiatif seperti berikut :-

i) mewajibkan calon-calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, calon-calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan calon-calon EXCO pusat yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan Pemuda Disember ini untuk membina laman blog masing-masing untuk menerangkan visi, misi dan aspirasi serta hala tuju mereka sekiranya terpilih untuk memimpin Pemuda.

ii) menganjurkan perdebatan maya sempena proses pemilihan yang akan datang di mana calon-calon yang menawarkan diri di peringkat pusat akan berdebat berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan dasar dan hala tuju Pemuda di dalam internet.

iii) memastikan proses komunikasi yang berkesan dan berterusan dengan golongan muda melalui platform- platform teknologi terkini seperti internet dan sms/mms.

Saya berharap langkah-langkah awal tersebut di atas akan dapat mengembalikan sokongan golongan muda untuk kembali bersama dengan UMNO dan BN.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada golongan profesional muda melayu tersebut yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dengan kami untuk memberikan input dan maklumbalas mereka.

Ternyata penyertaan dan penglibatan mereka yang penuh bersemangat pada malam itu jelas menunjukkan bahawa golongan profesional muda Melayu sebenarnya masih sayangkan perjuangan UMNO dan BN.

14 comments:

  1. Itulah yang seeloknya....

    DEBAT adalah cara yang paling baik untuk memilihpemimpin yang terbaik.

    Tapi kenapa tak boleh debat dalam TV? kan itu lebih baik agar semua orang dapat lihat dan tonton?

    ReplyDelete
  2. kami nak pembangunan di kb, debat tunggu masanya lah.bukan sekarang dato

    ReplyDelete
  3. Mohon YB jenguk-jenguk blog Hantu Laut. Hantu Laut aktif dalam serba serbi politik Sabah. Boleh 'counter' apa yang negetif tentang apa yang diperkatakan.

    ReplyDelete
  4. Ramos TK, tkasih atas respond anda. Debat alam maya perlu dibuat untuk memastikan semua perwakilan dapat menghayati wawasan setiap calon.

    Itu tidak bermakna bahawa pembangunan tidak dibuat pada masa yang sama...

    ReplyDelete
  5. Pada pandangan saya BN memerlukan pemimpin yg ikhlas. Ikhlas bukanlah nampak dari mata kasar. Ianya harus diterjemahkan di dalam setiap pelaksanaan di dlm sesuatu kawasan. Antara sebab kekalahan yg teruk dalam PR12 adalah kerana sikap olok2 pemimpin BN itu sendiri. Anak2 muda Malaysia telah matang dan arif dalam membandingkan yg mana kaca dan krystal. Perubahan merupakan suatu yg kritikal dalam mempastikan kesinambungan BN itu sendiri. Semoga ketemu lagi.

    ReplyDelete
  6. setuju dengan pendekatan datuk...

    berani dan berketrampilan itu yang kita mahu

    bukan macam kurokuro kena tunuh bulih baru jalan

    selamat berjuang untuk orangorang kb kami tetap bersama datuk TANPA SYARAT

    ReplyDelete
  7. tahniah dato' atas idea2 yg dicadang/dibuat..
    1. calon perlu berdebat
    2. calon kena ada blog/web sendiri
    3. perjumpaan dgn profesional muda
    4. pertemuan dgn pemuda akar umbi

    tp, jgn leka ketika di kerusi yg empuk, jgn pada mula2 shj bantu rakyat tetapi akhirnya leka dan lena..

    ReplyDelete
  8. askum dato....
    buat pembangunan di kb. jangan dilupa golongan belia.(pengundi baru.kmi golongan muda kb amat mengharapkan pembangunan di kb spya tdak perlu berhijrah ke tempat lain utk mencari rezeki. kenapa golongan muda kb pergi semenanjung,singapura and newzeland?????????????. we try dato for 4 years.

    ReplyDelete
  9. Perdebatan adalah medan yang baik tapi bukan terbaik. Dikhuatiri akhirnya kita akan mendapat pendebat yang terbaik tetapi bukan pemimpin yang baik.

    Teringat masa ikut debat sekolah dahulu. Johan pada masa debat hanya dapat the best 10 sahaja dalam peperiksaan.

    Cara lain ialah dengan pemimpin sedia ada meneliti keupayaan seseorang berdasarkan kebijaksanaan, ketabahan/kesabaran, kesederhanaan, dan pengalaman serta pengaruh. Pengaruh tidak bermaksud mempunyai penyokong yang solid dari kalangan keluarga dan rakan taulan. Pengaruh bermaksud keupayaan membawa sokongan dari luar untuk menjayakan misi setempat. Inilah yang YB Dato miliki!
    Itu cuma pandangan peribadi....

    ReplyDelete
  10. tahniah dato sebagai ahli parlimen kb,,, di sini sya ingin mengingatkan dato supaya jangan lupa nasib orang kampung di kawasan parlimen dato yang memerlukan bantuan dr segi tempat tinggal dan kemudahan asas perlu diperbaiki bagi kesenangan orang kampung untuk merncari nafkah harian mereka,,, sya pemuda kb yang perihatin terhadap kesusahan orng kampung,,sya tau dato lebih banyak urusan diluar sana,,tp sya yakin dengan kepimpinan dato untuk kami,,

    ReplyDelete
  11. Debat Maya Patut Disokong:

    1)Jika debat menjadi pilihan biarlah hanya untuk acara, tetapi bukan cara untuk menyelesaikan masalah-masalah kita. Untuk menyelesaikan masalah ada pilihan yang lebih baik selain debat. Mungkin penyelidikan dan mungkin juga perundingan.

    2)Debat adalah tahap kebolehan berkomunikasi tertinggi yang sesuai bagi mereka yang sudah petah bercakap/berhujah. Jika anda belum pernah menjadi pengacara majlis, atau berucap di khalayak anda mungkin calon yang tidak sesuai untuk berdebat.Berdebat melibatkan perbahasan isu secara spontan. Selain kebolehan berbahasa yang tinggi, debat juga menguji pengetahuan am dan maklumat semasa yang anda miliki.

    3)Walau bagaimana besar dan panas isu yang anda utarakan, namun ada sesuatu yang berupaya mengatasi semua itu, iaitu kemampuan anda memanipulasi isu dan menyakinkan (to convince) penonton/pendengar/pembaca dengan hujah-hujah anda.Jika anda tidak dapat menunjukkan sesuatu itu betul, memadai jika anda dapat menimbulkan sebanyak mungkin keraguan yang munasabah.

    4)Atas alasan-alasan di atas saya berpendapat perdebatan maya sempena proses pemilihan yang akan datang di mana calon-calon yang menawarkan diri di peringkat pusat akan berdebat berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan dasar dan hala tuju Pemuda UMNO di dalam internet sebagai wajar dan patut disokong.

    ReplyDelete
  12. saya sokong cadangan YB Dato tu..

    tapi ingin menambah bukan calon Pemuda sahaja tapi biarlah melibatkan semua calon samada Pemuda, Wanita, Puteri dan Bahagian yang menawarkan diri... di peringkat Bahagian dan MKT.

    saya juga mohon izin dari YB Dato untuk menyiarkan pandangan YB Dato tu di blog saya http://zmsegamat.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. YB Dato’,
    Saya ingin mengulas sedikit isu-isu yang berlegar sekitar keputusan PR12 lalu.
    Bagi saya, sebab kenapa golongan professional dan golongan muda menolak UMNO/BN adalah amat mudah. Bukan kerana mereka sedia menerima pembangkang. Sama sekali tidak! Sebabnya hanya satu, mereka tidak nampak sifat jatidiri yang jelas dalam sebahagian besar barisan kepimpinan UMNO/BN. Sama ada di peringkat negeri atau di peringkat nasional. Apa yang mereka nampak hanya pemimpin yang rasuah, tamak, menggunakan politik sebagai wahana menjana keuntungan, pelitik sebagai jambatan membangunkan diri dan keluarga, menggunakan politik untuk kelihatan hebat, kurang memberi perhatian kepada aspek moral dan etika dalam diri, akhirnya, rakyat seolah-olah menjadi asset mereka untuk menjana kekayaan. Tdk perlu saya tunjuk, umum rata2 mengetahui bahawa asalkan sudah bergelar wakil rakyat, menteri, kebanyakannya punya rumah besar, walhal rakyat kebanyakan masih lagi terpaksa kais pagi untuk makanan petang. Senario ini seolah2 membenarkan teori bahawa politik adalah landasan kekayaan. Mana jiwa rakyat dalam diri mereka? Beranikah YB2 ini mengotorkan pakaian dan badan mereka untuk sama2 berlumpur dengan para petani walaupun sekejap??

    YB Dato’,.
    Selain itu, golongan professional/muda ini mendapati UMNO/BN seolah-olah kehilangan akal menghadapi pembangkang dalam kempen PR12 baru2 ini. Maafkan saya Dato’ sekiranya nada saya ini kasar benar. Tetapi inilah hakikat yang perlu diterima UMNO/BN dengan berani dan dada yang lapang. Seluruh negara tiap masa dihidangkan kempen2 keterlaluan melalui semua saluran TV. Ditayangkan negeri Kelantan di bawah PAS sebagai negeri termundur dan miskin. Benar! Orang kampung akan percaya dan terpengaruh sehingga mereka takut untuk mendekati pembangkang. Kempen ini berjaya. Tetapi hanya untuk orang kampung Dato’. Kerana mereka tidak pernah ke sana, tidak terdedah dengan reality. Bagaimana dengan golongan professional/muda? Mereka tidak tahukah bahawa negeri yang termiskin ialah negeri di bawah bayu yang amat kaya dengan sumber alam ini dengan 34,589 KIRT pada tahun 2004. Dengan daerah pitas adalah termiskin di Malaysia dengan jumlah KIRT mencecah 3,581 org. (Bancian KPLB Sabah 2004), di ikuti oleh daerah kota belud dengan jumlah yang sama.Dan, diikuti oleh terengganu? Dan, kelantan hanyalah negeri ketiga termiskin?….

    YB Dato’,…
    Pola pengundi pada masa ini jauh berbeza,.. golongan2 yang intelektual semakin besat peratusannya. Golongan muda yang terdedah dengan dunia luar pun besar peratusannya. Ramai daripada golongan ini rasa tercabar keintelektualan mereka. Sehingga mereka sanggup membuat undi protes. Maka berlakulah melayu mengundi DAP, Cina dan India membawa panji-panji PAS. Semata2 ingin menunjukkan rasa protes! Buktinya sdh di ketahui umum,.. hampir keseluruhan kawasan Bandar dan ibu negara/negeri jatuh ke tangan pembangkang. Menjadikan UMNO/BN seolah2 hanya layak menjadi parti orang kampung. Sesungghnya,… ini amat2 menyedihkan dan mendatangkan kesan yang amat besar dan panjang dalam sejarah pembangunan ekonomi negara,.. walaubagaimanapun,.. saya percaya, ada hikmah di sebaliknya. Sekurang2nya, kita boleh belajar daripadanya,…
    Mohon maaf kiranya ulasan ini aga keterlaluan..tq.

    Anak sama Merabau

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: